Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Tujuan manusia dilahirkan Setiap manusia yang dilahir kan ke dunia mempunyai tujuan yang besar, iaitu untuk mengenal Allah, mentauhidkan -Nya dan beribadah hanya kepada-Nya. Namun perjalanan hidup manusia penuh dengan ujian. Ada manusia yang tetap berada di atas jalan tauhid, manakala ada yang terpengaruh dengan hawa nafsu, syaitan, persekitaran dan manusia sehingga semakin jauh daripada fitrah yang Allah tetapkan. Surah Ar-Rum ayat 30 dan 31 di bawah, mengandungi satu peringatan yang sangat besar. Allah mengingatkan manusia supaya kembali kepada agama-Nya yang lurus, iaitu agama tauhid. Allah juga menjelaskan bahawa manusia diciptakan di atas fitrah, dan agama yang benar tidak lain adalah agama yang sesuai dengan fitrah tersebut. Ayat ini bukan sekadar membicarakan tentang agama secara umum, tetapi mengajar...