Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Anak yang diam Ramai ibu bapa beranggapan bahawa anak yang diam, sentiasa menurut arahan dan tidak berani membantah ialah tanda didikan yang berjaya. Namun, kita perlu bertanya kepada diri sendiri, adakah anak itu patuh kerana menghormati ibu bapanya, atau kerana takut kepada mereka? Kepatuhan yang lahir dari- pada rasa hormat akan melahirkan hubungan yang erat, manakala kepatuhan yang lahir daripada ketakutan sering meninggalkan luka yang tersembunyi. Tiada pilihan Semasa kecil, anak tidak mempunyai pilihan. Mereka bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa untuk makan, tempat tinggal, kasih sayang dan perlindungan. Oleh sebab itu, mereka akan menurut walaupun hati mereka terluka. Mereka mungkin menangis dalam diam, memendam perasaan dan belajar menyembunyikan emosi kerana bimbang dimarahi atau dihukum. Bila dewasa Apabila meningkat de...