Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Lupa menghargai Dalam kehidupan, kita sering terlalu sibuk melihat apa yang belum kita miliki sehingga terlupa menghargai apa yang sebenarnya sudah ada di tangan kita. Manusia memang mudah membanding-bandingkan. Kita melihat rumah orang yang lebih cantik, kerjaya yang lebih cemerlang, keluarga yang kelihatan lebih bahagia dan kehidupan orang lain yang nampak lebih selesa. Akhirnya kita mula merasakan kehidupan sendiri serba kekurangan. Sedangkan apa yang kita anggap biasa mungkin itu sebenarnya merupakan nikmat besar yang diimpikan oleh orang lain. Anda mungkin mengeluh tentang kasut yang sudah lama, sedangkan ada orang yang berharap mempunyai kaki yang cukup kuat untuk berjalan. Anda mungkin mengeluh kerana orang tidak mendengar kata-kata anda, sedangkan ada orang yang berharap diberikan kemampuan untuk bercakap. Anda mungkin mengeluh tentang...