Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Tak Ambil Iktibar Kenapa manusia tak ambil iktibar dari kematian, padahal dia dengar tentangnya setiap hari? Walaupun mendengar berita kematian, baik orang yang ia kenali atau ia tak kenali, tetapi seseorang tidak ambil iktibar darinya. Ia tak menambahkan rasa ingin beramal dan meninggalkan kesia-siaan. Kenapa? Ini kerana mungkin disebabkan perkara berikut 1. Hati Yang Keras dan Lalai Kerana hati telah menjadi keras, lalai dengan dunia, dan dikuasai hawa nafsu. Walaupun telinga mendengar tentang kematian, hati tidak tersentuh kerana bukan matanya yang buta tetapi hati yang buta. Allah jelaskan, “Bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang berada di dalam dada.” (Surah Al-Hajj: 46) Dan Allah berfirman lagi, “Kemudian setelah itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.” (Surah A...