Bismillah. Assalamu'alaikum, Mereka yang kufur kepada Allah itu ada dua kelompok. Pertama , golongan pengikut. Mereka ini sesat asasnya disebabkan kejahilan. Mereka ini selain mengikut pemimpin, mereka juga mengikut syaitan. Kedua, ialah golongan pemimpin yang sesat. Mereka menolak beriman kepada Allah kerana sombong. Apakah bentuk kesombongan orang yang sombong itu dan apa- kah balasannya? Lihat surah al Hajj:9, Orang yang sombong itu sikapnya iaitu memalingkan tubuh badannya. Ia bukan saja menolak kebenaran dengan perkataan tetapi badannya juga dipalingkan sebagai bukti mereka ini sungguh benar menolak kebenaran dari Allah. Ada orang yang tak suka kebenaran atau Islam, tapi ia tak menunjukkannya secara zahir. Iaitu seperti para munafik zaman nabi. Ia hadir dalam...