Bismillah. Assalamualaikum, Manusia ada yang mengambil selain Allah sebagai tempat memohon hajat, berlindung dari sesuatu yang ia takuti dan tempat mereka beribadah. Seperti memohon kepada orang soleh yang di dalam kubur, para wali, jin, pokok yang dikeramatkan, penunggu gunung dan sebagainya. Kadang ia menyembah berhala, batu , jin dan sebagainya. Apakah Allah redha dengan perbuatan mereka? Apa kata Allah dalam surah as Syura:9, Allah berkata bahawa tidak patut manusia itu menjadikan selain Allah sebagai aulia' nya. Aulia' itu bermaksud sebagai tempat berlindung, tempat memohon, tempat menyembah atau kekasihnya. Seperti maksud seorang bapa itu wali/ pelindung kepada anak perempuannya. Bila ditimpa musibah, ia berdoa kepada selain Allah. Contohnya, berdoa kepada wali yang di dalam kubur. Kononn...