Langkau ke kandungan utama

108) BAGAIMANA MEMBERSIHKAN JIWA?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,


        Jiwa  iaitu roh atau akal atau nafsu atau fikiran adalah bahagian bukan jasmani yang ada dalam tubuh manusia. Ia perlu dibersihkan. Kerana tujuan inilah rasul diutuskan dan quran diturunkan. Iaitu membersihkan jiwa sehingga  jiwa kita hanya  mengabdi kepada Allah s.w.t. sahaja  seperti kata Allah,

Kenapa jiwa perlu dibersihkan? 
Dibersihkan dari apa?

 Sebab perlu dibersihkan adalah :  

1.   Sebab ciri-ciri orang yang berjaya, iaitu yang layak masuk syurga ialah salah satunya , jiwanya  yang bersih.  Seperti yang Allah sebut dalam as Syams:9,
        Beruntung, iaitu masuk syurga orang yang bersih jiwanya.   Dan telah rugilah orang yang mengotorkannya  . Lihat as Syams:10,
       Berjaya ini maksudnya ialah berjaya masuk ke syurga dan selamat dari api nerakà.  Bahkan Allah bersumpah di dalam surah as Syams sebanyak 11 kali  semata-mata nak bagitau betapa untungnya orang yang membersihkan jiwanya.

2. Sebab jiwa yang tidak bersih adalah musuh yang paling utama dalam badan kita.  Dalilnya nabi sentiasa berdoa mohon perlindungan  dari kejahatan nafsu  dengan doa  ,
           Iaitu dibersihkan dari sifat-sifat buruk yang akan membuatkan manusia rosak di dunia dan akhirat.  Antaranya ialah buruk sangka, hasad dengki, banyak berkata-kata , kuat makan  ,dendam, panas baran, kedekut,  cinta dunia, cinta nafsu, keras hati, sombong, riak, ,ujub, bangga diri, takut mati, dan sebagainya.



Cara penyucian jiwa.

       Ada 10 langkah yang mesti diambil oleh orang beriman yang ingin membersihkan jiwanya:


1. Mentauhidkan Allah

          Ini adalah asas dalam proses pembersihan jiwa. Mentauhidkan Allah bermaksud  bersihkan hati dari kesyirikan, kufur, cinta nafsu, cinta dunia , cinta anak isteri melebihi cinta kepada Allah
 
         Selagi ada unsur syirik dalam jiwa kita,    jiwa takkan dapat dibersihkan.  Walaupun belajar , mengaji setiap hari, jika ada syirik, jiwa takkan bersih. 


 Apa akibat syirik?

         Seseorang yang mengekalkan syirik dalam dirinya akan:

1. Dicela oleh Allah
2. Amalannya dihapuskan oleh Allah. Iaitu semua amalnya  menjadi sia-sia.
3. Dosanya  tidak diampunkan Allah.



Syirik-syirik yang tidak disedari

         Syirik halus boleh terjadi dalam bab harta, pangkat dan kuasa.

        Ambil pengajaran daripada penyesalan pemilik dua kebun

وَيَقُوْلُ يٰلَيْتَنِيْ لَمْ اُشْرِكْ بِرَبِّيْٓ اَحَدًا

Dia berkata,“  Betapa sekiranya dahulu aku tidak mempersekutukan (mensyirikkan) Tuhanku dengan sesuatu pun”... (Al Kahfi 42)

Apakah syirik yang dia buat?

(1) Takbur dengan harta dan pengaruh

وَّكَانَ لَهٗ ثَمَرٌۚ فَقَالَ لِصَاحِبِهٖ وَهُوَ يُحَاوِرُهٗٓ اَنَا۠ اَكْثَرُ مِنْكَ مَالًا وَّاَعَزُّ نَفَرًا

“dan dia memiliki kekayaan besar, maka dia berkata kepada kawannya  ketika bercakap-cakap dengan dia, “Hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikutku lebih kuat.”... (Al Kahfi 34)

(2) Dia merasakan hartanya boleh menjamin masa depan

وَدَخَلَ جَنَّتَهٗ وَهُوَ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهٖۚ قَالَ مَآ اَظُنُّ اَنْ تَبِيْدَ هٰذِهٖٓ اَبَدًاۙ

“Dan dia memasuki kebunnya dengan sikap menzaliki dirinya sendiri; dia berkata, “Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya,... (Al Kahfi 35)

(3) Menjadikan harta sebagai ukuran tanda Allah sayang

وَّمَآ اَظُنُّ السَّاعَةَ قَاۤىِٕمَةً وَّلَىِٕنْ رُّدِدْتُّ اِلٰى رَبِّيْ لَاَجِدَنَّ خَيْرًا مِّنْهَا مُنْقَلَبًا

“dan aku kira saat itu tidak akan datang, dan sekiranya aku dikembalikan kepada Tuhanku, pasti aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik dari pada ini.”.. (Al Kahfi 36)

Moga kita dijauhkan daripada Syirik-syirik sedemikian...

Akhir kisah pemilik dua kebun adalah:

وَاُحِيْطَ بِثَمَرِهٖ فَاَصْبَحَ يُقَلِّبُ كَفَّيْهِ عَلٰى مَآ اَنْفَقَ فِيْهَا وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلٰى عُرُوْشِهَا 

“Dan harta kekayaannya dibinasakan, lalu dia membolak-balikkan kedua telapak tangannya (tanda menyesal) terhadap apa yang telah dia belanjakan untuk itu, sedang pohon anggur roboh bersama penyangganya..”. (Al Kahfi 42)


           
       Syirik, kufur adalah kekotoran  yang paling utama untuk dibersihkan dahulu.  Jauhkan dari sebarang amalan syirik seperti berdoa kepada wali , tangkàl dan berdukun, percaya kuasa cincin dan sebagainya. Kena tinggal semuà.


2. Selalu berdoa
   
      Selalu berdoa memohon kepada Allah supaya dibersihkan jiwa kita. Orang yang tak berdoa ia orang yang sombong. Dalilnya, nabi orang yang paling bersih hati, tapi masih berdoa kepada Allah.
     
         Biasanya kita berdoa minta sihat , panjang  umur , muràh   rezeki dan sebagainya. Tapi jarang kita minta supaya Allah sucikan jiwa kita.  Inilah yang nabi doa,

Di dalamnya  Nabi minta :
1. Taqwa
2. Bersihkan jiwa
       
        Kerana Allah saja yang menguasai jiwa manusia.  Kalau kita minta jiwa bersih  dan Allah makbul maka  hal-hal yang lain tidak jadi masalah lagi. Kalau banyak buat amal, tapi sombong itu tanda jiwa kotor  . 
   
          Kalau kita tak berdoa kepada Allah  jiwa takkan bersih sebab apa? Sebab ada sifat sombong kepada Allah.  Lihat surah Ghafir:60,

      Orang yang tidak mahu berdoa maka ia sombong kepada Allah. Dan sombong tempatnya di neraka. 
   
        Kerana  kita ini lemah maka kena berdoa kepada Allah, mohon perlindungan. Surah al Falaq itu contoh doa kepada Allah.


3. Dengan tadabbur alquran

          Sebelum tadabbur al quran  kita mesti beriman dengan seluruh isi al quran. Kerana al quran itu Allah turunkan sebagai petunjuk kepada manusia, lihat surah Al Jatsiyah,


       Bagaimana untuk menjadi orang yang  beriman kepada  al quran ? Allah beritahu dalam al Baqarah: 121,

         Iaitu bila mendapat kitab ini maka   kita , 

1. Membaca dengan haqqu tilawati.

          Ulama tafsir memberi maksud haqqu tilawati ialah, membaca huruf demi huruf dengan betul,  faham maksudnya   dan beramal dengan apa yang dia faham.
  
         Jadi , beriman dengan quran  ialah dengan baca , faham dan amal. Bukan setakat percaya quran itu dari Allah saja.
   
        Orang yang tak berpandu kepada quran jiwanya kotor dan   ia akan  sesat selama-lamanya. Lihat apa kata Allah dalam Thoha: 12,


      Orang yang ittaba'a huda/ mengikut petunjuk, Allah janji  ia takkan sesat dan celaka.  Maknanya ia bahagia, berjaya dan untung. Manakala orang yang tak ikut quran ia pasti sesat dan pasti celaka.  Dan kekal dalam neraka

       Oleh itu , untuk bersihkan  jiwa kena baca, faham dan amal  al quran. Selagi kita tak faham, kita tak  ikut  , maka jiwa belum dapat di bersihkan.

        Penyakit hati akan dirawat melalui pengajaran dari quran. Penyakit kedekut, sombong, cinta dunia, panas baran dan lain-lain ada rawatannnya dalam al quran.
Bukan dengan  pemikiran manusia.



4. Menjadikan rasul sebagai ikutan.

          Mengambl rasul sebagai uswah dan qudwah.  Lihat al Ahzab : 2

          Allah hantar rasul untuk dijadikan ikutan. Jika kita betul ingin mendapat rahmat Allah di dunia atau di akhirat nanti, maka segala amal  kita mesti sama dengan nabi.  Lihat juga ali Imran:31 ,
        Iaitu jika kita betul cinta Allah maka ikut nabi s.a.w.   Para sahabat pun ikut nabi dalam apa-apa masalah. Sebab, apa yang dari nabi itu semua adalah wahyu. Kenapa  kita utamakan yang dari manusia?
   
         Apa yang kita dapat bila ikut nabi? Iatu dapat kasih sayang Allah  dan keampunanNya  . Maksud  ikut nabi ialah apa yang nabi buat   kita buat. Mana nabi tak buat, kita tinggalkan. Kalau nabi tak buat, kita buat  maka adakah itu ikut nabi?
        
        Bila nabi tinggalkan sesuatu,  bermakna itu kurang baik. Kalau kita buat juga adakah kita rasa kita lebih baik dari  nabi?
   
       Contohnya, nabi solat sunat subuh 2 rakaat sahaja. Ada orang , konon ia lebih taqwa buat sampai 4 rakaat, bahkan ada yang 6 rakaat. Dia lebih 'alim kah dari nabi? 
       
           Jika ikut quran tapi tak ikut cara atau sunnah  nabi , maka  tidak akan bersih jiwa kita. Contohnya ialah  yang  dibuat oleh golongan  tariqat yang niatnya membersihkan jiwa. Tapi ikut cara sendiri, bukan sunnah nabi. Pergi ke gunung, pergi ke kubur, zikir 10 ribu kali  untuk membersihkan jiwa. Takkan bersih sebab menyalahi sunnah nabi.  Bahkan  ia terkena tipudaya syaitan.
       
       Jiwa yang paling bersih ialah jiwa nabi. Jika kita tak ikut  orang yang paling bersih, siapa lagi kita nak ikut?


5. Buang yang kotor. Kemudian hias dengan yang baik.

         Buang atau tinggalkan sifat diri kita yang kotor seperti dengki, sombong, takabbur, panas baran, riak , cinta dunia dan sebagainya.  Kena buang dulu semua yang buruk ini.  Iaitu tahan diri dari bersifat begitu lagi.
    
        Selepas itu  baru masukkan atau amalkan sifat yang baik seperti tawadhu  , ikhlas, sabar, redha,  qanaah, selalu bersyukur , pemurah   dan lain-lain lagi.
 
        Sebab apa kena buang dulu? Sebab contoh nya jika dia pemarah, jika tak dibuang, bagaimana sifat sabar nak ada ? Takkan berkumpul dua sifat yang berlawanan dalam  satu masa pada diri manusia.
    
       Umpama hendak menuang air yang bersih ke dalam gelas yang ada kekotoran. Kena bersih kan dulu gelas itu baru masuk air bersih. Jika tidak, air bersih itu pun akan jadi kotor juga.
     
       Misalnya ada di umpamakan oleh nabi dalam hadis ini,

Daripada Abu Musa radiallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“‏ مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنَ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا،
Permisalan petunjuk dan ilmu yang aku diutuskan dengannya adalah seperti hujan yang banyak yang turun ke bumi.

فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتِ الْمَاءَ، فَأَنْبَتَتِ الْكَلأَ وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ،
Terdapat tanah yang menyerap air dan tanah yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang banyak.

وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتِ الْمَاءَ، فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ، فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا،
Terdapat jua tanah yang menakungkan air, lalu Allah memberikan manfaat kepada manusia dengannya, lalu manusia minum, memberi minum dan bercucuk tanam dengannya.

وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى، إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لاَ تُمْسِكُ مَاءً، وَلاَ تُنْبِتُ كَلأً،
Hujan itu turut menimpa tanah yang lain. Ia adalah tanah yang gersang yang tidak menakung air dan tidak jua menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.

فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقِهَ فِي دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ، فَعَلِمَ وَعَلَّمَ،
Itulah permisalan orang yang memahami agama, lalu dia memberi manfaat dengan apa yang Allah utuskan aku dengannya. Dia belajar dan mengajar.

وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا، وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ ‏”‏‏.
Itu jua adalah permisalan untuk sesiapa yang tidak mengambil kisah tentangnya, dan yang tidak menerima petunjuk Allah yang aku‏ diutuskan dengannya.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ilm, no: 79].

       Yang pertama itu orang yang belajar, beramal dan sebarkan ilmu.  Maka ia beruntung.

      Yang kedua itu, orang  yang belajar dan beri ilmu itu kepada orang lain. Tetapi ia tak beramal maka ia memberi menafaat kepada orang lain tapi dia sendiri tidak beruntung.
     
        Yang ketiga, belajar pun tidak  beramal apa lagi. Ini orang rugi

        Jadi , bersih kan dulu hati dari sifat buruk kemudian  baru masukkan sifat yang baik, di nyatakan oleh Allah dalam at Taubah:103,

          Membersih kan itu bermaksud mengeluarkan semua sifat-sifat buruk seperti kedekut, pemarah dan lain-lain , manakala menyucikan itu bermakna memasukkan sifat-sifat yang baik seperti sabar  , kasih orang miskin , pemurah dan lain-lain.
     
      Kadang ada yang sudah belajar 2 , 3 tahun .tapi  masih pemarah  , kenapa? Kerana sifat marah itu tidak dibuang atau ditahan,   maka sifat sabar  tak akan masuk.
       
       Nabi berkata dalam hadis  berikut :

       Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan, maka dititikkan dalam hatinya sebuah titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan. Apabila ia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya. Itulah yang diistilahkan ‘ar raan’ yang Allah sebutkan dalam firman-Nya (yang artinya),

‘Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka”. (HR. Tirmidzi).

           Semua itu tidak mudah, kena mujahadah, lawan nafsu. Kena sabar. Sebab itu Allah berjanji dalam al Ankabut: 69,

      Untuk hal  dunia saja kita bersusah payah untuk dapat, maka untuk akhirat yang kekal sepatutnyalah lebih lagi kita mujahadah. Allah berjanji akan tunjukkan jalannya jika kita bersungguh-sungguh. Dan Allah akan bersama orang yang  ingin membersihkan jiwanya  dari sifat buruk.
     
        Ringkasnya , buang dulu sifat-sifat yang buruk dengan ilmu al quran yang ada dan selepas  itu amalkan sifat-sifat baik dengan jalan mujahadah.



6. Tutup semua pintu yang membawa dosa

       Jiwa  kotor disebabkan dosa atau maksiat. Apakah pintu-pintu nya yang membawa kepada dosa?  
 
       Iaitu mata. Allah sebut dalam surah an Nur: 30 ,


         Allah suruh jaga mata kerana ia pintu kepada  dosa. Allah sebut mata dulu baru kemaluan. Kerana punca zina itu bermula  dari mata. Untuk tutup pintu zina maka jaga mata. Itu akan menjaga  kesucian jiwa kita  dari dosa.
      
         Telinga juga pintu dosa. Iaitu mendengar mengumpat atau muzik contohnya. Maka kena jauhkan ia dari diri kita, tinggalkan . Meninggalkan benda haram baik melalui mata  atau  telinga atau kemaluan akan  menjadikan amalan kita bersih, khusyu' dan diterima Allah.
      
       Sesiapa yang meninggalkan benda haram kerana Allah , Allah akan  ganti  dengan suatu yang lebih baik.  Iaitu hati yang tenteram, khusyu dan manis  dalam ibadah.  Ibadah yang tak khusyu' itu sebab hati keras oleh dosa.
       
       Sebab itu tanda Islam  yang cantik itu bila dia  meninggalkan sesuatu yang tidak ada faedah dengannya.  Sebab itu jika kita suka  sembang kosong, buat benda lagha, hati takkan bersih dan  tenang.
   
         Kata ibnu Qayyim, 'Kebanyakan maksiat  berpunca   dari  bercakap benda yang  tak berfaedah dan  melihat benda haram'.   Seperti menonton Korea atau drama melayu yang tiada faedah.
Dan ia pintu paling luas bagi syaitan me rosakkan hati manusia.
     
       Bagaimana nak melawan mulut yang suka bercakap dan mata  yang melihat benda yang haram? Iaitu dengan sabar  dalam menjauhi larangan Allah.   Sabar dengan tahan  dari bercakap benda yang sia-sia. Dan sabar menahan mata dari melihat benda haram.  Itulah saja senjata yang paling ampuh dengan   disertakan memohon pertolongan  Allah.  Jadikan sabar dan solat sebagai penolong mu,
 
        Sabar itu berat kecuali orang yang bersunggu-sungguh dalam mentaati Allah.

     
7. Selalu ingat mati dan hari bertemu Allah.
 
        Allah suruh kita bersedia dengan bekalan bila bertemu Allah dengan kataNya  dalam al Hasyr:18 ,

       Apa yang kita sediakan untuk hari selepas mati  ?  Selalu perhatikan ,  selalu muhasabah,  barulah kita buat persediaan untuk mati. 

 Kata nabi ,
“Perbanyaklah mengingati pemutus kelezatan” (Riwayat  An-Nasai)
     
        Kita rasa lazat atau seronok dengan harta, melancong , berkereta besar , rumah besar dan sebagainya.  Tapi  Nabi suruh ingat mati kerana mati itu sebenarnya mengurangkan  rasa seronok kita kepada dunia ini. 
      
         Kalau kita asyik duduk rumah dengan anak isteri saja, makan sedap, maka kita takkan dapat peringatan kepada mati.  Sebaliknya kalau  kita pergi majlis ilmu  , tadabbur alquran , kita akan  diingatkan tentang mati. 
     
         Mati adalah pemisah antara dunia yang sementara dengan dunia yang kekal abadi. Bila mati saja, habislah peluang untuk beramal dan membersihkan jiwa.
   
       Dan kematian boleh datang bila-bila masa sahaja. Berapa ramai orang yang keluar dari rumah hidup  , balik sudah menjadi  mayat. 
    
        Kata salafussoleh,  Said bin Jubail, 'Jikalau mengingat  kematian itu berpisah dari  hatiku maka aku sangat takut jika hati aku sudah rosak dan kotor'.'

        Mereka tak pernah lupa akan kematian. 
     
       Kata Sufian bin Uyainah, '  Aku mendengar  Ibrahim at Taimi berkata bahawa  aku mebayangkan ....
   
      " Syurga itu penuh dengan nikmat dari
minuman dan makanan yang lazat. Sementata di neraka ada minuman yang panas  dan  yang busuk. Tempat mana yang kamu pilih? Wahai jiwaku..."


Bercita-cita bertemu  Allah.

Nabi  s.a.w nerkata, 

"Siapa suka berjumpa dengan Allah, maka Allah suka berjumpa dengan-Nya. dan siapa yang benci berjumpa dengan Allah maka Allah benci berjumpa dengannya." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)



8. Memilih kawan-kawan  yang baik

        Kawan yang beriman , yang beramal soleh yang selalu ingatkan kita tentang akhirat, walau pun ia seorang yang miskin,  itu lebih baik,  dalilnya dalam  al  Kahfi:28,

         Siapa yang Allah suruh nabi duduk bersama mereka ini ? Iaitu orang miskin, fakir.  Kena sabar duduk atau mengajar  orang miskin sebab mereka tidak memberi apa-apa benda kepada kita.

        Allah juga larang kita dari tidak ziarah dan bantu orang miskin kerana  kesibukan kita dengan dunia.. Serta Allah larang kita dari rapat dengan  mereka yang lalai dengan dunia sahaja. Jangan berkawan dengan orang kaya semata-mata kerana dunia, kerana itu akan merosakkan hàti kita. Jika untuk tujuan dakwah tidak mengapa.

       Pengajaran dari ayat ini ialah Allah suruh kita pilih kawan. Biar miskin asalkan beriman . 
      
       Kawan juga mempengaruhi agama atau fahaman kita. Kata nabi,

"Agama Seseorang sesuai dengan agama teman dekatnya. Hendaklah kalian melihat siapakah yang menjadi teman dekatnya.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Silsilah Ash-Shahihah, no. 927)

         Kawan merokok, dia akan merokok juga. Kalau kawan dia suka pergi kelas tadabbur, dia aka pergi nanti.

 Nabi berkata lagi,

        "Permisalan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang pandai besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau bisa membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan pandai besi, bisa jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak sedap.” 
(HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628)

       Kalau kita berkawan dengan  orang soleh, walau ilmu kita tak banyak, sedikit sebanyak kita akan terikut juga dengan amalannya. Lama-lama kita pun jadi seperti dia.  Insya Allah.



9. Berhati-hati dari ujub dan tertipu dengan diri sendiri.

     Ujub itu rasa diri hebat, rasa baik, rasa berilmu dan sebagainya. Katanya, ' hebat aku   dari muda sampai tua pergi  masjid, orang lain bila dah pencen  baru pergi.' Inilah sifat yang tercela.


        Apa hukum ujub? Hukumnya haram. Lihat an Najmu: 32,
        Allah kata jangan kita rasa diri kita bersih dan suci. Kenapa? Kerana kita tak tahu hati kita bertaqwa atau tidak, Allah saja yang tahu. Jadi,  haram kita kata kita dah baik  dah bersih atau ibadah dah cukup .
       
        Allah suruh buang segala sifat buruk kita dan masukkan sifat yang mulia. Tapi Allah juga kata jangan rasa diri sudah bersih ,  sudah suci.
    
      Kata salafussoleh , Abdullah bin abi Urakta, ' Aku sempat berjumpa dengan 30 orang sahabat nabi, tidak seorang pun dari mereka yang tidak takut dengan sifat munafik yang ada dalam dirinya.'
  
        Kata Hassan al Basri, ' Orang beriman mengumpul ihsannya dengan  takut. Dan tidak  mengumpul kejahatannya dengan rasa aman'.
       
        Maknanya bila dia buat baik kepada orang, dia tak rasa gembira, tetapi takut, iaitu takut amal itu tak diterima Allah kerana sebab tertentu.
    
        Dan bila dia buat jahat kepada orang, dia tak rasa aman iaitu tidak rasa itu tidak jadi masalah kepadanya  atau tidak mengapa.  Bila dia mengumpat atau tuduh orang  dia rasa tenang saja, itu tanda munafik.



10. Kenal ciri-ciri jiwa manusia.

       Kita kena kenal jenis jiwa supaya kita tahu tujuan membersihkan jiwa. Ada tiga:

1. Nafsu mutmainnah
2. Nafsu lawwamah
3. Nafsu ammarah bi su'.

        Nafsu/ jiwa mutmainnah ialah jiwa yang tenang.  Apa dia jiwa yang tenang? Allah beritahu  dalam ar Ra'du:28

       Iaitu hati yang sentiasa mengingati Allah, zikir kepada Allah dan  taat Allah dalam setiap hal. Hati begini ialah hati yang tenang. Inilah tujuan kita membersihkan jiwa kita  iaitu dapat berzikir atau  taat kepada Allah setiap masa. Kalau  nak marah saja , itu sudah tentu  hatinya tak tenang.

       Jiwa lawwamah ialah jiwa yang mencela diri sendiri. Iaitu bila dia tak beramal ia rasa bersalah. Ia sering lewat dalam beramal maka ia rasa menyesal. Dan ingin bertaubat.
   
       Ini peringkat orang yang sedang mujahadah melawan sifat buruknya. Iaitu ia sedang menuju kepada mutmainnah.
       
        Nafsu ammarah bi su'. Iaitu ia sering atau suka buat benda yang buruk atau jahat.  Contohnya  , bila dekat waktu solat  ia suruh tidur. Bila  dekat maghrib dia suruh keluar pergi Mydin. Ia suruh tengok drama berjam-jam tiap hari. Atau bersembang buang masa hingga lewat  malam dan sebagainya.
   
       Jadi,  bila kita tahu jenis-jenis nafsu, baru kita tahu kita nak kemana. Tentulah kita mahu  dapat nafsu mutmainnah. Dimana bila kita mati , maka malaikat akan berkata  ,
      Nafsu mutmainnah adalah kemuncak hidup manusia. Dan tidak akan dapat kecuali dengan berilmu dengan ilmu dari al quran. Mesti tadabbur al quran. Sebab nafsu mutmainnah itu  sentiasa ingat dan berzikir kepada Allah. Bagaimana kita zikir dan taat kepada Allah jikalau tidak ada ilmunya?
       
      Semoga kita dapat mencapai nafsu mutmainnah dengan cara kita pelajari ilmunya dan beramal dengannya.  Beruntunglah orang yang yang membersihkan jiwanya.  Seperti kata Allah  ,
      Kerana ia akan dikurniakan syurga. Dam rugilah orang yang mengotorkan jiwanya,

      Kerana ia akan dimasukkan ke  dalam neraka. Itulah seburuk-buruk tempat kediaman yang kekal.



Padang Jawa.
29/9/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

164) APAKAH TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT DILUPAKAN OLEH PARA IBUBAPA ?

Bismillah. Assalamu'alaikum,         Bila hari hujan  kita pakai baju hujan supaya tak basah. Sedangkan itu hujan je. Dan bila hari panas, kita tak tahan panas, sebab itu kita pasang khemah. Pada hal panas di dunia ini taklah sepanas di akhirat. Api di akhirat nabi kata panasnya 69 kali ganda daripada api di dunia. Di akhirat ahli neraka bukan duduk tepi api tetapi di dalam api.  Pakaian ahli neraka bajunya dari api. Kemudian dituang dari atas kepalanya air yang menggelegak. Lalu masuk ke dalam badan menghancur kan semua isi perut kemudian merebak ke kulit hingga hangus kulitnya.        Bila badan terbakar hangus sampai ke hati, Allah tukar kulit yang baru, seperti firman Allah,          Bila kulit  sudah hangus ia takkan rasa kepanasan lagi, maka Allah tukar dengan kulit yang baru. Kerana Allah mahu  ahli neraka yang dulu suka buat dosa itu terus merasa kan azab.  Sebab itu pilihan mereka di dunia dulu. Mereka tahu perbuatan mereka dulu boleh menyebabkan ma

168) BENARKAH SAHABAT NABI MEMBUAT BID'AH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,       Ada orang yang membuat bid'ah atau amalan baru iaitu yang tidak ada di zaman nabi, berdalilkan bahawa bid'ah juga ada dibuat di zaman nabi oleh para sahabat. Jadi, mengapa pula bid'ah dilarang di zaman ini? Benarkah begitu?          Sebenarnya bid'ah tidak ada di zaman nabi  s..a. w .  Maka sebab itu, keliru besar jika ada orang mengatakan sahabat membuat bid'ah di  depan nabi lalu nabi benarkan atau izinkan. Misalnya, sahabat solat sunat selepas tiap lepas wudhu' atau membaca zikir waktu iktidal yang tak pernah dibaca nabi . Tapi nabi membenarkannya.         Sebenarnya syariah pada masa itu belum selesai, maka tidak ada yang namanya menambah - nambah . Apabila sahabat membuat sesuatu amal lalu dibenarkan nabi maka itu menjadi syariat. Ada juga yang tak dibenarkan oleh nabi maka itu tidak boleh  menjadi syariat. Syariat selesai atau lengkap  bila turun ayat ini,  iaitu pada 9hb. Zulhijjah tahun 10H,

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicintai oleh kedua  ibubapanya.  Tugas ibubapa       Maka tugas ibubapa bukan  sahaja mem