Bismillah. Assalamu'alaikum, Apakah ganjaran bagi orang yang beriman dan apakah ciri-ciri orang yang beriman yang layak mendapat janji Allah di akhirat nanti? Allah jelaskan ia di dalam surah al Nahl : 97, Orang yang akan mendapat ganjaran dari Allah ialah yang memenuhi syaratnya. Syarat pertama dia telah beramal soleh, kedua dia mesti beriman kepada Allah. Apa maksud amal soleh? Amal soleh ialah apa sahaja amal orang islam yang meliputi gerak hati (termasuk akal), pengucapan lisan dan perlakuan anggota tubuh badan (termasuk pancaindera) mengikut syariat islam. Amal itu dengan: Niat yang ikhlas kerana Allah S.W.T.. Mengikut rukun, syarat dan cara yang betul. Amal yang soleh ada beberapa syarat, iaitu; 1. Ia mesti beriman kepada Allah. Dalilnya lihat surah al Furqan: 23, ...