Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel taqwa

593) APA FAEDAH TAQWA KEPADA MANUSIA?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Zaman penuh ujian   Di zaman penuh ujian ini manusia sangat memerlukan satu formula agar ia dapat melalui jalan hidupnya hingga ke akhirnya dengan selamat.      Allah mencipta kita maka formula keselamatan itu pasti Allah tahu.  Mari kita lihat formula dari Allah dalam surah al Anfal:29:    “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepada kamu furqan (kemampuan membezakan antara yang benar dan yang batil), menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, dan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.”    Ayat ini merupakan antara ayat yang sangat agung dalam menerangkan kelebihan taqwa yang mana ia membawa keselamatan dunia dan akhirat.    Allah tidak hanya memerintah kan manusia supaya bertaqwa, bahkan Allah menjelaskan ganjaran besar yang diberikan kepada orang yang benar-benar menjaga hub...

548) BAGAIMANA PUASA MENUMBUHKAN RASA TAQWA?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Puasa dan taqwa    Kita tahu bahawa puasa akan membawa kita menjadi orang bertaqwa. Iaitu melalui firman Allah di dalam Al-Qur'an, Surah Al-Baqarah ayat 183: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)    Ayat ini jelas menunjukkan tujuan puasa ialah melahirkan taqwa.  Apa maksud taqwa?    Maksud Taqwa secara ringkas ialah:    Rasa takut dan sedar kepada Allah yang mendorong seseorang untuk melakukan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Oleh itu, Bagaimana supaya puasa benar-benar menjadikan kita orang bertaqwa? Ini penjelasannya: 1. Jaga puasa zahir dan batin    Supaya puasa kita membawa kepada taqwa, maka kita berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja, tetapi juga menjaga lidah, mata dan hati. Rasulullah ï·º bersabda:   “Sesiapa yang tidak...