Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Syaitan ingin menyesatkan anak Adam Dalam surah al Hijr:39 syaitan berkata ia akan menyesatkan keturunan Adam. Ini kerana Allah telah menghukum ia keluar dari syurga kerana ia tidak mahu taat perintah Allah supaya sujud kepada Adam. Tetapi syaitan mengakui ia tak dapat menggoda dan menyesatkan orang-orang yang ikhlas seperti dalam surah al Hijr: 40 ini, Jadi apakah maksud ikhlas ini? Dan apakah ciri-ciri orang yang ikhlas? Mari kita bincangkan. Maksud Ikhlas dalam Islam Ikhlas bermaksud melakukan setiap ibadah dan amalan semata-mata kerana Allah, tanpa mengharapkan pujian, ganjaran manusia, atau kepentingan dunia. Segala perbuatan dilakukan dengan niat mencari keredhaan Allah semata-mata. Rasulullah ï·º bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat…” (Riwayat Sahih Muslim) Hadis ini menjelaskan bahawa niat yang ikhlas m...