Bismillah. Assalamualaikum, Apabila nabi Musa a.s merasa ia lebih tahu atau lebih berilmu, maka Allah menegurnya. Kerana sifat merasa lebih itu tidak patut ada pada orang beriman. Kerana merasa lebih mulia itu asalnya sifat syaitan , dan merasa lebih kaya itu itu sifat Qarun yang sombong . Jadi merasa lebih mulia, lebih kaya , lebih pandai itu sifat buruk yang bermula dari syaitan Sebab itu bila Musa a.s merasa lebih alim, Allah suruh dia belajar merendah diri kepada orang yang lebih rendah taraf darinya. Iaitu Khidir. Jadi, orang seperti kita lebih-lebih lagi perlu belajar untuk membaiki akhlak kita. Tanda kita rasa kita sudah pandai ialah kita tak mahu belajar. Khidir bukanlah orang kaya, berpangkat, atau bangsawan. Ia hanya seorang hamba Allah yang biasa saja. ...