Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel takut

637) KENAPA JANGAN MENDIDIK ANAK DENGAN KEMARAHAN ?

Bismillah.  Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Anak soleh     Setiap ibu bapa mengingin kan anak yang soleh, berakhlak mulia dan berjaya di dunia serta akhirat. Namun, dalam kesibukan dan tekanan hidup, ada kalanya ibu bapa memilih untuk memarahi dan menjerit sebagai cara mendidik.     Mereka menyangka bahawa kemarahan akan menjadikan anak lebih patuh dan berdisiplin. Hakikatnya, Islam mengajar bahawa pendidikan yang paling berkesan ialah dengan hikmah, kasih sayang, nasihat yang baik dan contoh teladan.  Rasulullah ï·º sendiri mendidik manusia dengan kelembutan, bukan dengan kemarahan yang melampau.     Ini beberapa perkara yang ibubapa harus tahu: 1. Banyak ibu bapa berfikir bahawa marah adalah satu cara mengajar anak     Ramai ibu bapa percaya bahawa semakin kuat mereka memarahi anak, semakin cepat anak akan berubah. Mereka beranggapan ketegasan mesti disertai dengan suara yang tinggi dan wajah yang g...

631) BAGAIMANA SIKAP ANAK TERBENTUK DARI PERBUATAN IBU BAPANYA?

Bismillah.  Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Perangai anak    Anak tidak dilahirkan dengan perangai yang terbentuk sendiri. Mereka dibentuk sedikit demi sedikit oleh suasana yang mereka alami setiap hari, terutama di dalam rumah. Tingkah laku anak sering menjadi cerminan cara mereka dibesarkan. Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai daripada ibu bapa akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pembentukan akhlak, emosi dan keperibadian mereka.     Oleh itu, apabila anak menipu, kurang keyakinan diri, pendiam, mencuri atau bersikap kasar, janganlah terburu-buru hanya menyalahkan anak. Ambillah sedikit masa     untuk ber- muhasabah. Mungkin ada sesuatu dalam cara kita mendidik yang perlu diperbaiki.     Ini bukan bermaksud setiap masalah anak berpunca daripada ibu bapa semata-mata, kerana pengaruh rakan, sekolah, media dan persekitaran juga memainkan peranan. Namun, ibu bapalah pendidik pertama dan paling be...

628) KENAPA ANAK YANG TAKUT KEPADAMU HARI INI, AKAN MENJAUHIMU KEMUDIAN HARI ?

Bismillah.  Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Anak yang diam   Ramai ibu bapa beranggapan bahawa anak yang diam, sentiasa menurut arahan dan tidak berani membantah ialah tanda didikan yang berjaya.      Namun, kita perlu bertanya kepada diri sendiri, adakah anak itu patuh kerana menghormati ibu bapanya, atau kerana takut kepada mereka?    Kepatuhan yang lahir dari- pada rasa hormat akan melahirkan hubungan yang erat,    manakala kepatuhan yang lahir daripada ketakutan sering meninggalkan luka yang tersembunyi. Tiada pilihan     Semasa kecil, anak tidak mempunyai pilihan. Mereka bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa untuk makan, tempat tinggal, kasih sayang dan perlindungan. Oleh sebab itu, mereka akan menurut walaupun hati mereka terluka. Mereka mungkin menangis dalam diam, memendam perasaan dan belajar menyembunyikan emosi kerana bimbang dimarahi atau dihukum. Bila dewasa    Apabila meningkat de...

625) KENAPA JANGAN MEMARAHI ANAK PADA LIMA WAKTU INI?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Kata-kata ibu bapa     Setiap kata-kata ibu bapa meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa anak. Teguran memang penting, tetapi memilih waktu yang sesuai lebih penting agar nasihat dapat diterima dengan hati yang tenang.    Jika anak dimarahi pada saat-saat yang sensitif, ia boleh menimbulkan rasa takut, sedih, rendah diri, malah menjejaskan hubungan mereka dengan ibu bapa.    Oleh itu, elakkan menjerit atau memarahi anak pada lima waktu berikut. 1. Sebaik sahaja anak bangun tidur    Apabila baru bangun tidur, minda dan emosi anak masih dalam proses menyesuaikan diri. Jika hari mereka itu dimulakan dengan jeritan atau kemarahan, mereka akan berasa tertekan dan hilang semangat.       Sebaliknya, sambutlah mereka dengan senyuman, ucapan salam dan kata-kata yang lembut agar hari mereka bermula dengan ketenangan. 2. Ketika waktu makan    Waktu makan sepa...

583) APA HIKMAH RASA TAKUT KEPADA ALLAH?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Takut kepada Allah Fudhail bin ‘Iyadh berkata:      " Ilmu membentuk takut kepada Allah dan kezuhudan kepada dunia."     Kata-kata hikmah ini mengandungi makna yang sangat mendalam tentang hubungan antara ilmu, hati, dan cara seseorang menjalani kehidupan.    Beliau menyebut bahawa rasa takut seorang hamba kepada Allah adalah mengikut kadar pengetahuan nya tentang Allah, dan kezuhudan seseorang terhadap dunia pula bergantung kepada sejauh mana cintanya kepada akhirat.    Ungkapan ini bukan sekadar nasihat biasa, tetapi satu prinsip besar dalam pembentukan jiwa seorang mukmin. Mengenal Allah     Pertama sekali, apabila seseorang itu benar-benar mengenal Allah, maka lahirlah dalam dirinya rasa takut yang benar. Takut di sini bukan bermaksud takut yang membawa kepada putus asa atau rasa tertekan, tetapi takut yang melahirkan kehati-hatian dalam setiap perbuata...