Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,
Allah telah memberitahu nabi s.a.w bahawa sekiranya orang-orang musyrikin berpaling dari kebenaran, dan tidak menyembah Allah, maka azab Allah pasti akan datang kepada mereka. Tapi Allah minta nabi beritahu mereka bahawa azab itu samada dekat masanya atau jauh masanya.
Kemudian Allah teruskan lagi wahyunya kepada nabi s.a.w supaya beritahu kepada yang kufur dan menyembah selain Allah , iaitu jika azab Allah itu lambat, apa sebabnya? Ada yang menyembah berhala 50, 60 tahun tapi sihat walafiat. Ada juga yang telah buat maksiat , membunuh orang, berzina berpuluh tahun tapi semakin kaya. Jadi, bila azab Allah akan turun? Kenapa lewat?
Kenapa lewat?
Jawapannya ada pada ayat al Anbiya' : 111, ini ,
Katalah seseorang menyembah berhala 40 tahun, tapi belum juga kena apa-apa azab. Kenapa? Kerana itu boleh jadi sebagai ujian atau fitnah kepada orang itu. Apa maksud ujian atau fitnah itu?
Lihat tafsirnya dari al quran sendiri, iaitu surah Ali Imran : 178,
Ada orang umurnya panjang, tapi ia tak solat. Kata Allah , jangan ia menyangka itu baik. Kenapa?
Kerana kata Allah, Allah panjang kan umurnya itu ialah supaya dosa orang itu makin bertambah. Misalnya dia mati umur 40 maka dosanya hingga umur 40 sahaja. Tapi kalau umurnya panjang hingga 60 dalam keadaan sihat dan kaya, dia rasa Allah sayang dia. Tapi Àllah kata jangan perasan. Padahal bila umurnya bertambah maka dosanya semakin bertambah dan bertambah lagi.
Istidraj
Inilah makna fitnah atau ujian dalam surah Anbiya': 111 tadi, atau dipanggil juga istidraj.
Kita mungkin bertanya kenapa Allah tak hukum terus kepada dia supaya dosanya tak bertambah? Kenapa Allah panjangkan umurnya , kenapa Allah nak tambah azab?
Pertama, Allah nak bagi peluang ia bertaubat. Umur 40 ia tak bertaubat, maka Allah bagi peluang dengan panjangkan umurnya. Kalau ia tak bertaubat juga itu musibah baginya. Sebab bila dosa bertambah maka azab juga bertambah.
Kedua, itu sebenarnya yang manusia mahu. Bila dia tak nak bertaubat, maknanya dia nak hidup lagi dengan rasa tak bersalah. Maka Allah bagi apa yang dia mahu.
Kalau engkau nak bertaubat, Allah buka pintu taubat. Kalau engkau nak nikmat dan dosa, Allah persilakan juga. Nak umur panjang, silakan.
Sebab itu ada satu makhluk yang ingkar perintah Allah, tapi sebab dia geram , dan dengki kepada manusia, dia minta Allah panjang kan umurnya , hanya untuk sesatkan orang. Allah makbulkan permintaannya. Itu kehendak dia, Allah beri.
Minta umur panjang
Sebab itu, bagus atau tidak kita minta panjang umur? Biasanya orang minta panjang umur bukan sebab nak beramal pun. Buktinya umurnya yang ada, amalannya macam mana?
Kedua , kalau Allah panjangkan umurnya, ada jaminankah dia akan beramal? Tidak ada. Bahkan nabi sebut dalam satu hadis,
“Apabila kamu melihat bahawa Allah memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat, ketahuilah orang itu menerima istidraj daripada Allah. (Kemudian rasulullah membaca surab al an 'am:44)” .
(Hadis Riwayat Ahmad)
Bila seseorang buat maksiat seperti tak solat, tak puasa, dedah aurat , berzina dan lain-lain, tapi Allah beri juga ia kesenangan hidup, rumah besar , kereta besar, bisnes maju, maka itu adalah istidraj.
Apa makna istidraj? Asal katanya ialah naik tangga sedikit demi sedikit. Seperti umurnya bertambah setahun, demi setahun demi setahun. Itu istidtaj. Menakutkan.
Bila Allah sayang
Sebab itu bila Allah sayang seseorang , apa yang Allah beri?
Iaitu musibah. Tapi bila ia buat maksiat Allah beri kesenangan itu tanda apa? Iaitu Allah tak suka dia, Allah benci dia.
Kemudian rasulullah s.a.w membaca surah al An'am:44,
Iaitu bila seseorang diberi nasihat dan peringatan, maknanya dakwah sampai kepadanya, tapi dia buat tak peduli saja, lalu Allah tak turunkan azab tapi Allah buka pintu-pintu nikmat kepadanya. Bisnes berjaya, badan sihat, umur panjang dan sebagainya. Maka tatkala mereka bergembira dengan apa yang mereka diberi, maknanya apa yang mereka dapat itu adalah nikmat dari Allah sebenarnya , lalu Allah ambil nyawanya secara mengejut.
Ada pendapat mengatakan ia mati dalan keadaan terkejut. Tengah kaya - raya dan follower pun ramai, tiba-tiba mati. Apabila ia mati, ia pun putus asa, iaitu masa untuk bertaubat sudah habis, sudah terlambat.
Manusia terbaik
Oleh itu, jadilah manusia terbaik. Nabi s.a.w ada menyata kan siapa manusia yang terbaik dalam satu hadis ini ,
Ada seorang lelaki bertanya, 'Wahai Rasulullah, siapakah orang yang terbaik?'
Beliau jawab: '
"Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya". Ia bertanya lagi: "Lalu siapakah orang yang terburuk?"
Beliau jawab:
"Orang yang panjang umurnya dan buruk perbuatannya" .
(Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Al-Haitami).
Umur 100 tahun, semua amalnya baik, nabi kata ia orang terbaik.
Umur 80 tak solat, masuk 90 tak solat juga, tambah jadi 100 tak solat juga. Itu terburuk
Bila umur lanjut
Ada orang jadi pelupa bila umur lanjut. Nabi mengajar kita mengenai hal ini dalam hadisnya ,
Abdullah bin ‘Abbas –radhi yallahu ‘anhuma– menceritakan, suatu hari saya berada di belakang Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Beliau bersabda, “Wahai anak, aku ajarkan kepadamu beberapa untai kalimat: Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, niscaya kau dapati Dia di hadapanmu"
(HR: Tirmizi dan Ahmad)
Apa maksud jaga Allah? Iaitu bertaqwa, taat semua perintah Allah dan tinggal semua larangan Allah. Maka Allah akan jaga dia, kesihatannya, hartanya dan ingatannya juga.
Allah jaga
Ada seorang tua umur 90 tahun mengajar di Syria. Ia bertanya anak muridnya , "Kamu anak siapa ? Bila murid itu jawab sekian-sekian , katanya, dia pelajar aku. Siapa datuk kamu? Bila murid itu jawab sekian-sekian , katanya dia pelajar aku. "
Jadi bagaimana ia ada ingatan sehingga tiga generasi? Apa rahsianya? Katanya, masa muda aku jaga perintah Allah, jadi masa tua Allah jaga aku termasuk ingatan.
Ramai orang tua hilang ingatan. Wallahualam, mungkin salah satu sebab, masa muda ia tak jaga perintah Allah. Bila tua Allah tak jaga dia, termasuk ingatannya. Ada orang berkata baca satu-satu ayat pegang kepala seseorang, maka ingatannya akan kuat. Ini tidak ada dalil. Yang ada dalil, ialah jaga perintah Allah. Bukan baca ayat al quran.
Jadi, diulang , manusia yang terbaik ialah yang umurnya panjang dan amalnya baik. Manakala manusia paling buruk ialah yang umurnya panjang, tapi amalnya buruk-buruk belaka. Inilah orang yang mendapat istidraj. Lagi panjang umurnya lagi bertambah azabnya.
Sebab itu sahabat dulu, bila nabi isytihar perang mereka berebut-rebut hendak pergi , sebab apa? Sebab mereka tahu umur yang panjang tidak ada jaminan iman dan amalnya semuanya baik.
Minta umur pendek?
Kalau begitu adakah kita patut minta umur pendek? Tidak. Sebab nanti bila Allah persoal di akhirat, dia kata umurnya pendek tak sempat beramal pula. Yang kita minta ialah mati dalam iman. Baca lah doa nabi Yusuf ini,
Iaitu kita minta mati dalam Islam, panjang atau pendek tidak penting, yang penting mati dalam Islam. Dan yang penting juga selepas mati digabungkan bersama orang yang soleh.
Kesenangan sementara
Kembali ke surah Anbiya: 111,
Apakah maksud ayat,
Maksudnya ialah, Allah beri umur panjang supaya dapat kesenangan atau berseronok, tapi seronok itu hanya sampai masa tertentu sahaja. Iaitu hanya sekadar umur nya sahaja.
Tapi Allah nak beri kepada orang beriman mataun yang tidak ada masa akhirnya. Lihat surah Mukminun : 55,
Bila Allah beri harta dan anak-anak, jangan kita sangka Allah memberi kebaikan kepada kita. Manusia, baik yang muslim atau bukan, bila ia sihat, kaya dan panjang umur, mesti dia rasa Allah sayang kepadanya. Tapi, jangan rasa seronok. Orang beriman kena rasa takut, takut bila tengah seronok ia mati.
Tidak sedar
Di ayat seterusnya ini Allah berfirman,
Benda apa yang mereka tak sedar itu? Iaitu banyaknya harta, anak-anak, jawatan dan sebagai nya, itu adalah musibah sebenar nya. Itu yang mereka tak sedar. Allah panjangkan umur sebenarnya Allah nak tambahkan dosanya, itu mereka tak sedar. Hari ni tak solat 5 waktu, esok tak solat lagi jadi 10 waktu. 10 hari tak solat dah jadi 50 waktu. Itu dia tak sedar.
Kemudian ia lihat orang yang pergi solat di masjid miskin pula. Dia semakin syok...
Rasa seronok
Kalau orang kata, akak ni hebatlah, dah berumur tapi nampak muda . Tentu dia rasa seronok. Dan jawabnya, terimakasih. Tapi kalau orang yang faham, ia akan kata, ini semua kurniaan Allah, Allah nak uji akak. Apa yang kita buat dengan umur yang pajang itu? Kena ada fikir macam itu supaya ada rasa risau dan takut, bukan sentiasa rasa seronok.
Bukan pula, lagi dia sihat lagi umur panjang, lagi dia berjalan. Kelas pengajian yang dekat pun tak sampai ?
Allah beri kebaikan
Tapi, orang yang macamanakah yang Allah beri kebaikan padanya? Lihat ayat seterusnya,
Iaitu, pertama, orang yang takut azab Allah lalu ia berhati-hati dengan dosa. Kemudian,
Kedua, orang yang beriman dengan ayat-ayat Allah iaitu al quran dan juga ciptaan-ciptaan Nya. Beriman dengan al quran itu bermaksud baca, faham dan beramal dengan ayat-ayat Allah.
Ketiga, mereka yang tidak menyengutukan Allah dengan apa-apa pun. Tidak ada langsung perbuatan syirik. Dan yang ke empat,
Bila ia beriman dengan ayat-ayat Allah , takut azab Allah dan tidak mensyirikkan Allah, hasilnya ia menginfakkan hartanya ke jalan Allah dengan rasa hati yang takut. Kenapa ada rasa takut? Padahal dia sudah beriman, tidak syirik dan berinfak?
Sebab dia tahu dia akan kembali kepada Allah dalam keadaan dia tak tahu amalannya diterima atau tidak.
Bila turun ayat ini, Aishah r.ha bertanya rasulullah s.a.w, kenapa orang yang beriman itu takut, sepatutnya orang yang buat dosa itu yang takut?
Jawab rasulullah s.a.w , "Bukan begitu wahai anak As siddiq, yang beriman dan beramal itu takut kerana ia tahu tiada jaminan amalnya diterima sedangkan yang buat dosa itu tidak takut, " sebab itu esoknya ia buat lagi.
Jika tak tadabbur al quran
Begitulah jika tidak tadabbur ayat quran, kita akan syok sendiri. Aku dah haji, dah umrah , dah sedekah, kita rasa dah baik. Tengok pula orang tak solat, tak sedekah, kedekut, kita kata, teruk orang tu bila nak berubah?
Jadi, alquran itu merawat penyakit yang ada dalam hati. Maka, yang lebih jahat ialah orang yang tak beri orang belajar dan faham al quran. Bila dia tak benarkan orang belajar tadabbur al quran , itu bermaksud ia tak memberi Allah merawat penyakit hati manusia. Kerana ada penyakit hati yang hanya quran boleh rawat. Kata-kata manusia tak boleh rawat.
Dapat apa?
Maka apa yang orang-orang beriman yang takut kepada Allah dan berinfak itu dapat? Lihat ayat ini,
Jadi, orang-orang yang beriman, takut kepada Allah dan menginfakkan hartanya , itulah orang yang bersegera untuk mendapat kebaikan. Bukan yang semata-mata sihat, panjang umur dan kaya itu yang mendapat kebaikan dari sisi Allah.
Bahkan di kalangan orang-orang yang mendapat kebaikan , ada yang mendapat sabiqun. Apa maksud sabiqun? Iaitu diantara mereka yang mendapat kebaikan, dia yang menang. Dia yang juara.
Seperti bila tibanya masa satu peperangan, Umar r.a sedekah separuh hartanya. Dia kata kali ini Abu Bakar r.a tak boleh lawan dia. Bila ditanya Abu Bakar dia sedekah berapa? Dia kata dia sedekah semua hartanya. Umar dan Abu Bakar r.hum ini berlumba membuat kebaikan atau yusariuna. Tapi siapa yang menang ? Abu Bakar r.a. Jadi Abu Bakar itu yang sabiqun.
Doa nabi s.a.w
Bila nabi berdakwah, orang musyrikin terus menolak , maka nabi berdoa kepada Allah, dengan doanya,
Jadi, jika orang tolak dakwah yang benar, tak payah berdebat tak payah berhujah, buang masa saja. Tapi berdoalah dengan doa ini.
Dalam doa ini kita minta Allah hukum dengan kebenaran , dengan keadilan. Yang bawa kebenaran akan berdoa dengan doa ini kerana ia bawa kebenaran. Tapi yang bawa bid'ah dia tak layak berdoa dengan doa ini. Sebab yang dia bawa adalah bid'ah , ia tak layak berdoa dengan doa ini.
Kebenaran
Kebenaran itu dari mana? Kebenaran itu hanya dari Allah. Apa dalilnya? Lihat al Baqarah :147 ,
Kalau dari Allah itu tentu benar. Kalau dari kita belum tentu benar. Kalau dari nabi adakah juga benar? Ya benar. Sebab daripada nabi itu adalah wahyu Allah juga. Yang tidak benar dari nabi ialah hadis palsu.
Jangan ragu
Maka, jika dari Allah, jangan
sesekali kita ragu. Malah, haram kita ragu dengan al quran dan hadis. Apa bukti seseorang ragu dengan al quran? Iaitu ia tak mahu baca, faham dan ikut al quran. Dia lebih percaya dengan apa yang guru dia ajar dan yang guru dia tulis. Kecuali yang sesuai dengan al quran dan hadis Ini orang yang jauh dari kebenaran.
.
Hanya mohon kepada Allah
Allah kata , minta pertolongan dari Nya saja, tidak kepada yang lain. Dalil lain meminta tolong hanya kepada Allah ialah ayat ,
Kalau kita di pihak yang benar hendaklah berdoa. Guna undang-undang atau kuasa menjadikan orang sembunyikan perasaannya, iaitu ia jadi munafik. Dengan doa , orang yang bersalah akan berdepan dengan Allah dan ia menanggung dosanya sendiri.
Berdoa dengan sabar
Seperti doa nabi Yaakob ini,
Ini cara nabi Yaakob menddiik anak-anaknya yang menipunya. Iaitu dengan berdoa semoga ia jadi sabar dengan sabar yang jamil atau sabar yang cantik. Bermakna ada sabar yang tak cantik. Bagaimana sabar yang tak cantik?
Sabar yang cantik itu langsung tak mengeluh, tak mengadu , tak marah. Sabar yang tak cantik, contoh katanya, aku sabar ni, kalau aku tak sabar aku......
Dan kemuncak rawatan nabi Yaakob a.s ialah ia hanya mengadu kepada Allah. Dia takkan mengadu kepada sesiapa selain Allah.
Oleh itu jika kita ada masalah jangan cari orang , jangan cari pakar psikatri, jangan cari pusat rawatan, jangan cari ustaz ruqyah.
Begitu juga doa nabi s.a.w terhadap tuduhan orang musyrikin kepadanya, beliau serahkan kepada Allah untuk membalas dengan sebaik-baiknya.
Pengajaran surah al Anbiya: 111:
1. Antara bentuk azab Allah kepada mereka yang kufur ialah dengan memanjangkan umur seseorang , melimpahkan hartanya, agar dia semakin bertambah dosanya dan azabnya.
2. Hidup di dunia hanyalah sementara, dan akan berakhir apaba sampai ajalnya. Maka pastikan setiap saat umur kita dipenuhi dengan amal soleh. Kerana sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya.
Pengajaran ayat 112:
1. Dorongan dan motivasi agar manusia sentiasa mengikut kebenaran sahaja samada dari segi perkataan atau amalan. Tidak ada yang benar melainkan yang datang dari Allah dan rasul sahaja.
2. Apabila berlaku perselisihan dan pertembungan antara hak dan batil, maka kembalilah kepada Allah. Dengan berdoa memohon agar Allah memutuskan dan memberi kemenangan kepada pihak yang benar dan mengalahkan pihak yang batil.
3. Wajib keatas orang beriman memohon pertolongan kepada Allah
Semoga bermenafaat.
Dari Kuliah Ust. Abdul Muein.
Klang.
3/12/24
Ulasan
Catat Ulasan