Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel akhirat

682) APAKAH 5 CARA MENDEKATKAN DIRI DENGAN AL-QURAN?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Mencari ketenangan      Kadang-kadang kita merasa kan diri jauh daripada Allah. Hati terasa kosong, fikiran berserabut dan kita mencari ketenangan atau 'healing' bak kata orang sekarang, di pelbagai tempat.    Sedangkan Allah telah memberikan kepada kita satu sumber petunjuk yang sentiasa dekat — Al-Quran.      Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca ketika Ramadan, ketika ada majlis, atau ketika kita mempunyai masa lapang. Ia adalah petunjuk untuk menjalani kehidupan setiap masa.  Allah berfirman: “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang paling lurus.” (Surah Al-Isra’, 17:9)     Jadi, bagaimana kita mahu membina hubungan yang lebih dekat dengan Al-Quran?   1. Baca walaupun hanya beberapa ayat.    Jangan tunggu masa lapang untuk membaca Al-Quran. Bacalah walaupun hanya beberapa ayat.   Sedikit tet...

638) APA SYARAT KEJAYAAN DI AKHIRAT?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Kejayaan akhirat     Kejayaan di dunia boleh diraih dengan kerja keras, tekun, tidak putus asa dan berstrategi.      Tetapi bagaimana pula meraih kejayaan di akhirat? Apakah kejayaan di akhirat itu?      Surah Taha ayat 75–76 menjelaskan syarat kejayaan di akhirat, iaitu iman dan amal soleh, serta kepentingan menyucikan diri untuk mencapai darjat tinggi di sisi Allah SWT. Janji Allah Allah SWT berfirman:     "Dan sesiapa yang datang kepada-Nya sebagai seorang yang beriman serta telah mengerjakan amal-amal soleh, maka mereka itulah yang memperoleh darjat-darjat yang tinggi. Iaitu syurga-syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan yang demikian itulah balasan bagi orang yang menyucikan dirinya." (Surah Taha: 75–76)    Dua ayat yang mulia ini merupakan janji Allah kepada hamba-hamba-Nya yang beriman. Se...

604) APA MAKSUD KITA INI HANYA MENUMPANG DI DUNIA INI?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Kita ini menumpang     Salah satu hakikat terbesar yang perlu disedari oleh setiap manusia ialah bahawa kita sebenarnya hanyalah menumpang di dunia ini. Dunia bukan rumah kekal kita, bukan tempat tinggal abadi kita, dan bukan destinasi terakhir perjalanan hidup kita. Dunia hanyalah persinggahan sementara sebelum kita berpindah ke alam yang lebih kekal, iaitu alam akhirat.     Namun malangnya, ramai manusia hidup seolah-olah mereka akan kekal selama-lamanya di dunia. Mereka terlalu sibuk mengejar harta, pangkat dan kemewahan sehingga lupa bahawa suatu hari nanti mereka akan meninggalkan semuanya. Tanpa apa-apa      Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia, dia datang tanpa membawa apa-apa. Dia tidak membawa wang, tanah, rumah atau harta benda.       Begitu juga apabila seseorang meninggal dunia, dia akan pergi meninggalkan segala yang dimilikinya. Rumah yang...

582) APAKAH KUNCI KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Tikungan dan tanjakan    Dalam perjalanan hidup, manusia ibarat musafir yang menempuh jalan panjang penuh tikungan dan tanjakan. Ada masa di mana angin berhembus lembut, dan ada masa di mana badai datang mengejutkan, seperti kata peribahasa, “Hidup tak selamanya di atas roda; kadang di bawah, kadang di atas."     Demikian pula hati seorang hamba diuji dengan senang dan susah. Dari sinilah para sahabat Rasulullah -shallallahu 'alaihi wasallam- memberikan nasihat-nasihat yang menjadi pelita di tengah gelapnya perjalanan. Nasihat-nasihat mengajarkan kunci meraih kebahagiaan dunia dan akhirat.    Imran  bin Hushain al-Khuza'iy -radhiyallahu 'anhu-wafat 52H, berkata,    "Ada tiga perkara yang dengannya seorang hamba dapat meraih berbagai kebaikan dan keinginan dunia dan akhirat".     Tiga perkara ini termasuk amalan hati yang sangat besar nilainya di sisi Allah....

563) KENAPA ULAMA MENYURUH BERHATI-HATI DENGAN DUNIA ?

Bismillah.  Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Kenapa Ulama Menyuruh Berhati-hati Dengan Dunia?     Dunia merupakan tempat manusia menjalani kehidupan sementara sebelum menuju ke alam akhirat yang kekal abadi.     Oleh sebab itu, para ulama sering mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan dunia. Nasihat ini bukan bertujuan melarang manusia menikmati kehidupan, tetapi supaya manusia tidak terpedaya sehingga melupakan tujuan sebenar penciptaan mereka, iaitu beribadah kepada Allah SWT. Firman Allah,     Antara sebab ulama menyuruh berhati-hati dengan dunia ialah: 1.  Kerana dunia bersifat sementara dan penuh tipu daya.     Allah SWT telah menjelaskan dalam Al-Qur’an bahawa kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya kan manusia. Allah berfirman,   Keindahan harta, pangkat dan keseronokan sering membuat manusia merasakan dunia seolah-olah kekal, sedangkan hakik...