Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel khalwat

204) APA ERTI KHALWAT YANG DISYARIATKAN ITU?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,      Kali ini kita membahaskan tajuk Bagaimana kita boleh bahagia hidup bersama Allah. Yang dalam syariat disebut berkhalwat atau berdua-duaan dengan Allah swt. Ini topik yang kita perlukan kerana kebanyakan waktu kita , kita habiskan dengan  berinteraksi dengan makhluk atau manusia. Waktu kita berinteraksi dengan  Allah sedikit sekali.         Kita lebih banyak melayan hal-hal dengan manusia, membaca post-post mereka, komen itu dan ini, menonton di youtube, di tik tok dan sebagainya.  Begitulah waktu    kita habis terbuang-buang.        Inilah sebab  yang terkadang menyebabkan  hati kita jadi keras, susah untuk khusyu', susah terasa dengan ayat-ayat Allah swt, kerana terlalu banyak membicarakan mengenai manusia, mengomentari manusia, bicara tentang dunia dan lain-lain lagi, dan  jarang berkhalwat dengan Allah swt.    ...