Langkau ke kandungan utama

127) APA PENYAKIT ORANG MUNAFIK?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,



         Allah s.w.t  ada menyebut dalam surah Taha:113,

       Quran di peringkat awal  diturunkan kepada orang arab Mekah, dalam bahasa Arab. Orang Arab memang tahu pun  quran itu dalam bahasa arab. Tapi kenapa Allah sebut juga  quran itu dalam bahasa arab? Apa perlunya?

      Jika kita beli buku untuk  anak kita ada tak kita cakap, ini buku ayah beli dalam bahasa melayu? Tidak ada. Sebab apa? Sebab memang dia dah tahu. Dan bila  kita beli buku itu,  kita mesti nak anak kita faham. Buktinya, kita beli buku dalam bahasa  yang ia boleh faham. 

      Orang Mekah sudah tahu quran  itu dalam bahasa arab. Tapi kenapa Allah bagitau lagi?  Sebab ada mesej yang Allah nak sampaikan. Iaitu Allah turunkan al quran  itu dalam bahasa mereka supaya mereka boleh  dan ambil faham isinya.  Kalau setakat nak baca Allah boleh turunkan dalam  bahasa Jepun contohnya. Itu kalau setakat nak baca.
     
        Bermakna, pertama,  bila Allah turunkan dalam bahasa orang arab sendiri  , Allah mahu mereka faham kandungannnya . Itu yang sebenarnya.

Dan Allah sambung lagi,

          Kedua ,Allah kata bahawa Ia turunkan ayat-ayat berbentuk ancaman. Maknanya Allah hendak kita ada rasa takut kepada ancanan  itu. Ada tak bila orang ancam kita sengan pistol  kita senyum saja? Mesti takut kan? Itu maknanya ia faham itu satu ancaman.  Bererti bila kita baca ayat ancaman, kita tiada rasa takut, bererti kita tak faham maksud ayat  itu.

       Dan kemuncaknya,  ketiga,  bila  alquran turun dalam bahasa arab  ialah supaya mereka bertaqwa. Taqwa yang bermaksud  rasa takut hingga taat pada Allah dan meninggalkan laranganNya. Inilah tujuan utama al quran  diturunkan  iaitu supaya kita jadi orang bertaqwa. Dan tak mungkin jadi bertaqwa melainkan  ikut apa yang Allah suruh. Dan tak mungkin  boleh ikut suruhan  Allah melainkan setelah faham al quran itu.

 Yang keempat,
            Al quran itu memberi peringatan melalui kisah-kisah yang terdapat di dalamnya. Ia menjadi tauladan kepada kita . Sebab itu quran turun kepada orang Mekah dalam bahasa mereka sendiri.

Al quran yang hebat     

       Quran itu hebat, kenapa? Sebab ia datang daripada Allah yang hebat.   Maka sesiapa saja yang ada quran dalam hidupnya ia akan  jadi orang hebat. Bahkan waktu, tempat dan bulan jika dikaitkan dengan  alquran ia jadi hebat. Seperti malam al qadar, Mekah, Madinah dan bulan ramadhan , jadi utama sebab ia ada kaitan dengan quran. Dan manusia paling hebat ialah nabi Muhammad sebab apa? Sebab quran diturunkan kepadanya.

        Lalu bolehkah kita jadi orang hebat? Boleh . Iaitu seperti yang nabi nyatakan,

         Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya." (Hadis Riwayat al-Bukhari).

       Kalau belajar saja, belum mengajar, belum dikatakan  terbaik lagi. Mesti ada dua-dua itu. Kalau setakat belajar iaitu ada ilmu tapi tak disampaikan maka itu lebih buruk lagi. Bahkan Allah murka orang yang tahu tapi tak amal atau tak  sampaikan. Allah nyatakan dalam surah al fatihah, 

       Iaitu Allah murka orang tahu tapi tak sampaikan  dan amalkan. 

         Allah sambung lagi dalam surah Taha:114,

           Allah tegur nabi supaya jangan tergesa-gesa membaca quran sebelum ia habis diwahyukan ketika itu. Ini berlaku sebab nabi takut terlupa ayat itu kerana beliau seorang buta huruf maka ia bergantung pada ingatan. Nabi tahu nilai ayat quran sangat besar , jadi ia amat ghairah dengannya. Ia mahu cepat-cepat menghafalnya. Sebab itu Allah tegur nabi.
   
         Tapi kita tiada rasa ghairah dengan ayat quran sebab apa? Sebab tak tahu nilai ayat tersebut  yang membawa kita ke syurga atau neraka. Kita tak ada rasa takut jika tak hafal dan faham quran . Kita lebih takut covid dari hilangnya quran dalam dada kita.
      
        Akhirnya Allah suruh kita berdoa supaya dapat ilmu dari al quran.  Ada orang baca quran  20 tahun, satu ilmu pun tak dapat . Allah kata bila baca quran , ambil  ilmu darinya. Jika tak dapat, mesti ada sesuatu yang silap.  Bukan doa saja supaya dapat ilmu, doa itu sebagai panduan  dan harapan kita. Jadi, kena belajar dan  faham al quran.

Tiga jenis manusia

        Tiga golongan manusia dengan sifat-sifatnya :
1. Bertaqwa, zahirnya dan hatinya beriman
2. Zahirnya kafir, hatinya pun kafir
3. Mulut cakap lain, hati lain. . Yang ini Allah tak sebut orangnya dalam surah al Baqarah:8.

Orang munafik

          Bercakap bohong  adalah sifat munafik yang paling utama. Mungkin ada juga sifat ini pada kita? Jangan kita  rasa selamat. Nabi melarang bercakap bohong walaupun dengan  kanak-kanak . Walaupun dengan tujuan mendiamkannya atau memotivasikannya. Tidak boleh. 

         Rasulullah SAW juga berpesan, "Tidak masuk syurga seorang penipu, orang yang menyebut-nyebut kebaikan (yang pernah ia berikan kepada orang lain), dan orang kikir."

       Menipu itu maknanya cakap/janji lain, tapi buat lain. Ini sifat munafik. Sangat di benci oleh Allah dan rasul orang yang cakap bohong ini. 
      
         Orang munafik itu kita nampak ia solat, pergi haji  atau  datang kuliah. Tapi bila bercakap ia bohong. Bila berjanji tak ditepati dan bila diberi amanah ia khianat. Walaupun ia orang islam.

Menipu Allah

      Seterusnya, Allah berkata lagi dalam ayat 9, al Baqarah,

    
        Allah kata orang munafik itu hendak menipu Allah (pada zaman nabi) dan orang  beriman . Bagaimana?  Iaitu dengan mereka datang solat, sedekah, jihad dan lain-lain. Bila ada harta rampasan mereka dapat, zakat pun dapat,  sebab ia nampak Islam. Orang kafir tak dapat. Mereka  menunjukkan keislaman mereka. Jadi mereka mendapat keuntungan  dengan cara berpura-pura Islam. 

        Mereka rasa mereka telah menipu Allah. Tapi Allah tak boleh ditipu. Sebab syarat menipu itu ialah mesti  orang tak tahu yang dia sedang ditipu. Kalau orang tahu dia menipu, itu bukan menipu namanya.  Sedangkan Allah  tahu dia menipu.

        Sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri.  Tapi mereka tidak sedar. Kenapa tak  sedar? Sebab ia mendapat segala kemudahan, badan pun sihat. Tiada apa yang terhalang. Jadi, mereka ingat perbuatan mereka itu tak dapat dikesan.

        Yasy'urun itu dari perkatan sya'run bermakna rambut. Apa kaitan dengan rambut ? Sebab rambut itu halus maka orang tak perasan. 

           Bila isteri tipu suami, suami tipu isteri , siapa yang akan belajar dari semua itu? Iaitu  anak sendiri.  Jadi jangan menipu sebab ia sifat munafik. 

Dalam hati orang munafik

        Apakah sebenarnya yang ada dalam hati orang yang menipu itu? Allah sebut dalam al Baqarah:10,

           Ayat yang biasa orang akan berkata dengan ayat.... "Ada penyakit didalam hatinya". Tapi bila Allah terbalikkan jadi.... "Dalam hatinya ada penyakit,"   maka ada mesej yang  Allah nak tekankan di situ. Allah nak bagitau tempat penyakit itu ada dua. Satu di fizikal, satu lagi di hati. 

       Penyakit fizikal itu tak bahaya dengan syarat ia beriman dan sabar. Seperti kencing manis. Kalau mati ia boleh masuk syurga.  Tetapi penyakit di dalam hati itu bahaya. Allah sebut dalam az Zumar: 22,

         Jadi  penyakit dalam hati ini paling bahaya. Allah kata , Celakalah bagi hati yang keras dari mengingati Allah sehingga Allah kata ia telah sesat. Dan  sesat itu membawa ke neraka. 


Penyakit fizikal dan penyakit hati

         Penyakit fizikal boleh mematikan badan, tapi belum tentu masuk neraka. Tetapi jika ada penyakit qalbu, iaitu hati  ia akan  menyebabkan hati mati dan akan  membawa ke neraka. Sebab hati yang mati tidak akan mengenal halal haram, dosa dan pahala. 
       
        Nabi Ayub a.s kena penyakit fizikal tetapi hatinya hidup . Buktinya ia sabar. Lalu Allah masukkan ia ke syurga. 

         Begitu juga kisah wanita penghuni syurga ini yang terkena penyakit sawan, tetapi bukan penyakit itu yang ia takutkan tetapi ia takut auratnya terbuka.  Baca kisahnya.. ..

        Atha’ bin Abu Rabah berkata: Ibn ‘Abbas RA berkata kepadanya:

"Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang wanita daripada kalangan penghuni syurga."

Aku menjawab: Sudah pasti !

Ibn ‘Abbas berkata: "Inilah perempuan kulit hitam yang datang berjumpa Rasulullah SAW lalu dia berkata kepada baginda: 

"Sesungguhnya aku menghidapi penyakit sawan (lalu apabila sawan ku datang),
aurat aku akan terbuka. Doalah kepada Allah untuk diri ku."

Baginda SAW menjawab: Jika engkau mahu, engkau boleh bersabar, dan untuk engkau syurga. Jika engkau mahu, aku akan mendoakan engkau. Allah akan menyembuhkan engkau.

Wanita itu berkata: "Aku akan bersabar, tetapi aku sering terbuka aurat (bila penyakit sawan datang). Berdoalah kepada Allah agar aurat aku tidak akan terbuka."

Maka Rasulullah SAW mendoakan beliau.

Atho’ bin Abu Rabih memberitahu Ibn Juraih bahawa dia melihat Ummu Zufar (wanita di atas) yang tinggi lampai dan berkulit gelap di sisi Kaabah.

[Sahih al-Bukhari, (كتاب المرضى) Kitab Pesakit, (باب فَضْلِ مَنْ يُصْرَعُ مِنَ الرِّيحِ) Bab Kelebihan Orang Menghidap Penyakit Sawan, hadis no : 5220]

        Dari sini dapat diketahui bahawa bagi orang beriman, penyakit fizikal bukan masalah  , bahkan ia boleh jadi sebab ia masuk syurga. Yang jadi masalah ialah kalau ada buat dosa. Itu yang ditakuti.

       Begitu hebat wanita zaman dulu. Ia tahu apa sakit yang lebih bahaya. Tapi wanita sekarang dia pakai mask kerana takut penyakit fizikal  tetapi buka aurat, ia tak takut penyakit hati keras iaitu tak dapat hidayah.  Buka aurat, dengki, riak, sombong, malas baca quran , malas cari ilmu , suka kumpul harta dan sebagainya. Ini penyakit yang bahaya sebab ia membawa ke neraka.

      Di mana letak penyakit bahaya itu? Iaitu di hati. Dan orang tak sedar penyakit ini.  Kerana sakit fizikal dia mungkin tumbang. Tapi sakit di hati ia tak tumbang pun tapi bila mati masuk neraka. Itu yang patut kita takuti.


Allah tambah penyakitnya

       Ayat seterusnya dalam ayat 9,  al Baqarah yang bermaksud,
   "  Maka Allah tambah penyakitnya".  

       Apa tanda-tanda penyakit hati yang kita ketahui? Iaitu seperti bersangka buruk, .alas solat, hidup sentiasa sibuk dengan urusan  dunia  sehingga tak sempat buat amal soleh dan sebagainya. Lihat surah af Taubah: 46 ,

        Kisah ini berkaitan  dengan sikap orang munafik ketika  perang Tabuk. Bila perang diisytihar, mereka membuat alasan tidak mahu pergi perang. Jadi, Allah turunkan ayat di atas untuk  membongkar keadaan mereka sebenar.

         Kalau mereka hendak pergi, mereka akan bersiap. Tetapi bila mereka tak bersiap,  itu tanda mereka tak mahu pergi perang.   Allah benci sikap mereka lalu Allah sibukkan mereka dengan benda-benda lain sehingga tak sempat berbuat kebajikan. Begitu juga manusia bila-bila masa, ia disibukkan oleh dirinya sendiri sehingga ia meninggalkan amal soleh.  Masanya penuh, tapi dengan urusan dunia sahaja. 

      Siapa yang sibukkan mereka? Allah yang sibukkan. Kenapa? Sebab Allah benci padanya, Allah tak mahu lihat  ia di medan jihad, majlis ilmu dan  sebagainya. Ini yang patut kita risaukan.
      
       Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Auf, mana lebih banyak hartanya dengan kita? Tapi adakah mereka tiada masa dengan amal soleh, jihad , sedekah dan lain-lain?

       Sebab itu Allah kata ;  untuk  rezeki maka berjalan, untuk bertaubat kena segera, solat kena segera, bila amal soleh kena  berlumba-lumba.  Sebab rezeki kita  Allah sudah tetapkan tapi amal soleh kena berlumba kerana ianya  kita yang tentukan  banyak mana.

       Bila kita sibuk cari rezeki hingga lupa baca quran, tinggalkan ilmu, maka Allah benci kita hingga Allah tak mahu dengar suara kita .  Begitu juga jika kita sibukkan  diri dengan grup ini, grup itu dan lain-lain kegiatan. Kadang orang tua pun main game.   Itu tanda Allah bencikan dia.



Sombong dan dengki

         Sebab itu ,  kata Ibn Taimiyah,
"  Tidak akan  masuk hakikat iman kedalam hati, bila didalam hati itu ada najis atau kotoran, iaitu sombong dan dengki."

       Bila ada sombong dalam hati, hidayah takkan  masuk, ada benteng  dalam hati. Dia rasa dia pandai, rasa orang lama, maka ilmu tak masuk. Sebab itu orang beriman semakin berilmu mesti  semakin rendah hati. Tawadhu'.

        Begitu juga kalau ada perasaan dengki kepada orang lain, ia jadi halangan dari dapat hidayah Allah.

         Bukan saja ada penyakit di hatinya, malah Allah tambah penyakit hatinya, lalu Allah sediakan azab yang pedih baginya. Sebab apa ? Sebab apa yang mereka dustakan. Iaitu apa yang puak munafik dustakan. 
       
        Dusta bukan bermakna  bercakap bohong saja,  tapi  ada dalam bentuk perbuatan juga. Ada tanda-tanda dari perbuatannya seperti  dalam surah al Maun,  Allah berfirman,

          Allah berkata bahawa orang yang mendustakan  agama itu termasuk orang yang tidak memberi makan  orang miskin. Itu juga  tanda ada penyakit hati. Sebab itu nabi kata kalau nak lembutkan hati maka sapulah kepala anak yatim dan beri ia makan. 
         
         Kalau hati kita baik, bersih,  maka semua anggota akan sihat termasuk penyakit fizikal. Tapi kalau hati rosak , semua anggota akan turut rosak. Bagi orang beriman semua keadaannya baik. Bila ia sakit , ia sabar dan redha. 

      Dari ayat tadi Allah kata jika kita ada penyakit hati, Allah tambah penyakit lain. Apa pengajarannnya?
      
    .  Iaitu jika kita buat dosa dan tak bertaubat maka kita  akan buat dosa yang lain pula.  Begitu juga jika kita buat amal soleh , itu akan membawa kepada amal yang làin  pula. Yang kedua, ketiga dan  seterusnya.


Kerosakan orang munafik

         Orang munafik itu sentiasa membawa kerosakan kepada umat Islam.
Allah nyatakan dalam al Baqarah: 11,


            Apa kerosakan yang dibuat oleh orang munafik ini  sehingga  Allah larang? Iaitu pertama,  kerosakan alam . Bila  berdosa maka Allah datangkan kerosakan alam seperti kemarau dan sebagainya. Sebab itu nabi Nuh menyuruh kaumnnya bertaubat dari dosa  supaya hujan turun.  Begitu juga banjir, gempa bumi dan sebagainya.  Yang kedua , kerosakan kepada Islam, diri dan manusia. Iaitu dengan menipu orang beriman. Sifat pura-pura mereka menyebabkan islam menjadi lemah. 

       Setiap maksiat itu juga  kerosakan walau tak nampak rosak. Tetapi tidak semua kerosakan fizikal itu satu kerosakan. Kalau rumah besar tapi tak solat , itu kerosakan. Tetapi jika ia solat walaupun rumahnya buruk itu bukan satu kerosakan. 
     
       Contohnya,  dalam surah al kahfi,  Khidir pecahkan sampan  orang miskin. Pecah itu kerosakan tapi itu tidak buruk sebab ia perintah  dari Allah. Ada kebaikan kepada orang miskin itu sendiri iaitu supaya sampan nya tak dirampas oleh raja masa itu

         Orang munafik itu rasa ia buat kebaikan bukan kejahatan. Apa kebaikan yang mereka buat itu? Iaitu,  kerana orang islam dan  kafir itu bertentangan, maka konon ia manjadi orang tengah. Konon untuk mendamaikan kedua pihak  . Tapi sebenarnya ia memberi senjata kepada orang kafir untuk  menghancurkan  Islam dari dalam. 
       
        Fikiran  buat benda salah tapi  rasa buat baik ini , bahaya. Seperti kita beri hp kepada anak lalu ada orang tegur, ' jangan rosakkan anak dengan hp.' Maka kita pasti tak terima kata orang itu, kerana kita rasa sedang buat baik kepada anak. Sedangkan dengan hp itulah anak jadi lalai, lupa macam-macam  perkara. 

Tak sedar

        Tapi munafik itu walau mereka rasa mereka buat baik,  tapi Allah kata merekalah makhluk perosak. Jadi, walau ia solat , ia pergi umràh, kalau ia tak pedulikan anak yatim dan miskin mereka sebenarnya orang yang membuat kerosakan. Islam bukan setakat  dengar kuliah saja, bukan umrah saja, bukan baca quran saja, Islam ialah yang membawa kebaikan kepada manusia lain. 

          Lihat apa kata Allah mengenai  orang munafik ini dalam al Baqarah:12, 



         Allah kata lagi bahawa munafik itu tak sedar ia membuat kerosakan.  Contohnya ia sibuk berniaga tapi tak solat. Ia rasa sudah baik kerana perniagaannya maju. Tapi ia tak sedar ia sedang membuat kerosakan  kepada dirinya sendiri.

         
 Orang yang bodoh

         Apa reaksi orang munafik bila disuruh beriman dengan iman yang benar?  Lihat di surah al Baqarah: 13,
        Bila dikatakan kepada orang munafik supaya beriman seperti mana berimannya nabi dan para   sahabat, maka dijawabnya, patutkah ia beriman seperti imannnya orang-orang yang bodoh?  

         Siapa yang dimaksudkan bodoh oleh munafik ini? Iaitu nabi dan para sahabat. Sebab itu munafik ini lebih jahat dari orang kafir. Sebab orang kafir tak solat  , sedangkan munafik itu solat di belakang nabi, tapi kata nabi bodoh.  Pura-pura islam  tapi di belakang lain.

       Maka Allah jawab bahawa,  bukan nabi yang bodoh tapi merekalah yang bodoh. Tapi mereka tak sedar atau tak mengetahuinya. Jadi, orang munafik ini walau nampak hebat macamana pun sebenarnya ia jahil. Sebab dia tak kenal tuhan yang sebenar. Kalau dia kenal dia takkan berpura-pura. Jadi, siapa yang bodoh sebenarnya?

        Kita pun  boleh jadi orang bodoh. Iaitu jikalau kita termasuk dalam golongan mereka yang di maksudkan  dalam  surah al Baqarah:142,
       Orang islam peringkat awal kiblatnya ke Baitul Maqdis.  Iaitu sama seperti kiblat bani Israel. Jadi mereka suka bila orang islam kiblat mereka sama.  Tapi bila diwahyukan supaya berubah mengadap ke Mekah, orang yahudi itu mempersoalkannya. Hanya kerana mereka mempersoal ini saja , Allah hukum mereka bodoh. Kenapa dipanggil bodoh? Kerana mereka tak mengetahui bahawa semua itu adalah milik Allah, maka Allah boleh saja mahu mengubahnya atau tidak. Satu lagi sebabnya ialah manusia itu makhluk. Bila makhluk mempertikaikan perbuatan tuhan, itulah dipanggil bodoh  iaitu tidak cerdik.  Tapi, perkataan ini jangan disebut di depan orang. Nanti kecil hati.

Siapa orang yang bodoh itu?

        Allah ada sebut lagi siapa orang yang bodoh dalam alBaqarah:130,

        Dalam ayat ini Allah kata, sesiapa saja yang benci agama Allah atau hukum hakam Allah,    maka ia sama seperti memperbodohkan dirinya. Seperti ia tak suka tutup aurat, tak suka solat dimasjid, tak suka puasa dan sebagainya.  Kenapa ia memperbodohkan diri sendiri,? Kerana setiap perintah Allah  itu adalah kebaikan  bagi dirinya tapi mereka meremehkan. Itulah sebab dipanggil  bodoh.



Kesimpulan.

 1. Al quran mesti difahami bukan dibaca saja , kerana ia mengandungi petunjuk bagi manusia .

2.  Orang beriman itu dicintai oleh Allah.

3. Orang munafik sangat berat hukumannya nanti di akhirat.

4  Jika kita Islam, jangan rasa selamat dari sifat munafik.

5.  Semua yang ada di bumi dan di langit ini milik Allah.



Student Ust AMAR.
Klang & Padang Jawa,
21/11/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

164) APAKAH TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT DILUPAKAN OLEH PARA IBUBAPA ?

Bismillah. Assalamu'alaikum,         Bila hari hujan  kita pakai baju hujan supaya tak basah. Sedangkan itu hujan je. Dan bila hari panas, kita tak tahan panas, sebab itu kita pasang khemah. Pada hal panas di dunia ini taklah sepanas di akhirat. Api di akhirat nabi kata panasnya 69 kali ganda daripada api di dunia. Di akhirat ahli neraka bukan duduk tepi api tetapi di dalam api.  Pakaian ahli neraka bajunya dari api. Kemudian dituang dari atas kepalanya air yang menggelegak. Lalu masuk ke dalam badan menghancur kan semua isi perut kemudian merebak ke kulit hingga hangus kulitnya.        Bila badan terbakar hangus sampai ke hati, Allah tukar kulit yang baru, seperti firman Allah,          Bila kulit  sudah hangus ia takkan rasa kepanasan lagi, maka Allah tukar dengan kulit yang baru. Kerana Allah mahu  ahli neraka yang dulu suka buat dosa itu terus merasa kan azab.  Sebab itu pilihan mereka di dunia dulu. Mereka tahu perbuatan mereka dulu boleh menyebabkan ma

168) BENARKAH SAHABAT NABI MEMBUAT BID'AH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,       Ada orang yang membuat bid'ah atau amalan baru iaitu yang tidak ada di zaman nabi, berdalilkan bahawa bid'ah juga ada dibuat di zaman nabi oleh para sahabat. Jadi, mengapa pula bid'ah dilarang di zaman ini? Benarkah begitu?          Sebenarnya bid'ah tidak ada di zaman nabi  s..a. w .  Maka sebab itu, keliru besar jika ada orang mengatakan sahabat membuat bid'ah di  depan nabi lalu nabi benarkan atau izinkan. Misalnya, sahabat solat sunat selepas tiap lepas wudhu' atau membaca zikir waktu iktidal yang tak pernah dibaca nabi . Tapi nabi membenarkannya.         Sebenarnya syariah pada masa itu belum selesai, maka tidak ada yang namanya menambah - nambah . Apabila sahabat membuat sesuatu amal lalu dibenarkan nabi maka itu menjadi syariat. Ada juga yang tak dibenarkan oleh nabi maka itu tidak boleh  menjadi syariat. Syariat selesai atau lengkap  bila turun ayat ini,  iaitu pada 9hb. Zulhijjah tahun 10H,

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicintai oleh kedua  ibubapanya.  Tugas ibubapa       Maka tugas ibubapa bukan  sahaja mem