Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tanggungjawab muslim

553) APA 6 TANGGUNG JAWAB MUSLIM KEPADA MUSLIM YANG LAIN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum,  Tanggungjawab muslim     Apabila seorang muslim bertemu seorang muslim lain dalam sesuatu keadaan,  ada tanggungjawab yang harus ia tunaikan. Antaranya dalam 6 keadaan ini yang  t erdapat dalam  hadis sahih yang menyebut 6 tanggungjawab seorang Muslim terhadap Muslim yang lain.    Iaitu hadis daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad bersabda: “Hak seorang Muslim atas Muslim yang lain ada enam.” Para sahabat bertanya: “Apakah ia wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: Apabila engkau bertemu dengannya, ucapkan salam. Apabila dia menjemputmu, penuhilah jemputannya. Apabila dia meminta nasihat, berilah nasihat kepadanya. Apabila dia bersin lalu memuji Allah, doakanlah dia. Apabila dia sakit, ziarahilah dia. Apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya. (Hadis riwayat Sahih Muslim) Berikut penjelasan satu persatu: 1. Memberi salam apabila bertemu    Apabila bertemu sesama Muslim, kit...