Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel larangan

177) APAKAH PERINTAH PERTAMA DALAM AL QURAN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,             Apakat ayat pertama dalam al quran yang mengandungi perintah dan larangan dari Allah?  Jika kita mulakan dari surah al Fatihah kemudian masuk ke surah ke 2, iaitu surah al Baqarah, kita tidak akan ketemukan satu ayat perintah yang menggunakan fi'il amar atau ayat larangan iaitu an nahyu  dari Allah.         Sehinggalah  kita temukan pada ayat ke 21 surah al Baqarah iaitu,                "Wahai manusia, sembahlah Tuhan yang mencipta kalian." Ini lah perintah pertama di dalam al quran jika mengikut susunan al quran yang ada sekarang.         Sahabat yang mulia iaitu ibnu Abbas r.a mengatakan,       " Semua kata ibadah yang ada dalam Al quran ertinya adalah tauhid. Maksud nya bukan sekadar menyembah Allah tapi memurni- kan  sembahan  hanya kep...