Langkau ke kandungan utama

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,


         Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek, 

     Nabi s.a.w bersabda:


مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

“Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.”
( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)


     Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama

     Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,

     Maka jalan yang lurus itu ialah dengan ilmu yang benar dalam agama dan diamalkan. Inilah faham agama.  Kalau kita mahukan  kebaikan kita kena cari ilmu. Bukan cari duit sahaja. Sebab itu nabi dan sahabat sebarkan ilmu setiap hari.


Hadis yang besar

     Kata Syeikh Bin Bazz, hadis ini adalah satu hadis yang sangat besar, sangat penting dalam hidup seseorang manusia. Sebab apa?

       Sebab selagi dia tak faham agama, mustahil ia jadi baik. Isteri kita kalau tak faham agama mustahil ia jadi isteri yang baik. Anak kita kalau tak faham agama  mustahil ia jadi anak yang baik. Semua orang tak mungkin jadi baik selagi ia tak faham agama. 

       Bila kita tak beri anak kita faham agama, kita nampak ia baik, tapi di sisi Allah ia belum tentu baik.


Faham agama

    Apa maksud faham itu?  Iaitu faham dua sahaja, iaitu faham al quran dan kedua, faham sunnah nabi s.a.w.    Selain pada itu tak dipanggil faham agama. Contohnya ia baca kitab agama, tapi tak ada ayat quran, tiada hadis,  maka itu bukan faham agama. 

      Syeikh Bin Bazz,  ketika menerangkan hadis di atas tadi, katanya,

     'Siapa yang diberi rezeki (faham) dalam agama mengikut cara ini maka itulah dalil dan   alamat sesungguhnya Allah hendak ia jadi baik.  Sesiapa yang diharamkan kefahaman dalam agama dan  ia bersama orang jahil dan orang sesat,   dan orang ini berpaling dari memahami  agama dan daripada belajar apa yang Allah wajibkan padanya dan dijauhkan dari memahami tentang apa yang Allah haramkan, maka demikian itu tanda-tanda Allah tak mahu ia jadi baik. '

    ' Kemudian, urusan hidup  orang mukmin ialah menuntut ilmu. Dan memahami secara mendalam tentang agama iaitu mengambil  hidayah dari kitab Allah , menghadap dan mentadabbur al quran sentiasa. Dan mengambil faedah dari al quran, dan mengambil berat tentang sunnah nabi s.a.w.  dan beramal dengannya. Dan  menghafal apa yang mudah darinya. Siapa yang berpaling dari 2 perkara ini, dan jahil dari 2 ini maka itulah dalil dan alamat bahawa sesungguhnya Allah tidak mahu ia jadi baik. '

      Firaun dan Qarun Allah beri semua kekayaan, tapi  Allah tak beri ia jadi baik. Kalau nak baik, dengan ilmu.
 

Kena seimbang?

     Kata orang jangan cari akhirat sahaja, kena seimbang. Anda , cuba fikirkan adakah akhirat dengan dunia itu sama? Tidak. Akhirat itu lebih baik.  Dalilnya lihat surah al A'la: 16 dan 17,


        Akhirat itu lebih baik dari dunia, jadi bagaimana ia boleh seimbang?    Seimbang itu bercanggah dengan ayat ini. Maka kita jangan lebihkan  dunia dan jangan seimbangkan antara dunia dengan  akhirat.

     Orang bertanya,    kalau kejar akhirat saja bagaimana hendak hidup? Apa jawapannya?
  
      Rezeki kita Allah sudah jamin di dunia ini. Kalau kita kejar akhirat adakah kurang rezeki yang Allah tetapkan? Tidak. Lihat nabi Yusuf a.s, dia cari akhirat,   akhirnya ia dapat apa?  Jadi perdana menteri. 

       Kata Syeikh Bin Bazz lagi  ,
'Siapa yang berpaling dari dua iaitu al quran dan hadis, maka itu tanda dan dalil yang Allah tidak mahu kebaikan untuknya. Dan demikian itu juga tanda kebinasaan dan kehancuran .  Dan tanda rosaknya hati dan menyimpang dari hidayat. '

    Bila orang minta hidayah tapi ia tak cari maka Allah pesan dalam surah al An'am:125,

      Kalau orang berkata, saya dah belajar agama, dah tadabbur, dah pergi kuliah, apa tanda saya dapat hidayah?  Jawapannya dalam ayat di atas.


Dilapangkan hati

      Iaitu Allah lapangkan  hatinya kepada Islam. Apa maksudnya? Iaitu semua perintah Allah dan semua larangan Allah, mudah  untuk dia amalkan. Dengar saja hadis nabi, dengar saja sunnah nabi, segera ia buat dengan  hati yang lapang. Tapi kalau dengar perintah Allah , dengar sunnah nabi, dia susah nak ikut, dah sebulan, bahkan dah setahun tak buat-buat juga, itu tanda belum dapat hidayah. 


Dadanya sempit

      'Kemudian, dan siapa yang Allah nak sesatkannya, maka  Allah jadikan dadanya sempit sesempit- sempitnya , iaitu hatinya sempit,  akhlaknya sempit, dalam memahami agama ini. Ia sempit nak belajar agama, sempit nak terima takdir Allah, panas baran, masalah kecil saja ia menjerit,  dia tak boleh sabar, itu tanda dada sempit. 

      Orang yang jiwa tenang , kawan dia datang lambat dia senyum saja, dia buka quran  dan baca. Ia sangka baik.  Ia tak memaki-maki. 

       Apa keadaan orang yang dadanya sempit?     Allah kata, seolah-olah  ia sedang naik ke langit. Apa maksudnya?

      Iaitu orang mustahil dapat naik ke langit, begitulah juga orang yang dadanya sempit,  mustahil ia mendapat hidayah. Hatinya tertutup. Kadang kita nampak orang yang sampai ke tua tak pergi masjid, sampai ke tua tak solat. Itulah orangnya.

      Sebab apa mustahil dapat hidayah?   Sebab Allah sempitkan hatinya. Kenapa Allah sempitkan?    Sebab ia sendiri tak mahu. Allah sesatkan seseorang sebab orang itu nak sesat  maka Allah beri. Allah itu adil. Kamu  nak hidayah  Allah bagi hidayah, kamu nak sesat Allah bagi sesat. Tapi kamu tanggung sendiri di akhirat nanti.


Bebas memilih

     Kita bebas memilih hidayah atau sesat. Kita bebas. Seperti kita datang kuliah,  ada sesiapa yang tahan kita dari datang? Tidak ada. Jika ada orang letak pistol di kepala kita supaya jangan datang, adakah kita berdosa jika tidak datang? Tidak berdosa sebab  kita tidak ada pilihan.  Tapi kita akan berdosa jika ada pilihan tapi tak pergi. 

       Sebab itu urusan orang beriman yang nombor satu bukan cari duit, bukan cari harta, tapi cari ilmu. Sebab dengan ilmu mereka akan jadi baik. 


Minta hidayah

      Kita minta hidayah dalam al Fatihah  yang kita baca dalam  solat  ,

        Maka Allah swt kata selepas fatihah , kalau kamu baca lagi al quran itu,  kamu akan tahu hidayah di mana, iaitu dalam surah al Baqarah : 2,
     
       Kalau kita nak  cari  hidayah , Allah kata hidayah itu ada dalam al quran. Sebab al quran itu adalah petunjuk bagi orang yang mahu bertaqwa. 

     Oleh itu jika kita minta hidayah dalam solat, kita kena belajar fahami al quran. Selagi mana  tak faham al quran,  dapat kosong sahaja.   Permintaan kita  sia-sia.  Sebab itu kata syeikhul Islam ibn Taimiyah,

     'Sesiapa yang tadabbur ( faham dan amal)  al quran, dengan tujuan  mencari petunjuk darinya maka akan  jelas kepadanya jalan yang benar. '

     Jadi di sini ada dua syarat untuk  nak dapat hidayah:
1.  Tadabbur al quran
2.  Dengan niat mencari hidayat.  Jika ia tiada niat ini maka ia takkan jumpa. Kadang belajar tadabbur saja suka-suka,  maka ia takkan dapat.  Niat mesti mencari hidayat  baru akan  jelas kebenaran itu. 


Ilmu bersin

       Ini satu contoh ilmu dan amal. Iaitu bila seseorang bersin maka dia baca apa, dan dijawab apa oleh yang mendengarnya,  seperti ini,

       Adakah kita sudah amalkan? Benda nampak simple, tapi ini satu ilmu, amalnya belum lagi.     Itu lah salah satu hidayah dan taufik dari Allah kalau kita dapat amalkan.  Lengkapnya Islam sampai bersin pun ada ucapannya. Dan dapat pahala dari bersin  , bukannya sia-sia.   Cuba anda hafalkan?


Inilah yang kita minta

      Inilah apa yang kita minta dalam solat , iaitu ilmu dari hadis seperti di atas, dan amalkan. Itulah antara hidayat.  Ilmu dan amal. 

      Ilmu sebaiknya dihafal supaya mudah diamal. Sebab itu nabi ajar kita satu doa ini, 



      Sumber doa ini dari hadis Abu
Dawud no. 1548, An-Nasa’i no. 5536, dan Ibnu Majah no. 3837 – (Hadis ini sahih)

       Iaitu kita minta jauh dari 4 hal:
1.  Ilmu yang tak diamal
2. Hati yang tidak khusyu'
3. Nafsu yang tidak puas-puas
4. Doa yang tak makbul


Kemurkaan Allah

     Bila sudah belajar kena amal kan. Jika tidak, maka   kita jadi macam orang yahudi, dia baca kitab Taurat tapi tak ikut, tak amalkan, terutamanya dalam bab akidah. Maka dia dimurkai Allah.  Manakala jika kita tidak ada ilmu dan tiada amal, itu lah orang sesat. Orang yang sesat ini Allah murka juga, tapi Allah lebih murka kepada orang yang ada ilmu, tapi tak amal. 

 Dalilnya lihat surah As Shaf:  2,

      Allah cela orang yang bercakap tapi dia tak buat. Contoh nya dulu dia kata akan beri derma jika ia dapat wang tertentu, sampai masa dia tak mahu derma pula.    Maka Allah murka dengan sebab perbuatannya , seperti ayat seterusnya,

    Kenapa sangat besar kemurkaan Allah? Kerana ia cakap apa yang ia tak buat.  Seperti juga kita kata kepada anak kita jangan buang masa , jangin main saja, jangan rokok, tapi kita sendiri buang masa dan hisap rokok.   Maka sangat besar kemurkaan Allah kita cakap tapi kita tak buat. 




Semoga bermenafaat.




Dari kuliah Ust. Abdul Muein.
Klang.
26/2/25
      

    

       
      

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...