Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel berkata benar

611) ADAKAH KITA MESTI SENTIASA BERKATA BENAR DAN BERTINDAK ADIL?

Bismillah.  Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Sentiasa berkata benar?    Ya. Sebagai seorang Muslim, kita diperintahkan untuk sentiasa berkata benar dan bertindak adil. Kedua-duanya merupakan akhlak yang sangat penting dalam Islam dan menjadi sebab seseorang mendapat keredhaan Allah SWT.     Islam ialah agama yang dibina di atas asas kebenaran dan keadilan. Kedua-dua nilai ini bukan sekadar akhlak yang mulia, bahkan merupakan perintah Allah SWT yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim. Seseorang yang sentiasa berkata benar dan berlaku adil akan memperoleh ketenangan jiwa, kepercayaan manusia serta keredhaan Allah SWT.     Sebaliknya, dusta dan kezaliman menjadi punca kerosakan dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Prinsip hidup    Oleh itu, seorang Mukmin hendaklah berusaha menjadikan kejujuran dan keadilan sebagai prinsip hidupnya dalam setiap keadaan, sama ada ketika senang mahupun susah.    All...

202) APA GANJARAN TAQWA DAN BERKATA BENAR?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,    Jangan menyakiti nabi.      Ini Allah jelaskan dalam surah Al Ahzab:69,              Bila Allah berkata, 'Wahai orang-orang beriman',  maka  kita mesti mengambil perhatian yang serius apa yang Allah nak katakan selepas itu.        Jika tidak,  maka itu tanda kurangnya iman.      Kerana mesti selepasnya ada samada perintah atau larangan yang hendak Allah beritahu.      Kalau perintah maka wajib buat, kalau larangan wajib ditinggalkan.        Apa kata Allah dalam ayat ini? Iaitu jangan kamu menjadi seperti orang-orang yang  te lah m enyakiti nabi Musa a.s. dulu.       Siapa yang menyakiti nabi Musa? Iaitu bani Israel. Apa yang mereka lakukan      kepada nabi Musa? Ada banyak perkara yang menyakiti nabi Musa. Antaranya mereka  berkat...