Bismillah.
Kesimpulan
Assalamu'alaikum,
Orang yang tidak percaya bahawa manusia yang sudah mati dan hancur, akan di hidupkan kembali di hari kiamat, Allah mengatakan bahawa mereka adalah jahil dan degil. Mereka mendakwa adalah mustahil manusia akan hidup kembali.
Maka Allah nak beritahu mengapa manusia tidak percaya kepada hari Kebangkitan tersebut. Dan Allah bagitahu juga apa yang perlu dibuat supaya mereka percaya kepada hari kiamat. Oleh itu Allah berkata dalam surah an Naml:69,
Setiap ayat quran wajib nabi sampaikan kepada umat manusia, walau pun satu huruf. Tetapi bila ada perkataan qul maka itu bermakna lebih besar dan lebih penting untuk nabi sampaikan. Sebab itu bila ada perkataan qul maka kita kena beri lebih perhatian kepada ayat sesudahnya. Sebab ianya lebih tegas dan penting.
Dalam ayat di atas, Allah suruh kita berjalan di atas mukabumi ini. Bila Allah suruh maka adakah ia wajib , sunat atau harus? Bila perkataan siiru bermaksud perintah, maka ia jadi wajib. Wajib berjalan di atas mukabumi ini. Dengan tujuan apa kita berjalan itu? Apakah sebabnya? Allah takkan suruh jika benda itu tiada faedah atau sia-sia.
Perhatikan kebesaran Allah
Sebenarnya Alah suruh kita berjalan supaya kita perhatikan atau berfikir tentang kebesaran Allah. Apa faedahnya kepada kita.? Iaitu bila kita rasa kebesaran Allah maka Allah mahu kita sembah atau beribadat kepadanya.
Kenapa Allah mahu kita sembah Dia? Allah tak dapat apa-apa faedah pun jika kita sembah Dia atau tak sembah Dia. Allah tak untung dan tak rugi pun. Sebenarnya Allah suruh sembah Dia, kerana Dia mahu kita masuk syurga. Kita tak mungkin masuk syurga kecuali dengan taat perintah Allah. Tak mungkin kita taat melainkan kita kenal dan cinta kepada Allah.
Tak mungkin kita kenal Allah melainkan dengan berfikir tentang kebesaran Allah dan ciptaan Allah. Dan kita tak mungkin fikir kebesaran Allah melainkan kita berjalan dan lihat kebesaran Allah dàn ciptaan Allah.
Bila tujuan akhirnya berjalan itu iaitu supaya kenal Allah dan sembah Allah , maka berjalan dengan tujuan itu jadi wajib. Oleh itu, semua para sahabat nabi berjalan kemerata dunia untuk mengajak manusia kenal Allah, sembah Allah dan taat Allah. Sehingga hidup mereka hanya bertujuan membesarkan Allah sehingga Islam tersebar ke seluruh dunia.
Tapi sekarang umat Islam berjalan juga tetapi bukan untuk fikir kebesaran Allah. Sebab itulah Islam makin tidak kuat, bahkan iman umat Islam sendiri semakin lemah bila berjalan.
Kesudahan orang yang berdosa
Di dalam ayat di atas juga, Allah tumpukan supaya kita fikir tentang kesudahan orang yang berdosa. Iaitu kaum -kaum dahulu yang telah di azab Allah kerana perbuatan mereka sendiri. Mereka itu seperti kaum Tsamud, kaum Ad dan lain-lain , adalah orang kafir.
Sebab yang akan diazab Allah bukan saja orang kafir tetapi juga orang yang berdosa termasuk lah orang Islam. Lihat al Anfal:25,
Kenapa Allah tak sebut kafirin tetapi sebut mujrimin (orang yang berdosa)? Sedangkan mereka itu semua memang orang kafir . Sebab apa? Sebab jika letak kafirin, orang Islam akan rasa dia selàmat sebab dia bukan orang kafir. Itu bahaya sebab kita rasa dah selamat. Sedangkan azab Allah boleh menimpa walaupun orang Islam. Orang Islam yang berdosa juga boleh di timpa azab.
Bani israel asalnya adalah kaum yang mulia dan beriman . Bahkan ia antara kaum yang mulia sebab ramai nabi berasal dari kaum ini. Tapi, akhirnya mereka kufur , maka Allah jadikan mereka kera, babi dan sebagainya. .
Jadi Allah suruh kita lihat kesudahan kaum terdahulu. Apa pengajaran Allah suruh lihat kesudahan orang-orang dahulu? Iaitu,
Kehidupan seseorang itu tidak melambangkan hal sebenar di sisi allah. Tetapi bagaimana akhirnya dia. Kerana ada orang asalnya kafir tetapi akhir hidupnya ia beriman. Dan ada juga yang asalnya beriman tetapi akhirnya ia kafir. Yang Allah kira ialah yang akhir.
Sama seperti hadis ini yang bermaksud,
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sungguh ada seorang hamba yang menurut pandangan orang banyak mengamalkan amalan penghuni syurga, namun berakhir menjadi penghuni neraka. Sebaliknya ada seorang hamba yang menurut pandangan orang melakukan amalan-amalan penduduk neraka, namun berakhir dengan menjadi penghuni syurga. Sungguh amalan itu dilihat dari akhirnya.” (HR. Bukhari, no. 6493)
Menafaatkan akal
Jadi dari sini kita dapat tahu bahawa apabila kita berjalan, wajib kita perhatikan kebesaran Allah atau ciptaan Allah. Contohnya perbezaan warna kuliit manusia, bahasa dan lain-lain. Padahal semuanya berasal dari air mani juga. Tetapi berbeza apabila sudah jadi manusia.
Kalau kita tidak memikirkan kebesaran Allah , maka apabila balik dari sesuatu tempat, kita tidak mendapat apa-apa pengajaran, kerana kita tidak memanfaatkan akal yang diberi.
Oleh itu kita kena sentiasa memanfaatkan akal . Lihat al Hajj :46,
Bila hati tak digunakan untuk lihat kebesaran Allah, itulah maknanya hati itu buta. Contoh , bila kita pergi ke satu keluarga yang miskin, ibu bapanya sakit, anak pun ada yang sakit, tàpi boleh hidup tenang. Itu tanda kebesaran Allah.
Begitulah juga kisah nabi Musa yang belajar dari Khidir. Mereka berjalan keluar sehingga berjumpa bermacam-macam hal yang menakjubkan.
Nabi sedih
Bila orang kafir berjalan kemerata tempat tetapi tidak juga nampak kesan azab Allah dan kebesaran Allah, nabi menjadi sedih kerana mereka tidak juga mahu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Bila nabi sedih maka Allah turunkan ayat 70, an Naml ini,
Bila Allah kata jangan sedih itu bermakna tidak perlu sedih dengan perlakuan orang yang kafir itu. Allah larang nabi bersedih. Sebab apa Allah larang? Sebab:
1) Nabi Muhammad s.a.w sudah menjalankan tugas memberi peringatan dan dakwah. Bila mereka menolak maka itu bukan tanggungjawab nabi lagi. Kerana hidayah itu milik Allah, hanya Allah yang dapat memberi hidayah kepada siapa yang Allah hendak beri.
2) Sedih tidak membawa faedah.
Sedih tak mebawa kebaikan dan sedih juga tak dapat menghilangkan musibah yang menimpa. Walau kita bersedih 3 hari 3 malam , musibah tak akan hilang. Allah tak suka kita membuang masa dengan hal yang tak berfaedah seperti itu.
3) Syaitan sangat suka bila orang beriman bersedih. Bila orang bersedih dia takkan dapat berbuat banyak. Amal ditinggalkan kerana melayan sedih sahaja. Lihat surah al Mujadilah :10,
Bila orang-orang munafik Madinah dulu, berbisik-bisik seolah-olah ingin memberi mudarat kepada orang beriman, maka Allah kata jangan bersedih kepada orang beriman. Sebaliknya perlu bertawakkal kepada Allah.
Sebab itu nabi kata semua urusan orang beriman itu baik. Tidak ada yang perlu disedihkan. Lihat ali Imran: 176,
Allah ingatkan orang beriman supaya tidak bersedih jika ramai orang yang menjadi kafir sebab ia takkan memberi mudharat kepada Allah. Dan mereka tidak akan mendapat kebaikan walahpun sebesar zarrah di akhirat nanti. Dan azab neraka menunggu mereka .
Jika bersedih
Apa tips supaya tidak sedih jika ditimpa apa-apa musibah atau kejadian yang tak diingini ? Lihat apa kata Allah dalam quran:
1) Lihat al Baqarah: 38,
Di sini Allah kata siapa yang ikut petunjuk dari Allah, ia tidak akan takut dan tidak akan sedih terhadap apa-apa yang berlaku kepadanya. Petunjuk itu bermaksud ikut al quran. Allah tak kata hafal, baca atau lagukan alquran. Allah kata ikut suruhan dan larangan dalam al quran. Dia takkan rasa sedih.
Orang yang tak ikut al quran, benda sikit pun dia sedih. Hilang rm20 pun sedih macam hilang rm2000.
2) Lihat al Baqarah :262
Allah kata bila kita infak ke jalan Allah, dengan tidak mengungkitnya kembali , iaitu dengan penuh ikhlas, maka kita akan dapat pahala , tidak ada rasa khuatir dan tidak bersedih hati terhadap apa yang berlaku.
Bila kita infak rm10 contohnya, Allah beri pahala yang lebih banyak iaitu 700x10=7000. Kita keluar sikit sahaja tapi Allah bwri upah lebih banyak. Macamana kita nak sedih bila keluar sedikit dapat banyak? Itu ganjaran di akhirat.
Ganjaran di dunia pula , Allah hilang kan rasa khuatir terhadap sesuatu dan Allah hilangkan rasa sedih jika ditimpa sesuatu keburukan.
Sebaliknya orang yang kedekut sentiasa rasa sedih dan takut. Takut duit kurang , takut hilang, takut orang curi dan lain-lain. Bila hilang pula rasa sedih.
Tetapi kesedihan yang fitrah seperti kematian oang yang kita sayang, itu tidak mengapa. Sebab nabi pun mengalirkan airmata bila anaknya wafat. Tetapi ia tidak samapai mengganggu kerja dakwah nabi.
Yang tak bolehnya, bila sedih yang mengakibatkan meninggalkan amal atau mengurangkat taat kepada Allah.
Allah pujuk nabi
Bila nabi bersedih dengan sikap orang-orang musyrikin yang tak mahu beriman kepada Allah, Allah turunkan ayat 70 surah an Naml ini, yang memujuk nabi, kekasihNya,
Di sini Allah beritahu nabi supaya jangan rasa sedih dengan sikap orang kafir kerana nabi sudah menjalankan tugasnya dengan sebaik-baiknya. Dan jangan rasa sempit dengan perancangan jahat mereka. Kerana perancangan Allah lebih hebat.
Bila rasa sedih, rasa sempit hidup maka Allah beri panduan untuk kita menghilangkannya.. Lihat surah al Hijru: 97 , 98 dan 99 ,
Dan
Bila orang-orang musyrikin menuduh nabi gila dan tukang sihir, nabi rasa sempit dada. Rasa sedih.
Tetapi kenapa Allah kata sudah lapangkan dada nabi dalam surah al insyirah ini?
Bagaimana? Iaitu maksudnya dada nabi lapang untuk menerima islam, solat malam dan berdakwah tanpa mengira risikonya.
Tapi nabi rasa sempit dada kerana dituduh dengan tuduhan yang melampau. Tetapi kedua-dua iaitu rasa sedih dan rasa sempit dada, kedua-duanya Allah larang .
Menghilangkan kesempitan jiwa
Jadi, untuk menghilangkan rasa sempit hidup maka Allah beri tips melalui dari surah al Hijru : 97 ,98 dan 99 di atas.
Iaitu dengan :
1) berzikir iaitu mensucikan Allah iaitu rabb kita . Dengan istiqamah berzikir dengan zikir pagi dan zikir petang, contohnya. Dalilnya, surah ar Ra'du: 28,
Maknanya membanyakkan solat sunat. Allah akan hilangkan kesempitan bila kita membanyakkan solat sunat. Bukannya lagi sempit, lagi tinggalkan solat.
3) Sembah atau beribadah kepada Allah.
Sampai bila ? Sampai mati. Iaitu istiqamah sampai datang ainul yakin (kematian).
Menyindir nabi
Orang-orang musyrikin atau sesiapa saja yang tidak percaya kepada hari kiamat, bertanya kepada nabi Muhammad s.a.w, bilakah janji azab itu akan sampai? Seperti yang Allah rakamkan dalam an Naml :71 ini,
Tapi mereka hanyalah ingin menyindir nabi sahaja. Bukanlah dengan niat yang benar, iaitu bertanya sangat. Orang kafir bukan saja menolak islam, tapi mengejek nabi di depan nabi sendiri.
Tapi nabi terus juga berdakwah kepada mereka. Bukan setakat ejek, malah mereka menghina peribadi nabi sendiri seperti meletakkan perut unta di belakang beliau ketika nabi sedang sujud.
Berbanding dengan kita sekarang. Kita tak buat kerja dakwah pun tapi amat cepat marah bila islam dihina. Tapi nabi sebaliknya, buat kerja dakwah dan bersabar diatas perbuatan orang musyrikin ke atasnya.
Lihat al An'am :33,
Di sini Allah memujuk nabi supaya jangan bersedih kerana orang musyrikin bukan mempertikaikan peribadi nabi kerana mereka tahu nabi seorang al amin. Tetapi sebenarnya mereka menolak ayat- ayat Allah yang nabi bawa. Dan sebenarnya mereka berdepan dengan Allah sendiri secara tak langsung.
Bila orang-orang musyrikin menghina nabi, nabi tak membalas kata-kata mereka. Sebab nabi tahu, mereka menentang Allah sebenarnya bukan peribadi nabi. Jadi, nabi biarkan mereka kepada Allah sahaja.
Sebab itu, jika kita sampaikan alquran dan sunnah kepada masyarakat, kita jangan marah jika mereka menolak dan menghina. Kerana sebenarnya mereka bukan menghina kita, tetapi mereka sedang berdepan dengan Allah dan rasul sendiri. Mereka menolak al quran dan sunnah itu sendiri.
Kesimpulan
1. Bila berjalan, sedarilah kebesaran Allah dengan melihat ciptaan Nya yang agung.
2. Tugas mukmin hanya menyampaikan ayat-ayat Allah, hidayah itu milik Allah.
3. Orang beriman sentiasa baik, samada ketika mendapat nikmat atau terkena musibah.
4. Allah larang kita bersedih sehingga menjejaskan amalan harian kita.
5. Berzikir, solat dan infak dapat menghilangkan kesedihan.
6. Jangan marah jika dakwah kita tidak di terima dan kita di ejek kerana kita membawa risalah dari Allah.
Dari Kuliah Us AMAR,
12/12/23
Klang & Padang Jawa.
Ulasan
Catat Ulasan