Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum. Aqidah ahli sunnah wal jamaah menetapkan bahawa iman itu turun dan naik. Naik kerana ketaatan kepada Allah swt dan turunnya kerana bermaksiat kepada Allah swt. Setiap orang pasti merasakan imannya naik dan kadangkala imannya turun, misalnya ketika ia jauh dari al quran atau membuat maksiat. Oleh itu seseorang harus mem perbaharui imannya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, Abdullah bin 'Amr bin Al-'Āṣ -raḍiyallāhu 'anhumā- meriwayatkan, Rasulullah ﷺ bersabda, "Sungguh iman itu dapat lusuh di dalam dada salah satu di antara kalian, sebagaimana lusuhnya pakaian yang sudah usang. Maka, mohonlah kepada Allah agar memperbarui iman di dalam hati kalian." (Hadis sahih - Diriwayatkan oleh Hakim) Ini isyarat bahawa Iman itu jika tidak diperhatikan ia akan usang. Iaitu jika tidak disi...