Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hubungan

558) APA HIKMAH DAN PENGAJARAN DARI SURAH 73:10?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Menghadapi sikap buruk     Dalam menghadapi sikap buruk manusia kepada kita, Allah ajarkan bagaimana cara menghadapinya dengan betul. Ini di jelaskan dalam   surah Muzzammil (73) ayat 10 dari Al-Qur'an berbunyi,  (maknanya secara ringkas): "Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka katakan, dan jauhilah mereka dengan cara yang baik."    Berikut beberapa hikmah dan pengajaran dari ayat ini: 1. Pentingnya kesabaran dalam menghadapi hinaan    Ayat ini mengajarkan bahwa ketika menghadapi kata-kata yang menyakitkan, ejekan, atau penolakan, kita tidak perlu membalas dengan emosi. Tetapi mulakan dengan sabar. Kerana kesabaran adalah bentuk kekuatan, bukan kelemahan. 2. Menghindar tanpa konflik    "Jauhilah mereka dengan cara yang baik" berarti kita boleh menjauh dari orang atau situasi yang toxic, tetapi tetap dengan sikap sopan, tanpa membalas keburukan dengan k...

397) BILAKAH SAATNYA DIAM ITU LEBIH BAIK?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Berkata baik atau Diam Rasulullah ï·º bersabda:    "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, maka hendaklah ia berkata baik atau diam..." (Riwayat al-Bukhari, no. 6475; Muslim, no. 47)         Nasihat supaya diam bukanlah bermaksud kita perlu diam sepanjang masa. Sebaliknya diam pada masa yang perlu dan tepat.  Mari kita lihat 10 tempat yang mana diam lebih baik dari berkata-kata.  Iaitu: 10 tempat di mana Diam lebih baik 1.  Diam apabila kamu tidak tahu cerita penuhnya Penjelasan : a) Elak salah faham    Kalau kita hanya tahu separuh cerita, apa yang kita cakap mungkin menyimpang daripada hakikat sebenar.   Dengan sebab itu  ia boleh menimbulkan fitnah atau salah anggap. Oleh itu diam lebih baik.  b)  Menjaga adab dan maruah    Dengan diam, bila tidak tahu cerita sebenar, kita dapat  mengelak daripada menyakiti hat...

394) APA IMPLIKASI MEMASUKKAN ANAK KE ASRAMA SEAWAL UMUR 13 TAHUN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Masuk asrama awal         Ramai orang menghantar anak ke sekokah berasrama seawal umur 13 tahun.  Apa implikasinya?    Baik, mari kita lihat isu anak dimasukkan ke asrama seawal usia 13 tahun dari dua sudut: agama (Islam) dan psikologi perkembangan remaja. Sudut Pandangan Islam    Dalam Islam, pendidikan anak adalah amanah besar kepada kedua ibu-bapa. Allah ï·» berfirman:  “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka...” (Surah at-TaḥrÄ«m 66:6).    Ini menunjukkan ibu bapa bertanggungjawab memberi didikan agama, akhlak, dan kasih sayang kepada anak-anaknya. Bukan diserahkan kepada orang lain.  Mari lita lihat dari beberapa sudut: a) Kewajipan tarbiah agama:       Usia 13 tahun  ialah awal remaja (baligh). Mereka baru belajar mengenal tanggungjawab agama (solat, pua...

198) APAKAH DAMPAK KEPADA MAKSIAT ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,         Kita akan membahas tentang dampak  (   kesan yang ketara sama ada positif atau negatif)    dosa maksiat terhadap hidup kita.  Ia d iambil dari kitab 'Addaa' wa Ad Dawa'  atau Jawabul Kaafi karya imam ibnu Qayyim r.h. (691- 751H)  di mana beliau membuat satu fasal yang sangat luarbiasa  bertajuk Diantara Bahaya Maksiat Terhadap Hamba berkait Dengan Dunia dan Akhiratnya. Yang dipelajarinya dari imam Ibnu Taimiyah.  Yang beliau datangkan faedah-faedah yang belum pernah ditulis orang sebelumnya.         Hakikatnya,    tiada siapa yang dapat lepas dari maksiat. Lebih-lebih lagi di zaman medsos ini , kita terdedah dengan bermacam-macam  maksiat. Baik maksiat mata,  maksiat telinga , maksiat lisan dan tulisan  dan  juga maksiat hati. Setiap dosa samada yang kecil atau yang besar  ianya bahaya dan  mempu...