Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hutang

402) 11 PERATURAN DALAM BERSOSIAL

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Peraturan sosial  yang anda harus tahu: 1.  Jangan sekali-kali mempermain- mainkan tawa, loghat, atau suara seseorang — itu adalah sebahagian daripada sifatnya. 2. Jika seseorang sedang berkongsi suatu hal yang serius, jangan tukarkan ia jadi suatu lawak. 3. Jangan memperbetul seseorang didepan umum,  itu lebih memalukannya  daripada mengajarnya. 4.  Bila berkunjung kerumah seseorang ,  perhatikan persediaannya dalam menyambut kita dan pujilah ia. 5.  Jangan terus menatap handphone ketika orang bercakap dengan anda. Letakkan handphone anda. 6.  Jangan hantar (post) gambar seseorang  di media sosial sebelum meminta izin darinya.  7.  Jika anak seseorang berbuat salah, jangan cuba mendisiplinkan nya -  itu bukan tempat anda.  8.  Apabila seseorang meluahkan isi hati dan berkongsi perasaannya, jangan balas dengan kata “saya pun sama...

277) BOLEHKAH HIDUP TANPA HUTANG?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Tidak Mustahil       Manusia kini hidupnya berhutang.  Katanya, hidup tanpa hutang adalah mustahil di zaman ini.  Sebenarnya tidak mustahil, tetapi mencabar.    Hidup tanpa hutang di zaman ini memang mencabar, tetapi bukan mustahil. Ia memerlukan disiplin, strategi, dan tawakkal kepada Allah. Rasulullah ï·º sendiri berdoa agar dilindungi dari hutang kerana ia memberi kesan spiritual, emosi dan sosial.  Dalam  hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim ini, nabi mengajar kita satu doa, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan beban hutang.” Lalu Baginda ditanya kenapa selalu mohon perlindungan dari hutang. Baginda bersabda: “Sesungguhnya bila seseorang berhutang, dia akan berkata dusta dan akan memungkiri janji.”     Itulah implikasi hutang. Dia boleh jadi seorang pendusta atau dia boleh jadi memungkiri janji, disebabkan hutangnya.     Bagaimana pun...

165) MAHU TIPS HIDUP BAHAGIA?

Bismillah. Assalamu'alaikum,          Berikut ini ada beberapa point yang boleh  kita usahakan supaya hidup kita bahagia di dunia dan di akhirat. Agar dengan itu kita merasakan hidup ini lebih bermakna.  Iaitu: 1)  Mudahlah tersenyum             Inilah salah satu sifat nabi kita Muhammad s.a.w. Jarir bin Abdillah al Bajari r.a pernah berkata,              "Rasulullah tidak pernah melihat kepadaku sejak aku masuk islam, kecuali beliau tersenyum" (HR. Bukhari)       Nabi s.a.w adalah insan yang mudah tersenyum.   Dalam hadits riwayat At-Tirmidzi juga disebutkan bahwa Aisyah r.ha. mengatakan, " Aku tidak pernah melihat seseorang yang paling banyak senyumannya selain Rasulullah." (HR. At-Tirmidzi)        Latihlah  diri kita agar mudah tersenyum dalam keadaan apa pun. Kerana jika kita mudah tersenyum maka banyak penyakit-penya...