Bismillah. Assalamu'alaikum, Jiwa iaitu roh atau akal atau nafsu atau fikiran adalah bahagian bukan jasmani yang ada dalam tubuh manusia. Ia perlu dibersihkan. Kerana tujuan inilah rasul diutuskan dan quran diturunkan. Iaitu membersihkan jiwa sehingga jiwa kita hanya mengabdi kepada Allah s.w.t. sahaja sepe rti kata Allah, Kenapa jiwa perlu dibersihkan? Dibersihkan dari apa? Sebab perlu dibersihkan adalah : 1. Sebab ciri-ciri orang yang berjaya, iaitu yang layak masuk syurga ialah salah satunya , jiwanya yang bersih. Seperti yang Allah sebut dalam as Syams:9, Beruntung, iaitu masuk syurga orang yang bersih jiwanya. Dan telah rugilah orang yang mengotorkannya . Lihat as Syams:10, Berjaya ini maksudnya ialah berjaya masuk ke syurga dan selamat dari api nerakà . Bahkan Allah ...