Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel syirik akbar

179) KENAPA AMALAN-AMALAN TERHAPUS?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,        Jika seseorang  melakukan kesyirikan, maka  seluruh amal ibadahnya akan gugur. Dalilnya, firman Allah,               Seseorang yang merompak atau makan rasuah, ia berdosa tapi itu tak menggugurkan seluruh amalannya. Di mana dosa-dosanya dihitung dan amal-amal baiknya dihitung lalu ditimbang. Tapi berbeza dengan syirik akbar. Orang yang melakukan syirik akbar, semua amalnya akan gugur atau terhapus.         Contohnya , seseorang yang selama 60 tahun beramal soleh, haji, umrah, sedekah ,solat dan sebagainya.  Tiba-tiba di peng- hujung hayatnya ia berdoa kepada selain Allah,  katanya,    'Ya Abdul Kadir Jailani, tolong aku dalam masalah ini'. Iaitu ia meminta tolong kepada orang yang sudah mati. Atau orang datang ke kubur wali, katanya, 'Ya wali madad ya wali.  Ya syeikh Badawi, madad ya syeikh'.  ...