Bismillah. Assalamu'alaikum, Allah s.w.t ada menyebut dalam surah Taha:113, Quran di peringkat awal diturunkan kepada orang arab Mekah, dalam bahasa Arab. Orang Arab memang tahu pun quran itu dalam bahasa arab. Tapi kenapa Allah sebut juga quran itu dalam bahasa arab? Apa perlunya? Jika kita beli buku untuk anak kita ada tak kita cakap, ini buku ayah beli dalam bahasa melayu? Tidak ada. Sebab apa? Sebab memang dia dah tahu. Dan bila kita beli buku itu, kita mesti nak anak kita faham. Buktinya, kita beli buku dalam bahasa yang ia boleh faham. Orang Mekah sudah tahu quran itu dalam bahasa arab. Tapi kenapa Allah bagitau lagi? Sebab ada mesej yang Allah nak sampaikan. Iaitu Allah turunkan al quran itu dalam bahasa mereka supaya mereka boleh dan ambil faham isinya. Kalau setakat nak ...