Langkau ke kandungan utama

106) KENAPA ALLAH SAHAJA PELINDUNG DAN TEMPAT MEMOHON?

Bismillah.
Assalamualaikum,

   

          Manusia ada yang mengambil selain Allah sebagai tempat memohon hajat, berlindung dari sesuatu yang ia takuti  dan tempat mereka beribadah. Seperti memohon kepada orang soleh yang di dalam kubur,  para wali, jin, pokok yang dikeramatkan, penunggu gunung dan sebagainya.  Kadang ia menyembah berhala, batu  , jin dan sebagainya.  Apakah Allah redha dengan  perbuatan mereka?

Apa kata Allah dalam  surah as Syura:9,

        Allah berkata bahawa tidak patut manusia itu menjadikan selain Allah sebagai aulia' nya. Aulia' itu bermaksud sebagai tempat berlindung, tempat memohon, tempat menyembah atau kekasihnya.  Seperti maksud seorang bapa itu wali/ pelindung kepada anak perempuannya.

          Bila ditimpa musibah, ia berdoa kepada selain Allah. Contohnya, berdoa  kepada wali yang di dalam kubur. Kononnya wali tersebut dapat menyampaikan  hajatnya, menghilangkan kesusahannya.  Atau meminta kepada bomoh dan sebagainya. Semua itu adalah kerja  syirik.
     
        Sebab itu Allah menegur mereka dalam ayat di atas. Sepatutnya  Allah sahaja tempat manusia itu berlindung dan memohon.  Kerana apa?   Kerana selain darpada Allah itu tidak layak menjadi pelindung atau aulia'. Walaupun memohon kepada rasulullah. Seperti katanya, ' Madad na ya rasulullah'.  Itu bermaksud kita memohon kepada Rasulullah akan sesuatu hajat. Seperti memohon supaya dihapuskan dosa, selesaikan masalah dan sebagainya.
       
        Sedangkan Allah bagitahu jangan mengambil selain Dia sebagai aulia'.  Walau ia seorang rasul! Kerana rasul itu penyampai wahyu dari Allah, bukan yang bersifat ketuhanan. Maka mereka pun menyusun dan melagukan isi kitab Barzanji, yang di dalamya mereka memohon kepada Rasulullah. Lihat,

        Sebab itu mambaca dan melagukan kitab Barzanji itu  hanya meraih dosa dan boleh membawa kepada syirik. Ini bukan saja kerja bid'ah bahkan ia kerja kufur. Kerana apa? Kerana ia meletakkan makhluk sebagai tempat  memohon hajat. Sedangkan Allah kata apa dalam  ayat di atas?  Iaitu,   Allah sendiri tegaskan bahawa hanya Dia sahaja sebagai pelindung.
       
Apa bukti Allah sahajai sebagai Pelindung?

        Iaitu hanya Allah sahaja yang dapat menghidupkan orang yang telah mati. Ada sesiapa baik manusia atau jin yang dapat menghidupkan orang yang mati? Tidak ada. Itu bukti  bahawa selain  Allah itu tiada kuasa melindung dan bukan  tempat memohon. Kalau jam mati, manusia boleh hidupkan , masuk bateri baru  hiduplah dia. Orang mati, manusia tak mampu  hidupkan.

Apa dalil Allah yang menghidupkan manusia? Lihat al Hijr: 23,


        Kalau ada satu makhluk samada manusia atau  jin yang boleh menghidupkan orang mati, maka kita boleh memohon hajat kepadanya. Tapi tidak ada. Dari dulu sampai kiamat tidak akan  ada.  Kalau tidak ada   maka hanya kepada Allah kita jadikan aulia' atau tempat berlindung. Tidak selain Allah.

         
Menyampaikan hajat
       
        Jika menghidupkan orang yang mati boleh dibuat oleh  Allah, maka setakat menyampaikan hajat manusia yang biasa, seperti minta sembuh, minta lapang , itu mudah saja bagi Allah makbulkan. Kerana itu lebih mudah dari menghidupkan orang mati.  Jadi, mengapa memohon kepada makhluk yang sama macam kita?
       
        Allah kata bahawa Dia maha Kuasa atas segala sesuatu.  Oleh itu bila kita berdoa kepada Allah, kita mesti rasa,

1. Tidak  ada perkara yang Allah tak boleh buat. Jangan rasa Allah tak mampu nak beri. Seperti  nabi Zakaria minta anak, dia dah tua, bini pun tua  ,  mandul pula. Tapi Allah beri dia anak.

2. Jangan berputus asa.
Kerana jika Allah mahukan, kita pasti dapat. Rahmat Allah  itu luas. Jika bukan jalan A, mungkin Allah nak beri  jalan B.

         Begitu juga haram  percaya kepada tangkal, percaya kepada azimat seperti cincin atau benang, atau logo capal. Adakah  benda-benda  itu boleh menjadi  aulia' atau menghidupkan orang yang sudah mati?



Jika berselisih pendapat.

         Ada masanya dalam satu-satu masalah  , kita fikir lain  orang fikir lain . Jadi, berlaku  perselisihan pendapat antara keduanya. Apa perlu dibuat  untuk menyelesaikannya?

            Lihat apa kata Allah dalam as Syura :10,

         Khilaf itu perkara biasa bagi manusia. Terutama apabila melbatkan hal-hal aqidah, syariat dan akhlak, maka sesudah itu  kena kembali kepada hukum Allah. Iaitu apa kata Allah  dan apa kata rasul (Sunnah).?  Kerana apa?
       
          Kerana jika kita tidak kembali kepada hukum Allah, kita takkan dapat petunjuk.  Allah sebutkan lagi hal ini dalam an Nissa:59,


Kenapa kembali kepada Allah?

         Kalau kita betul-betul beriman kepada Allah dan  hari akhirat, maka kena rujuk quran dan hadits apabila berlaku sesuatu khilaf.  Keputusan yang kita dapat nanti,  itulah yang terbaik.


        Kenapa perlu kembali kepada Allah?  Kerana Allah itu Rabb kita . Iaitu Dia Pencipta kita  , Pemilik kita dan Pengatur kita. Bila berkumpul tiga hal ini  kepada Allah , maka Dia menjadi hakim yang terbaik  kerana  Allah lah yang lebih tahu mengenai  diri kita ini. 
      
          Bila Allah itu  hakim yang paling bijaksana,  kenapa kita pergi kepada makhluk lain?  Bila ada apa-apa masalah peribadi contohnya, kita cari apa kata Allah dalam hal itu. Tapi  sebaliknya kita cari pakar itu pakar ini. Sedangkan pakar itu pun ada masalah juga.
   
        Kita berselisih pendapat contohnya, samada sambut maulid nabi atau tidak boleh? Maka rujuk alquran dan hadits .  Ada atau tidak? Kalau tidak ada, apa masalah lagi?  Tapi manusia yang  suka ikut akal akan  berkata bahawa apa salahnya sambut maulid nabi.  Apa salahnya. Ikuf nafsu memang seronok. Makan ada, gendang pun ada.
       
         . Jadi ,  bila tidak ada dalam quran dan hadits, maka tinggalkan. Dan  kepada Allah saja kita bertawakkal dan kembali. Jika ada salah , kepada nya kita beristighfar. Dan bila kita membuat keputusan dari alquran maka kepada Allah kita bertawakkal. Tapi kita kadang tak mahu mengikut kata Allah, kita lebih suka  ikut akal dan nafsu sendiri.  Sebab kita rasa kita bijak.


Hidup berpasangan


        Fathir,   khalaqa atau ja'ala atau badi'a semua itu bermakna mencipta. Tapi  di sini Allah pilih perkataan fathir. Kenapa? Sebab fathir itu bermaksud mencipta sesuatu dari  yang tiada.  Iaitu Allah cipta langit dan bumi ini yang tidak ada misal sebelumnya.  
      
        Tapi penciptaan manusia itu ada asalnya iaitu ibu bapa kita.  Berlainan dengan penciptaan langit dan bumi.
     
        Allah juga yang cipta kita  dan pasangan kita dari jenis yang sama , iaitu manusia juga. Pasangan kita bukan dari kalangan jin atau bunian. Ayat ini juga menolak fahaman bahawa ada manusia yang berkahwin dengan orang  bunian. Ini Allah nafikan.
       
        Pasangan kita itu mesti berlawanan jantina dengan kita. Jika tidak  , itu salah dari segi tabiat manusia . Begitu juga kepada benda-benda atau binatang. Pasangan mesti berlawanan jenis. Jika kasut , pasti ada sebelah kiri dan sebelah kanan. Jika letrik mesti ada positif   mesti ada negatif. Kalau dua-dua positif  , letrik tak jalan.
    
         Ayat ini juga menolak fahaman LGBT. Sebab lain dari yang Allah kata  iaitu berpasangan. Kalau kiri mesti lawannya kanan.  
     
        Begitu juga binatang ternak .  Ia mesti berpasangan.  Kerana dengan berpasangan itu ia akan berkembang biak.  Kerana itulah yang dikehendaki oleh orang yang membelanya.
     
        Kita perlu pasngan,   tapi Allah tak sama dengan kita. Ia tak perlukan pasangan seperti kita.  Dan Allah juga maha Mendengar dan maha Melihat.
      
          Di  sini sekali lagi Allah ajar kita bab aqidah. Iaitu Allah bersifat mendengar dan melihat. Tapi mendengar dan  melihat Allah itu tak sama macam kita mendengar  dan melihat. Bagaimana ? Hanya Allah saja yang tahu. Tapi kita tak boleh tolak dua sifat Allah tadi sebab Dia sendiri  yang sebut dalam quran.
       
          Jadi,   bila Allah kata Ia dilangit di atas arasy , kenapa kita tolak?  Sedangkan itu kata Allah sendiri. Kenapa kita takwil? Sedangkan itu Allah sendiri yang bagitau. Cuma bagaimana Ia di atas sana  kita tak tau. Wallahu ' alam.  Kita tak boleh mengatakan bahawa   Allah itu sekian sekian kecuali jika Allah  ada bagitau dalam quran.
  
       Kalau kita tolak Allah itu di atas arasy, maka kita kena tolak juga Allah itu mendengar dan melihat. Bagaimana kita nak tolak  sedangkan Allah sendiri yang bagitau Dia mendengar dan melihat.  Kita kena tetapkan sifat Allah itu sebagaimana yang Allah tetapkan. Itu aqidah ahli sunnah wal jamaah
       
           Sebab itu bila kita ada berbantahan, ada selisih pendapat , kita kembali kepada Allah.  Yang menjadi  susah itu sebab mengikut akal dan nafsu melebihi wahyu  dari Allah. 



Allah pemilik rezeki

        Bila kita dapat rezeki , dapat duit, dapat rumah,  adakah itu mutlak milik kita?  Lihat apa kata Allah dalam as syura:12,

         Bila Allah kata 'lahu' bermakna  hanya  Dia,   tidak ada lain .  Maksudnya segala yang ada di  langit dan di bumi ini hanya milik atau kembali kepada Allah. Iaitu tidak ada makhluk lain yang memilikinya apa yang ada di bumi dan di langit. Semua akan merujuk kepada Allah.  Semua rezeki itu milik Allah.
    
       Allah yang beri rezeki yang lapang kepada manusia.  Dan Dia juga yang menyempitkan rezeki sebahagian  yang lain. Jadi bila semua rezeki itu dari Allah dan milik Allah,  jika kita kaya maka jangan sombong. Jangan kata , 'Ini semua kerana usaha saya,  kerja keras saya dan kepandaian saya.'  Kerana tak semestinya kepandaian , kerja kuat dan usaha manusia  mendapat keuntungan yang banyak. Ada juga orang kerja kuat  tapi dapat sedikit. Itu bukti rezeki itu ketentuan Allah.
     
         Ada pula orang berkata , dia dapat itu kerana nasib dia saja. Bukan nasib. Itu Allah yang kehendaki. Allah beri kepada siapa yang Ia  kehendaki. Jadi, mengapa kita risau?

           Oleh itu bila kita nak minta rezeki, minta kepada Allah. Seperti kita berdoa semasa keluar rumah  , hanya kepada Mu aku bertawakkal. Maka hanya kepada Allah kita mohon rezeki. Allah boleh beri rezeki walaupun dari sumber yang kita tak sangka. Syaratnya bertaqwa kepada Allah.  Dalilnya iaitu at Thalaq:2 , 3,

         Oleh itu, jika  bertaqwa kepada Allah kita dapat habuan dunia dan  dapat habuan akhirat.  Mohon kepada Allah , dan usaha kita akan diberi ganjaran. Insya Allah.

         Bila kita tahu semua rezeki itu dari Allah, maka kita patut redha. Dapat banyak mana pun kena redha.  Kenapa redha? Kerana Allah itu maha Adil
 Dia tahu siapa , kenapa dan bila Dia hendak beri.  Jika kita merungut bermakna kita merungut dengan Allah.  Adakah patut kita yang jahil ini merungut kepada Allah yang maha Mengetahui? 
          
       Oleh itu, bila kita kaya , senang, bijak, jangan kata orang lain itu bodoh lagi miskin. Sebab itu bahasa dan perkataan milik Allah. Bukan kita yang boleh berkata begitu. 
       

           Jadi, bila Allah memberi rezeki ,  kita kena :
1. Bersyukur sebab itu  dari Allah
2. Rezeki itu ujian. Boleh jadi nikmat boleh jadi istidraj.  Dalilnya, at Taghabun:15 ,

          Belum tentu rezeki yang banyak itu nikmat kerana Allah sedang menguji kita. Manakala bila rezeki kita sempit mungkin itu  nikmat sebab mungkin dengan kurangnya kita itu , hati kita tergerak mahu mencari ilmu   dan beramal. 



Kesimpulan

1. Allah sahaja tempat berlindung dan memohon sesuatu hajat.
2. Haram memohon perlindungan dan hajat dari makhluk.
3. Manusia hidup dengan berpasangan.
4.  Maka bila ada dua pihak,   kadang  berlaku perselisihan pandangan.
5. Bila ada pertelingkahan pendapat, maka kembali lah kepada hukum Allah. 
6. Kedua-dua pihak yang khilaf kena buang ego dan nafsu baru boleh mengikut hukum Allah.
7.   Dalam mencari rezeki akan berlaku khilaf  , oleh itu kena kembali kepada hukum Allah.




Padang Jawa.
26/9/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicinta...

174) MENGAPA PERLU KENAL SUNNAH NABI S.A.W?

Bismillah, Assalamu'alaikum,         Mengapa perlu kenal sunnah nabi s.a.w? Kerana dengan itu kita akan kenal apa itu bid'ah. Kenapa perkara ini perlu dibahas? Kerana ramainya orang membahas syariat. Sehingga dengan keahliannya beretorika, atau kepintarannya dalam berlogika, hingga boleh memahamkan orang yang tidak faham , bahawa bid'ah itu sama dengan sunnah.  Dan hingga semua bid'ah itu dianggap bid'ah hasanah.  Sehingga baginya tidak ada lagi bid'ah yang dholalah (sesat).         Dengan mafhum seperti itu, diakui atau tidak diakui, maka setiap kali lahir bid'ah , asal baik dianggap oleh pelakunya, maka mereka panggil ia  bid'ah hasanah.         Oleh itu, daripada kita payah memikirkan definisi bid'ah ini, yang mana definisi bid'ah itu semakin hari semakin berkembang, semakin hari semakin membuka peluang untuk memasukkan hal-hal yang bukan dari sunnah menjadi sesuatu yang tak terpis...

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...