Bismillah. Assalamu'alaikum, Muzik itu musibah , musibah yang besar. Kenapa di katakan musibah? Kerana ia memang seperti yang di prediksi oleh nabi s.a.w dalam hadis sahih Bukhari 4/30 iaitu, "Akan ada masanya beberapa kaum dari umatku yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), khamar dan alat muzik." Iaitu umatnya akan menghalalkan, 1. Zina 2. Sutera 3. Khamr 4. Alat muzik. Memang asalnya ianya tidak halal, tetapi akan ada yang menghalalkannya. Itulah yang terjadi . Maka kita tidak hairan jika ada sebahagian orang yang menghalalkan nya. Itu membuktikan kebenaran mukjizat nabi s.a.w. bahawa ada di antara umat nabi Muhammad s.a.w yang menghalalkan muzik seperti umat sebelumnya. Kalau tidak salah, dalam Injil dan Taurat juga tidak dihalalkan muzik. Tapi sekarang orang pakai muzik di dal...