Langkau ke kandungan utama

202) APA GANJARAN TAQWA DAN BERKATA BENAR?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,

  

Jangan menyakiti nabi.

     Ini Allah jelaskan dalam surah Al Ahzab:69,
      


      Bila Allah berkata, 'Wahai orang-orang beriman',  maka  kita mesti mengambil perhatian yang serius apa yang Allah nak katakan selepas itu.        Jika tidak,  maka itu tanda kurangnya iman.      Kerana mesti selepasnya ada samada perintah atau larangan yang hendak Allah beritahu.      Kalau perintah maka wajib buat, kalau larangan wajib ditinggalkan. 

      Apa kata Allah dalam ayat ini? Iaitu jangan kamu menjadi seperti orang-orang yang  telah menyakiti nabi Musa a.s. dulu. 

     Siapa yang menyakiti nabi Musa? Iaitu bani Israel. Apa yang mereka lakukan      kepada nabi Musa? Ada banyak perkara yang menyakiti nabi Musa. Antaranya mereka  berkata,

       Dan semasa baru saja selamat dari kejaran Firaun, kaki pun masih basah dengan air laut,  mereka meminta dibuatkan tuhan patung  daripada nabi Musa a.s,

  
Kisah nabi Musa a.s

    Dalam ayat 69, al Ahzab di atas  perbuatan bani Israel yang menyakiti nabi Musa itu adalah khusus berkenaan cerita di bawah ini.

     Bani Israel  menuduh nabi Musa itu ada penyakit sopak dan kemaluannya besar. Bani Israel ini suka mandi telanjang ( degil,  walaupun itu haram). Tetapi bila dilihatnya nabi Musa tidak mandi telanjang , mereka menuduh nabi Musa ada penyakit sopak, dikata nya nabi Musa ingin menyembunyi kan  penyakitnya. 

       Seperti diceritakan  dalam satu hadis ini,

    “Orang-orang Bani Israil dahulu mandi bertelanjang, mereka melihat kepada satu sama lain dan Nabi Musa A.S mandi seorang diri.” Maka mereka berkata: “Demi Allah, tiada yang menegah Musa mandi bersama melainkan kerana burut zakarnya.” Pernah sekali Musa pergi untuk mandi lalu meletakkan pakaiannya di atas batu. Maka batu itu lari membawa pakaiannya. Musa terus keluar (dari tempat mandinya) mengejar batu itu sambil berkata: “Pakaianku wahai batu.” Sehingga orang-orang Bani Israil melihat kepada Musa. Pada ketika itu barulah mereka berkata: “Tidak ada apa-apa kekurangan pun pada Musa". Musa mengambil pakaiannya dan memukul batu itu. Abu Hurairah berkata: “Demi Allah sesungguhnya ada enam atau tujuh kesan pukulan di atas batu itu.”
( HR Bukhari: 278)

        Sebelum itu bani Israel menuduh nabi Musa ada penyakit sopak dan sebagainya. Tetapi bila kejadian  diatas berlaku barulah mereka mengakui Nabi Musa a.s  itu tiada apa-apa penyakit. 

      Nabi Musa mengetuk batu tersebut hingga ada enam atau tujuh tanda pada batu itu. Ahli tafsir mengatakan sebab nabi Musa mengetuk batu itu kerana marah kepada batu itu. Ada pendapat lain mengatakan nabi Musa bukan mengetuk itu kerana marah sebab  batu itu mengikut arahan tuhan.   Maka sebab lain ialah sebagai tanda mukjizat.  Ketuk saja, ada kesan. 

       Ada orang pertikaikan hadis ini sebab tak masuk akal. Tak mungkin  Allah nak bersihkan nabi Musa sehingga terpaksa mengejar batu dalam keadaan telanjang. Itu mengaibkan dan takkan tiada cara lain  nak bersihkan  nama beliau.  Maka para ulama menjawab bahawa ianya hadis sahih . Juga bani Israel ini jenis yang  tidak percaya kecuali ia nampak di depan matanya. Selagi tidak nampak ia tidak percaya.  Jadi, inilah  caranya Allah bersihkan tuduhan bani Israel itu.


Pengajaran hadis

     Apa pengajaran dari ayat diatas tadi? Iaitu:
1.   Orang yang tiada malu akan  membuat apa saja.
2.   Tidak ada nabi yang tidak disakiti. Maka setiap pendakwah juga pasti akan disakiti , itu sunatullah.

Dalilnya  lihat as Saf: 5,


     Maka para pendakwah mesti tahu bahawa ia pasti disakiti dan tidak perlu takut dengan perkara itu.


Kenapa manusia tersesat?

      Allah berkata lagi, oleh kerana mereka menyimpang ( sesat) maka Allah sesatkan hati mereka. Ini jelas menunjukkan manusia sesat bukan kerana Allah sesatkan tetapi kerana mereka fasiq iaitu berdosa. Jadi untuk dapat hidayat , maka kena hilangkan  kefasiqan ( dosa) dulu. 


Antara nabi Musa a.s dan nabi Muhammad s.a.w

     Antara nabi Musa dan nabi Muhammad mana yang lebih banyak disakiti?  Baca cerita yang berasal dari hadis ini,

    Semasa penaklukan Mekah, sebahagian orang kafir yang tidak mahu beriman lari ke Thaif dan bergabung dengan orang Thaif. Jadi, nabi dengan bilangan yang lebih banyak ingin  menyerang mereka di tempat bernama Hunain. Pada mulanya pasukan  nabi kalah, kemudian baru menang dan mendapat harta rampasan  yang banyak. 

      Banyak harta rampasan tetsebut nabi berikan  kepada orang Mekah yang baru masuk Islam. Sedangkan disamping nabi ada orang Ansar dan muhajirin yang sudah lama masuk Islam.  Dan banyak berkorban. Tapi tak beri.

       Ada orang diberi 100 ekor unta. Uyainah diberi 100 ekor unta. Juga diberi kepada pembesar-pembesar  Mekah. Maka ada seorang Ansar berkata , itu tidak adil dan bukan kerana Allah bahkan diberi kepada kroni. Bila ia tuduh nabi tak adil bermakna ia menuduh Allah, kerana pemberian nabi itu berdasar wahyu dari Allah. 

      Abdullah bin Mas'ud pergi menceritaksn hal itu kepada nabi s.a.w. Maka jawab nabi, "Siapakah yang lebih adil kalau Allah dan rasul tidak adil?"  Kata nabi, "semoga Allah merahmati Musa yang lebih banyak disakiti tetapi ia sabar."

       Walaupun begitu nabi Muhammad lebih banyak disakiti sebenarnya,  kerana iman nabi Muhammad lebih tinggi dari nabi Musa. 

 3.  Bila nabi di ganggu, Allah akan jaga beliau.  Nabi tetap terhornat di sisi Allah.



 Bertaqwa dan berkata benar

   Setelah Allah melarang menyakiti para nabi, maka Allah berkata lagi,

        Allah menyuruh orang beriman bertaqwa kepada Allah dan hendaklah berkata yang benar. Apa beza bertaqwa dengan berkata benar?    Ulama mengatakan ber- taqwa itu lebih kepada perbuatan dan berkata benar itu lebih pada perkataan.     Ada orang nampak bertaqwa, solat khusyu', baca qurannya sedap, umrah selalu pergi tetapi mulut tak dijaga.

     Maka sebab itu Allah beri dua iaitu perbuatan  dan percakapan kena taqwa. Ada hadis nabi berkata,

      “Barangsiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua rahangnya dan apa yang ada di antara kedua kakinya maka aku menjamin untuknya Syurga.” (Riwayat Al-Bukhari, dan tidak ditemui dalam sahih Muslim)

       Kadang-kadang taqwanya nampak  baik tapi mulut,   pantang tengok mesti nak komen, besarnya,  kurusnya, itu dan ini.

     Ini juga menunjukkan  perkataan yang baik itu ialah apa saja perkataan yang Allah redha. Samada tazkirah, berdoa, mengajar, suruh buat makruf, cegah orang dari mungkar, semua itu termasuk qaulan sadida. Dan termasuklah bercakap baik ialah yang sesuai dengan keadaan. 

     Kadang,  kita cakap benda baik tapi tak sesuai dengan keadaan. Itu bukan  qaulan sadida. Contoh, dia suruh orang buat baik, tapi memalukannya. Seperti katanya,  "Pakcik jom solat, pakcik dah tua kan? Jom solat".  Itu menyakitkan hati orang. 

       Di sini Allah nak ajar supaya jangan menyakiti Allah, rasul dan orang beriman. Orang-orang  beriman selalu  di labelkan dengan bermacam-macam perkataan. Sebab apa  mulut mereka begitu lancang?  Sebab tiada taqwa. Kerana taqwa adalah penghalang seseorang dari mengeluarkan  perkataan  yang buruk. 


Apa  hasilnya?

      Bila bertaqwa dan bila kita menjaga percakapan, apa hasilnya?  Kata Allah,


     Iaitu, pertama,   Allah akan memperbaiki amalan-amalan  kita. Bagaimana dengan taqwa dan menjaga percakapan, amalannya menjadi semakin baik? Iaitu bila seseorang bertaqwa bermakna ia tak buat maksiat. Bila tak buat maksiat , hatinya jadi lembut dengan  Allah. Bila hati lembut maka mudah ia membuat amalan-amalan  lain lagi. 

     Kedua, dengan bertaqwa dan jaga percakapan, Allah ampunkan dosa-dosa kita. Salah satu nama Allah ialah Syakur, iaitu Allah membalas lebih banyak.  Bila Allah ampunkan dosa maka ia masuk syurga, sedangkan syurga itu kekal.   

     Ketiga,  dengan bertaqwa, Allah menambah baik amalan kita yang lain  dan amalan kita diterima  Allah, kerana syarat diterima amalan ialah bertaqwa.   Amalan yang bukan taqwa Allah tak terima. Kata sahabat dulu, "Kalau aku tahu amalan ku yang itu diterima maka aku mahu mati masa itu." Kenapa ? 



Bila amalan diterima?

     Kerana amalan  dikira pada penghujungnya. Kalau penghujung kita amalan  kita diterima sudah tentu masuk syurga. Tapi Allah tak bagitau amalan kita diterima atau tidak. Kenapa? Supaya kita sentiasa terus buat dan terus tambah baik amalan kita. Dalilnya,

 Lihat al Maidah:27 

      Dalam ayat di atas Allah terangkan bahawa Allah hanya terima amalan dari orang yang bertaqwa. Pengajarannya,  kalau amalan kita tak diterima,  jangan salahkan orang tetapi periksalah diri sendiri. Dan juga pengajarannya iaitu, iman itu tak diwarisi. Walau pun anak nabi, jika tiada taqwa, amalannya  tidak diterima juga. Dan boleh masuk neraka walau ia anak seorang nabi. 

    Jadi hasil taqwa ialah, 
1. Allah baiki amalan kita
2. Di ampunkan dosa-dosa
3. Amalan diterima


Keuntungan yang besar.

        Nabi dan orang-orang beriman selepas beramal , ia fokus adakah amalannya  diterima atau tidak. Itu yang paling mereka risau. 

Kemudian,  Allah sambung lagi,

       Siapa yang taat kepada Allah dan taat kepada rasul, iaitu   taat dua ini saja, tidak ada yang ketiga, maka ia adalah orang berjaya. Ia bukan  kejayaan yang kecil tapi kejayaan yang besar. 

     Semua orang nak berjaya tapi  mereka salah faham apa kejayaan yang hakiki.    Ada orang berjaya sebab harta banyak, ada yang berjaya sebab pakai kereta mewah, ada yang sebab anaknya berjaya, tapi yang berjaya di sisi Allah ialah  bila ia taat Allah dan rasul. 

        Kadang-kadang ia orang paling miskin tapi ia sentiasa taat Allah dan rasul, walau dalam  apa keadaan pun,  maka ia orang yang berjaya di sisi Allah. Sekali, bila ia dicelup  dalam  syurga sekejap, orang yang miskin itu ditanya adakah ia pernah hidup susah? Jawabnya tidak, padahal dia orang paling miskin. Sebab apa ia kata tidak? Sebab  nikmat syurga telah melupakan   semua kesusahannya di dunia dulu. 

       Tapi bila orang yang paling mewah di dunia yang tak taat Allah dan rasul, bila ia dicelup dalam neraka sekali,  ditanya adakah ia pernah rasa kesenangan di dunia?  Maka dijawabnya tidak pernah. Sebab apa? Sebab azab neraka itu walaupun sesaat  telah melupakan semua kesenangan hidupnya dulu. 


Ukuran kejayaan.

     Jadi, ukuran kejayaan  bukan di dunia. Bilakah masa kita tahu kita orang yang berjaya?   Semasa hendak mati kita boleh  tahu kita berjaya atau tidak.. Lihat Fussilat: 30,

      Malaikat akan beritahu berita gembira bila nak mati.  Iaitu janji-janji Allah kepada orang yang teguh imannya. 


Ciriciri orang beriman

      Apakah ciri-ciri orang beriman yang berjaya itu?   Ciri-ciri orang beriman kepada Allah dan hari akhirat diterangkan dalam hadis ini,

      Daripada Abi Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

Maksudnya: 
     “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata baik atau diam, sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.”

[Riwayat al-Bukhari (6475) dan Muslim (47)]

       Jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah dan hari Akhirat, maka ia akan bercakap benda yang baik sahaja ( qaulan sadidan).  Yang tak baik dia stop. Atau jikalau tiada perkara baik nak diperkatakan, maka dia diam . Dan siapa yang benar-benar percaya kepada Allah dan hari akhirat  maka muliakan jiran. Siapa yang menyakiti, menganiaya jiran , maka 
dia ahli neraka.  Dan  siapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, maka ia muliakan  tetamu. 
    
     Semua ini benda yang susah nak dibuat. Bila tetamu nak datang , dia kata dia keluar. Padahal dia keluar ikut pintu belakang. Benda yang paling senang untuk masuk syurga  itu nafsu paling tak suka. Iaitu:
1. Berkata baik
2. Diam jika tiada apa yang baik
3 Jangan ganggu jiran
4. Muliakan   tetamu. 

       Antara orang yang paling suka muliakan tetamu ialah nabi Ibrahim a.s.



Pengajaran surah al Ahzab ayat ke 69.

1.    Haram menyakiti rasulullah s.a.w.  dan  ia adalah dosa besar.

2.     Antara bentuk menyakiti rasulullah s.a.w  ialah mendahului Allah dan rasul   dari segi pegangan akidah dan  amalan. 

3.    Sebagaimana haram  menyakiti rasulullah s.a.w  begitu juga haram menyakiti para sahabat nabi dan orang-orang beriman. Samada dengan perkataan atau perbuatan. 

4.   Kepada sesiapa yang menyakiti rasulullah, dan para nabi yang lain, bahawa mereka akan ditimpa dengan musibah sebagaimana yang telah menimpa umat-umat terdahulu.

5.    Semua  para nabi dan orang beriman,  apabila disakiti maka yang akan membelanya ialah Allah swt sendiri.

6.     Sesiapa yang disakiti oleh manusia  ,  kerana melakukan  kerja dakwah kerana  Allah maka ia orang yang paling mulia di sisi Allah. 


Pengajaran ayat 70 dan 71.

1.    Wajib ke atas setiap orang beriman bertaqwa kepada Allah di semua tempat dan keadaan. 

2.     Antara ciri-ciri orang beriman yang bertaqwa ialah sentiasa bercakap yang benar sahaja. Iaitu yang datang dari Allah dan Rasul.

3.    Barangsiapa yang sentiasa bertaqwa dan berkata hanya yang benar,  maka hasilnya Allah akan sentiasa  memperelokkan amalannya  , dan  mengampunkan segala dosanya. 

4.    Barangsiapa yang tidak bertaqwa kepada Allah, dan tidak berkata benar, maka Allah tidak akan menambahbaikkan amalan nya. Dan tidak akan  mengampun kan dosa-dosanya. 

5.   Kejayaan yang hakikii ialah kejayaan di sisi Allah iaitu setelah ia selamat dari neraka dan berjaya  masuk syurga. 

6.    Syarat kejayaan hakiki di sisi Allah ialah apabila ia sentiasa mentaati Allah dan  rasul. 





Semoga bermenafaat.



Dari kuliah Ust. AMAR.
Klang.
17/10/24





    
        
        

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...