Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,
Peraturan sosial yang anda harus tahu:
1. Jangan sekali-kali mempermain- mainkan tawa, loghat, atau suara seseorang — itu adalah sebahagian daripada sifatnya.
2. Jika seseorang sedang berkongsi suatu hal yang serius, jangan tukarkan ia jadi suatu lawak.
3. Jangan memperbetul seseorang didepan umum, itu lebih memalukannya daripada mengajarnya.
4. Bila berkunjung kerumah seseorang , perhatikan persediaannya dalam menyambut kita dan pujilah ia.
5. Jangan terus menatap handphone ketika orang bercakap dengan anda. Letakkan handphone anda.
6. Jangan hantar (post) gambar seseorang di media sosial sebelum meminta izin darinya.
7. Jika anak seseorang berbuat salah, jangan cuba mendisiplinkan nya - itu bukan tempat anda.
8. Apabila seseorang meluahkan isi hati dan berkongsi perasaannya, jangan balas dengan kata “saya pun sama” — biarkan dia menjalani detiknya dan meluahkan sepenuh perasaannya.
9. Jika anda meminjam wang, pulangkan atau bayar kembali bila sampai masanya tanpa perlu diperingatkan.
10. Jangan menjemput seseorang di depan orang lain, jika anda tak menjemput semua yang ada. Jemputlah ia secara peribadi.
11. Jika seseorang diam di dalam kumpulan, itu bukan sebab ia malu tetapi itu satu penelitian.
Semoga bermenafaat dan sila kongsikan dengan orang lain.
Padang Jawa
8/10/2025
Ulasan
Catat Ulasan