Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Mendidik anak Mendidik anak bukan sekadar mengajar mereka membaca, menulis, menjaga adab atau menjadi anak yang baik. Sebaliknya cara kita bercakap, cara kita marah, cara kita menyelesaikan masalah dan cara kita melayan mereka setiap hari, sebenarnya sedang membentuk jiwa mereka. Kadang-kadang ibu bapa terlalu fokus kepada tingkah laku anak sehingga terlupa bahawa tingkah laku itu banyak dipengaruhi oleh suasana yang anak alami di rumah. Enam perkara ini mungkin nampak kecil ketika anak masih kecil, tetapi kesannya akan dibawa hingga mereka dewasa: 1. Asas perkembangan otak anak banyak dibina pada tahun-tahun awal mereka. Lima tahun pertama merupa kan tempoh perkembangan yang sangat penting bagi seorang kanak-kanak. Pengalaman, hubungan, rangsangan dan suasana yang anak alami ketika itu membantu membentuk perkembangan otak dan kemah...