Bismillah. Assalamu'alaikum, Orang yang tidak percaya bahawa manusia yang sudah mati dan hancur, akan di hidupkan kembali di hari kiamat, Allah mengatakan bahawa mereka adalah jahil dan degil. Mereka mendakwa adalah mustahil manusia akan hidup kembali. Maka Allah nak beritahu mengapa manusia tidak percaya kepada hari Kebangkitan tersebut. Dan Allah bagitahu juga apa yang perlu dibuat supaya mereka percaya kepada hari kiamat. Oleh itu Allah berkata dalam surah an Naml:69, Setiap ayat quran wajib nabi sampaikan kepada umat manusia, walau pun satu huruf. Tetapi bila ada perkataan qul maka itu bermakna lebih besar dan lebih penting untuk nabi sampaikan. Sebab itu bila ada perkataan qul maka kita kena beri lebih perhatian kepada ayat sesudahnya. Sebab ianya lebih tegas dan penting. ...