Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum. Kitab suci Al-Qur’an ialah kitab suci yang diturunkan oleh Allah sebagai petunjuk hidup manusia. Ia merupakan sumber hidayah yang membawa manusia keluar daripada kegelapan menuju cahaya kebenaran. Namun dalam realiti kehidupan, terdapat manusia yang membaca Al-Qur’an setiap hari tetapi masih tidak merasai perubahan pada hati dan akhlaknya. Persoalannya, adakah Al-Qur’an tidak memberi hidayah, atau terdapat sebab lain yang menghalang hidayah itu sampai ke dalam jiwa? Telah dijelaskan Jawapannya telah dijelaskan sendiri oleh Al-Qur’an dan sunnah Nabi Muhammad ï·º. Hati yang bertaqwa Pertama, Al-Qur’an hanya menjadi hidayah bagi hati yang bertakwa. Allah berfirman: “Kitab (Al-Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya; menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah: 2) Ayat ini menunjukkan bahawa hidayah Al-Qur’an berkait rapat denga...