Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Tunduk kepada Tuhan Dalam Surah Hud ayat 23, Allah berfirman: “Dan mereka tunduk (merendahkan diri) kepada Tuhan mereka.” Perkataan penting di sini ialah “Ø£َØ®ْبَتُوا (akhbatÅ«)”. Apakah yang dimaksudkan dengan 'tunduk' itu? 1. Maksud Perkataan “Akhbatu” (Tunduk kepada Allah) Menurut ulama tafsir seperti Ibn Kathir, Al-Tabari, Al-Qurtubi, perkataan akhbatu bermaksud: > Merendahkan diri > Khusyuk > Taat sepenuh hati > Tenang dengan takdir Allah > Bergantung sepenuhnya kepada-Nya > Tidak sombong dengan amal Ia bukan tunduk secara fizikal sahaja, tetapi tunduk dengan hati, jiwa, dan perbuatan. 2. Tunduk kepada Allah = hati yg tunduk Dalil: Allah berfirman: “Sesungguhnya berjayalah orang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solat.” (Al-Mu’minun: 1–2) Khusyuk lahir daripada hati yang tundu...