Bismillah.
Iaitu di dunia ini mereka dapat kehinaan. Benarkah orang kafir dan orang yang sesat hidupnya di dunia ini hina? Ahli tafsir mengatakan ayat ini diturunkan kepada musyrikin Mekah. Iaitu apabila mereka dikalahkan dalam perang Badar dengan kehinaan. Di mana pemimpin-pemimpin besarnya termasuk Abu Jahal mati terbunuh.
Orang yang sesat itu ialah orang yang tetap melawan ayat-ayat Allah walaupun mereka tidak ada hujah yang benar. Ini adalah kerana kesombongan mereka. Kesombongan adalah penghalang paling besar manusia dari mendapat hidayah. Seperti ibils, Allah perintah sujud sekali sahaja kepada Adam. Bukan banyak kali. Tapi ia sombong. Dengan sombong itu ia jadi sesat hingga hari kiamat. Allah tutup pintu taubat baginya.
Assalamu'alaikum,
Mereka yang kufur kepada Allah itu ada dua kelompok. Pertama , golongan pengikut. Mereka ini sesat asasnya disebabkan kejahilan. Mereka ini selain mengikut pemimpin, mereka juga mengikut syaitan. Kedua, ialah golongan pemimpin yang sesat. Mereka menolak beriman kepada Allah kerana sombong.
Apakah bentuk kesombongan orang yang sombong itu dan apa- kah balasannya? Lihat surah al Hajj:9,
Orang yang sombong itu sikapnya iaitu memalingkan tubuh badannya. Ia bukan saja menolak kebenaran dengan perkataan tetapi badannya juga dipalingkan sebagai bukti mereka ini sungguh benar menolak kebenaran dari Allah. Ada orang yang tak suka kebenaran atau Islam, tapi ia tak menunjukkannya secara zahir. Iaitu seperti para munafik zaman nabi. Ia hadir dalam tazkirah nabi dan lain-lain program nabi. Tapi ia berpura-pura.
Tujuan orang yang sombong itu benar-benar berpaling dari kebenaran ialah kerana hendak menyesatkan manusia dari jalan Allah. Walaupun ia tak berniat nak menyesatkan orang, tapi itulah hakikatnya.
Menyesatkan
Kadang-kadang ada juga umat Islam yang menyesatkan orang lain walaupun ia tak berniat begitu. Contohnya , dalam mendidik anak, jika ia tak mengajar anak-anaknya kepada al quran dan sunnah, maka otomatik ia akan mengajar anaknya 'dunia'. Ini otomatik anaknya sesat haluan. Kalau kita tanya adakah ia berniat menyesatkan anaknya , jawabnya tidak. Tapi caranya yang tidak memberi pengajaran agama dari Allah dan rasul, otomatik membawa kepada kesesatan. Boleh dikatakan semua anak-anak orang Islam yang rosak akhlaknya, mereka tersesat dari jalan kebenaran. Siapa yang menyesatkan mereka? Ibubapanya lah. Samada secara langsung atau tidak langsung.
Sebab itu nabi berkata ,
" Setiap anak yang lahir dilahirkan di atas fitrah hingga ia fasih (berbicara). Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.”
Hadits ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan ath-Thabarani dalam al-Mu’jamul Kabir.
Apa balasan orang yang sombong?
Mereka yang menolak kebenaran dari Allah kerana sombong , maka Allah akan memberinya balasan. Apa balasannya?
Iaitu di dunia ini mereka dapat kehinaan. Benarkah orang kafir dan orang yang sesat hidupnya di dunia ini hina? Ahli tafsir mengatakan ayat ini diturunkan kepada musyrikin Mekah. Iaitu apabila mereka dikalahkan dalam perang Badar dengan kehinaan. Di mana pemimpin-pemimpin besarnya termasuk Abu Jahal mati terbunuh.
Tapi sekarang adakah hidup orang kafir dan sesat itu hina? Antara contoh kehinaan mereka di zaman ini ialah seperti komanya pemimpin Israel, Sharon yang mati dalam kehinaan. Mereka yang masih berkuasa, Allah biarkan hingga ia hilang kuasa . Allah akan hinakan mereka dengan bermacam-macam cara.
Azab di akhirat
Manakala di hari akhirat mereka akan diazab dalam neraka yang membakar. Azab ini tiada tolok bandingnya. Azab yang tidak berhenti. Kulitnya habis terbakar, Allah ganti kulit baru supaya mereka rasakan azab yang kekal. Azab dari Allah tidak sama seperti siksaan yang lain. Lihat al Fajru: 25,
Ada hadis menyatakan bahawa rantai yang mengikat itu panjangnya 70 hasta. Ada yang masuk dari mulut tembus ke dubur. Adakah Allah zalim? Tidak. Kenapa?
Kerana Allah sudah sebut bila buat dosa begini , ini balasannya. Bila buat itu, itu balasannya. Bila manusia tahu tapi masih buat juga maknanya ia sengaja mencari nahas.
Seperti mat rempit. Dia tahu peraturan kalau buat sekian-sekian dia akan kena saman atau sebagainya. Tetapi dia buat juga, tiba-tiba accident patah kaki. Bila kita tengok adakah kita kasihan atau kita rasa itu padan dengan perbuatan dia? Itu pilihan dia, maka tanggung sendiri.
Kerana perbuatan sendiri
Seterusnya Allah nyatakan lagi dalam surah al Hajj: 10,
Azab di akhirat itu adalah disebabkan perbuatan dari tangan manusia sendiri . Kenapa Allah sebut tangan? Tak sebut perbuatan manusia? Ianya sama seperti Allah mencela tangan Abu Lahab dalam ayat ini,
Kenapa kedua tangan yang disebut? Adakah hanya tangan nya saja yang celaka, kakinya tidak? Ini disebabkan kebiasaan dosa dilakukan oleh tangan. Rasuah , merompak, palsukan cek, pukul orang , semua dengan tangan. Kadang-kadang mengumpat pun tunjuk dengan tangan. Jadi, kebanyakan dosa datang dari tangan manusia.
Allah tidak zalim
Allah tidak pernah sekali pun menzalimi hambaNya. Kerana Allah sudah memberitahu secara detail bagaimana azab yang dikenakan kepada mereka yang berdosa. Apa makanannya dalam neraka, minumannya, pakaiannya, dan sebagainya . Allah sudah beri amaran awal . Manusia tahu tapi mereka langgar juga. Maka itu pilihan mereka.
Adakah kerana kita tak mendapat hidayah maka Allah hukum kita? Sebenarnya manusia lah yang tidak mahu mencari hidayat. Allah suruh kita mencari hidayat dan Allah kata Dia akan beri jika kita mencarinya. Buktinya kita minta hidayat dalam setiap solat kita. Allah wajibkan dan ia jadi rukun solat. Bila kita minta tapi Allah tak beri, itu tak masuk akal. Kenapa ada orang tak dapat hidayah? Sebab hidayat bukan setakat diminta tapi kena cari.
Inilah benda yang diminta manusia, tapi ia tak cari. Tapi berlainan dengan rezeki. Kita minta rezeki lalu kita cari bersungguh-sungguh. Sebab itu bab rezeki kita meningkat. Semakin kaya semakin kaya. Tapi bab solat tidak ada perubahan, lima waktu sahaja sejak dulu. Tiada yang sunat .
Orang yang sesat
Lihat surah Ghafir atau Mukmin:56,
Orang yang sesat itu ialah orang yang tetap melawan ayat-ayat Allah walaupun mereka tidak ada hujah yang benar. Ini adalah kerana kesombongan mereka. Kesombongan adalah penghalang paling besar manusia dari mendapat hidayah. Seperti ibils, Allah perintah sujud sekali sahaja kepada Adam. Bukan banyak kali. Tapi ia sombong. Dengan sombong itu ia jadi sesat hingga hari kiamat. Allah tutup pintu taubat baginya.
Hari ini ramai orang tak mahu belajar al quran kerana sombong. Tapi dia beri alasan macam-macam. Ustaz ini tak betul , ustaz ini sesat dan macam-macam. Dan nabi besabda,
"Tidak akan masuk syurga siapa yang di dalam hatinya ada kesombongan walau seberat debu." (HR Muslim).
Sifat munafik
Sifat munafik Allah ceritakan dalam al Hajj:11 ,
Iaitu ada sesetengah manusia menyembah Allah dalam keadaan ragu-ragu atau tak yakin. Iaitu bila ia menerima apa-apa kebaikan, seperti sihat, kaya, senang dan sebagainya , ia akan menyembah Allah, solat, hadir pengajian dan sebagainya. Sebab apa ? Sebab ia dalam keadaan baik
Tetapi bila ditimpa fitnah seperti sakit, miskin, musibah dan sebagainya, maka hatinya terbalik. Iaitu ia berpegang kepada agama asal. Turunnya ayat ini ialah apabila ada orang di Madinah yang pada tahun itu isterinya melahirkan anak, begitu juga kuda dan kaldainya beranak . Maka dia kata agama ini baik. Tetapi bila tahun berikutnya isterinya tak melahirkan anak, begitu juga kuda dan kaldainya, maka ia kata ugama ini tak baik. Dengan sebab itu turun ayat ini kepada nabi.
Ini lah orang yang mengikut agama kerana duniawi. Bila semua dapat, ia suka dan ikut agama. Tapi bila ia ditimpa susah, dia kata ugama ini tak betul. Itulah dia munafik.
Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim menceritakan ada seorang Badwi baru masuk Islam , datang hijrah ke Madinah dan berbaiah dengan nabi s.a.w akan taat setia kepada nabi dan tidak boleh balik ke tempat asal kerana ia telah berhijrah.
Nabi berkata bahawa ia akan dapat ganjaran pahala. Selepas itu dia demam., lalu ia datang kepada rasulullah meminta dibatalkan perjanjian semalam. Sebab ia fikir ia demam sebab baiah itu.Ia meminta sehingga tiga kali tapi nabi menjawab tidak boleh.
Akhirnya ia keluar juga dari Madinah. Nabi berkata bahawa Madinah itu adalah seperti relau besi. Untuk membersihkan jiwa manusia. Siapa yang tidak tahan maka itu yang kotor , yang buruk.
Kenapa nabi tak benarkan badwi itu keluar dari Madinah? Sedangkan ia tak keluar dari Islam . Tapi keluar dari Madinah sahaja. Sebab hukum berpatah balik selepas hijrah dosanya sangat besar. Jadi nabi tak benarkan sebab itu satu dosa besar.
Samalah seperti ayat di atas tadi. Lihat juga al Ankabut: 10 dan 11,
Ada orang yang disakiti kerana ia melalui jalan Allah, bukan kerana dunia, dia rasa ia diazab oleh Allah. Lalu ia menyalahkan jalan yang ia ambil. Tetapi bila ia mendapat apa-apa kebaikan atau kemenangan ia kata ia memang bersama kumpulan orang beriman. Sebab ia mahukan habuan dunia. Tetapi Allah tahu apa yang sebenar di dalam hatinya. Dengan manusia boleh berbohong, dengan Allah tidak. Seperti kata Allah,
Dibongkar segala rahsia.
Iaitu hari di mana dibongkar segala rahsia yang ada dalam hati manusia. Pada zahirnya di dunia seseorang itu nampak beriman, tetapi di akhirat Allah tunjukkan rupanya yang sebenar. Kemudian Allah berkata lagi,
Daripada ujian itu maka Allah tahu siapa yang benar-benar beriman , siapa yang berpura-pura.
Sebab itu bila kita pergi umrah, di Mekah dam Madinah semua nampak ok macam orang beriman. Tapi bila sampai Jeddah lain sikit, bila sampai KLIA lagi lain, bila jumpa di Mydin, muka sama tapi imej dah bertukar. Kenapa berbeza?
Jadi, Allah akan bongkarkan, bahkan di dunia lagi kadang Allah dah bongkarkan.
Yang kafir itu jelas, tapi yang tak jelas ini yang bersama orang beriman . Bila susah sikit saja semasa umrah , contohnya, ia memberontak. Bila orang bayar mahal, mindset dia nak senang. Bila datang susah sikit ia tak terima. Ini bahaya. Tapi kalau ia pergi nak cai redha Allah, susah macamana pun ia tak memberontak. Sebab itu ada bahayanya jika bayar mahal sebab ia bertujuan nak senang.
Allah akan uji
Sebab itu siapa saja yang mengaku beriman, Allah akan uji untuk membuktikan ia betul-betul beriman atau munafik.
Apa Allah buat kepada orang beriman dalam surah al Buruj? Iaitu Allah uji hambaNya yang beriman dengan gerakkan hati raja yang zalim, menggali parit yang dalam dan nyalakan api yang besar. Dan paksa orang beriman masuk kedalamnya. Allah biarkan. Sebab Allah nak uji hati orang beriman adakah mereka tahan? Akhirnya mereka tahan dan Allah masukkan mereka ke dalam syurga.
Itulah Islam. Tak mungkin semuanya ok, semua baik , semua kaya, semua senang. Lihat ak Anbiya:35,
Allah akan uji kita dengan keburukan dan kebaikan. Jadi, ujian itu ada dua, kebaikan dan keburukan. Tapi kebanyakan manusia menganggap ujian itu dari keburukan( fitnah) sahaja. Sebab itu ramai orang gagal dengan ujian kesenangan. Seperti kata Allah,
Kata Allah , manusia itu selalu melampau batas. Melampau itu bermaksud gagal ujian. Di mana ia melihat dirinya serba cukup. Apa maksud melihat dirinya itu? Iaitu ia perasan ia kaya, ia senang, ia lebih. Kenapa perasan? Sebab kaya macamana pun manusia ia tetap berharap kepada Allah. Lihat lah firaun, ia kaya , ia berkuasa. Bila lemas ia cari Allah juga. Tapi sudah terlambat.
Jadi, ujian kebaikan atau nikmat ini kebanyakan manusia gagal.
Orang yang rugi
Orang munafik iaitu orang yang masuk Islam kerana nak mendapatkan kesenangan, tetapi hatinya berpura-pura sahaja. Inilah orang yang rugi ,
Bila ia mendapat keburukan maka ia keluar dari agama. Mereka ini rugi, di dunia mahupun di akhirat. Apa kerugian mereka di dunia ini? Iaitu hati yang tak tenang. Sebab hidupnya penuh dengan lakonan. Jumpa orang Islam ia berlakon Islam, jumpa orang kafir ia berlakon kafir. Oleh itu jiwanya tak tenang.
Contohnya dalam perang Uhud , orang munafik menarik diri dari menyertai nabi. Sebenarnya perang Uhud itu ialah Allah hendak menapis orang beriman dan orang munafik dan untuk menyucikan jiwa orang beriman. Iaitu membersihkan jiwa sahabat dari cinta dunia.
Neraka paling bawah
Di akhirat pula orang munafik di letak dalam neraka paling bawah. Mereka lebih dahsyat dari orang kafir. Orang munafik orang paling rugi sebab dia penat solat, puasa, umrah dan sebagainya. Orang kafir tak buat itu semua. Tapi orang munafik duduk paling bawah dalam neraka.
Sebab itu dalam al Baqarah awal-awal lagi Allah dah bahagikan manusia kepada tiga;
1. Orang beriman
2. Orang kafir
3. Orang munafik
Allah sendiri yang mengatakan bahawa mereka bukan orang beriman . Bila kah ianya terbukti bahawa mereka berpura-pura? Iaitu bila datang perintah yang mereka tak suka, contohnya perintah perang . Sebab orang munafik itu tak suka mati. Ia nak hidup. Sebab itu ia lari dari pasukan muslimin.
Munafik boleh juga dalam bentuk yang lain. Contohnya bila ada masalah lalu tinggal solat. Kadang ia Ajk masjid terlantar di hospital sebulan, lalu ia tinggal solat . Begitu juga bila pergi umrah. Dalam pesawat subuh pun tak bangun. Baru Allah uji duduk dalam pesawat, dah tinggal solat.
Kerugian yang sebenar ialah orang yang hidup tak tenang di dunia ini dan di akhirat masuk neraka kekal abadi. Itulah orang munafik. Itulah kerugian yang sebenar.
Dari kuliah Us. AMAR,
Klang, Padang Jawa.
8/1/24
Ulasan
Catat Ulasan