Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,
Jika seseorang melakukan kesyirikan, maka seluruh amal ibadahnya akan gugur. Dalilnya, firman Allah,
Seseorang yang merompak atau makan rasuah, ia berdosa tapi itu tak menggugurkan seluruh amalannya. Di mana dosa-dosanya dihitung dan amal-amal baiknya dihitung lalu ditimbang. Tapi berbeza dengan syirik akbar. Orang yang melakukan syirik akbar, semua amalnya akan gugur atau terhapus.
Contohnya , seseorang yang selama 60 tahun beramal soleh, haji, umrah, sedekah ,solat dan sebagainya. Tiba-tiba di peng- hujung hayatnya ia berdoa kepada selain Allah, katanya,
'Ya Abdul Kadir Jailani, tolong aku dalam masalah ini'. Iaitu ia meminta tolong kepada orang yang sudah mati. Atau orang datang ke kubur wali, katanya, 'Ya wali madad ya wali. Ya syeikh Badawi, madad ya syeikh'.
Dia berkata itu hanya 5 minit, tapi amalnya selama 60 tahun gugur semuanya. Selama ini dia beramal , beribadah , berbuat baik, tapi satu hari ia pergi ke dukun dan ia percaya dengan dukun itu. Apa yang ia buat beberapa minit itu menghapuskan semua amalannya.
Maka hati-hati, kerana Allah tidak redha Ia disekutukan dengan sesuatu dalam ibadahnya. Tidak boleh walaupun dengan malaikat atau nabi-nabi yang diutuskan Nya sendiri.
Berdoa kepada malaikat dan wali
Malaikat-malaikat bertugas dengan bermacam-macam tugas. Ada yang menurunkan hujan , ada yang mencabut nyawa dan lain-lain. Lalu seseorang berdoa " Wahai malaikat maut jangan cabut nyawaku". Ini tidak boleh kerana kita meminta kepada selain Allah. Malaikat itu benar-benar mengatur sesuatu dengan izin Allah , tetapi tidak boleh kita meminta padanya, apalagi kepada orang yang dalam kuburan, yang tidak menjaga apa-apa pun.
Sebahagian orang sufi mengatakan, bahawa Abdul Kadir Jailani itu diberi Kun oleh Allah. [Abdul Kadir Jailani (470 - 561H) ialah seorang ulama, tetapi ia dikultuskan oleh orang-orang sufi.] Orang sufi mengatakan ia diberikan kun oleh Allah , iaitu bila ia mahu sesuatu ia berkata 'kun faya kun'. Maka sesuatu itu akan berlaku.
Kita katakan , jangankan Abdul Kadir Jailani, nabi Muhammad s.a.w, seorang nabi pun tak diberi kun oleh Allah swt. Ia luka dalam perang Uhud, giginya patah, sehingga beliau berkata ,
' Bagaimana beruntung suatu kaum yang melukai nabinya?' Kalau beliau ada kun cukuplah beliau berkata ' Matilah semua kaum musyrikin, atau jadilah semuanya semut.' Tapi tidak , nabi tidak diberi kun oleh Allah.
Tetapi mereka membuat cerita bahawa Allah memberikan kun faya kun kepada Syeikh Abdul Kadir Jailani. Kalau orang di tengah lautan ombak yang besar yang hampir menenggelami mereka, lalu ia berdoa ' Ya Abdul Kadir Jailani tolonglah aku' , maka itu syirik akbar iaitu syirik yang besar. Seolah-olah ia yang telah mati di Iraq itu, boleh mendengar orang di Indonesia, boleh mengatur pantai , boleh mengatur ombak. Maknanya seolah-olah ia maha mendengar dan maha mengatur seperti Allah? Ini syirik!
Oleh itu hati-hati. Seseorang yang melakukan syirik beberapa detik saja tapi amalnya seumur hidup hancur dan hilang.
Jutaan orang buat syirik
Kita harus bersyukur kerana kita beriman dan tidak syirik, insyaallah. Lihat di luar sana, jutaan orang melakukan syirik , memohon doa kepada nabi Isa a.s. Nabi Isa itu manusia, hamba Allah dan rasulNya. Diciptakan oleh Allah swt, firman Allah,
Allah berkata bahawa nabi Isa itu diciptakan oleh Allah seperti Adam a.s. Dan nabi Isa serta ibunya, Maryam makan makanan. Adalah layak yang makan itu jadi tuhan?
Allah tak redha
Intinya, Allah tidak redha disekutukan dengan apa pun. Walaupun dengan malaikat atau pun para nabi. Firman Allah,
Jika dengan malaikat dan nabi pun tak layak menjadi sekutu Allah, apalagi dengan wali-wali, apalagi dengat mayat-mayat yang tidak jelas statusnya. Allah larang berdoa kepada selain Allah. Dalilnya,
Hakikat syirik itu ialah bila seseorang berdoa atau menyembah kepada selain Allah. Walaupun ia beribadah kepada Allah, solat, puasa, berkorban kepada Allah, tetapi dalamasa yang sama ia berdoa juga kepada selain Allah , seperti wali yang sudah mati, nabi-nabi dan sebagainya, maka itu dipanggil syirik. Iaitu ia menyekutukan Allah kepada selain Allah.
Itulah hakikat syirik.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Dr. Firanda.
Padang Jawa.
3/7/24
Ulasan
Catat Ulasan