Langkau ke kandungan utama

177) APAKAH PERINTAH PERTAMA DALAM AL QURAN?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,

  

         Apakat ayat pertama dalam al quran yang mengandungi perintah dan larangan dari Allah?  Jika kita mulakan dari surah al Fatihah kemudian masuk ke surah ke 2, iaitu surah al Baqarah, kita tidak akan ketemukan satu ayat perintah yang menggunakan fi'il amar atau ayat larangan iaitu an nahyu  dari Allah. 

       Sehinggalah  kita temukan pada ayat ke 21 surah al Baqarah iaitu, 

       

      "Wahai manusia, sembahlah Tuhan yang mencipta kalian." Ini lah perintah pertama di dalam al quran jika mengikut susunan al quran yang ada sekarang. 

       Sahabat yang mulia iaitu ibnu Abbas r.a mengatakan, 

     " Semua kata ibadah yang ada dalam Al quran ertinya adalah tauhid. Maksud nya bukan sekadar menyembah Allah tapi memurni- kan  sembahan  hanya kepada Allah, dengan  keyakinan hanya Dia berhak disembah dan semua sembahan  yang lain adalah batil."

      Inilah makna ibadah di dalam al quran. Jadi, jika ada orang beribadah kepada Allah seperti solat, haji, zakat dan lain-lain, tetapi ia masih membuat syirik, hakikat- nya ia belum beribadah. Walaupun kita nampak ia beribadah secara zahir. Dia solat jemaah di masjid, puasa bulan ramadhan, pergi haji dan  umrah, tapi dalamasa yang sama,  setahun sekali ikut acara sedekah bukit  atau sedekah laut, mempersembah kan  hidangan  atau sembelihan  kepada selain Allah atau meminta kepada orang yang sudah mati, maka hakikatnya dia belum beribadah. Kenapa?


Menyembah selain Allah

       Kerana dia masih menyembah untuk selain  Allah.  Sebab bila seseorang menyediakan hidangan atau sembelihan atau berdoa kepada selain Allah bererti ia menyembah kepada selain Allah. Allah berfirman dalam  surah al Kautsar,


        "Solatlah dan menyembelihlah hanya kepada Rabbmu."  Maka hakikatnya seseorang masih belum beribadah kepada Allah jika ia masih membuat dosa syirik. Sebab dosa syirik itu menghapus kan semua amalan. Seperti firman Allah dalam surah az Zumar:65,

      " Kalau kamu membuat syirik maka terhapuslah amalmu dan tentu kamu menjadi orang yang rugi."


Perintah pertama

      Inilah perintah pertama di dalam al quran iaitu perintah untuk mentauhidkan Allah swt.  Dan ketika Allah memerintah kan kita menyembahNya sahaja , Allah juga mengingatkan bahawa Dialah yang memberi rezeki dan segala nikmat. Kata Allah dalam surah al Baqarah: 21, seterusnya ,


         "Dialah yang mencipta kamu dan orang-orang sebelum kamu agar kamu menjadi orang bertaqwa."    Ertinya orang yang bertaqwa itu ialah orang yang mentauhidkan Allah swt.   Dan Allah berfirman lagi dalam al Baqarah: 22 ,


         Bumi yang terhampar, langit yang terbina,  dan menurunkan  hujan  dari langit. Dan  dengan air itu dapat menumbuhkan tumbuh-tumbuhan sebagai rezeki bagi kita , maka dengan itu janganlah kita membuat sekutu-sekutu bagi Allah.  Padahal kita mengetahui bahawa Allah Pencipta bumi  dan  langit ini. 


Larangan pertama

       Maka inilah  larangan pertama dalam  al quran iaitu larangan  membuat syirik. Oleh itu kita dapat mengetahui bahawa kewajiban yang paling agung ialah mentauhid kan   Allah.  Manakala dosa yang paling besar ialah mensyirikkan Allah. Sebab itu Allah letakkan ia sebagai perintah dan  larangan yang pertama dalam al quran. 


Semoga bermenafaat




Dari kuliah Us. Sofyan Chalid,
Padang Jawa.
30/6/24

      




            

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...