Bismillah.
Assalamu'alaikum,
Muzik itu musibah , musibah yang besar. Kenapa di katakan musibah? Kerana ia memang seperti yang di prediksi oleh nabi s.a.w dalam hadis sahih Bukhari 4/30 iaitu,
"Akan ada masanya beberapa kaum dari umatku yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), khamar dan alat muzik."
Iaitu umatnya akan menghalalkan,
1. Zina
2. Sutera
3. Khamr
4. Alat muzik.
Memang asalnya ianya tidak halal, tetapi akan ada yang menghalalkannya. Itulah yang terjadi . Maka kita tidak hairan jika ada sebahagian orang yang menghalalkan nya. Itu membuktikan kebenaran mukjizat nabi s.a.w. bahawa ada di antara umat nabi Muhammad s.a.w yang menghalalkan muzik seperti umat sebelumnya.
Kalau tidak salah, dalam Injil dan Taurat juga tidak dihalalkan muzik. Tapi sekarang orang pakai muzik di dalam gereja. Sekarang pun di sebahagian masjid ada orang pakai muzik. Kerana ada sebahagian orang menganggap muzik itu halal.
Setidak-tidaknya ada 9 hadis yang mengharamkan muzik. Ada yang sahih, ada yang hasan dan ada yang dhaif. Yang kesimpulannya dalam mazhab yang 4, iaitu mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafie dan mazhab Hambali, semua sepakat bahawa alat muzik tidak boleh di wakafkan, tak boleh dijual, tak boleh dibeli, tak boleh dihibahkan, tak boleh dihadiahkan dan tak boleh dijadikan warisan.
Dengan tegas imam Syafie mengata kan ia wajib dihancurkan . Mazhab ibn Hazm mengatakan boleh kerana katanya hadisnya tidak sahih. Tetapi ada imam hadis yang besar-besar iaitu imam Bukhari, imam Daruqutni , imam al Baihaqi, imam ibn Saqr, imam ibn Hajar Asqalani, imam Azzahabi dan lain-lainnya yang mensahihkan hadis tersebut. Bahkan dari segi dalil tidak ada alasan untuk mendhaifkannya.
Kias kepada suara
Sebahagian orang mengkiaskan muzik itu kepada suara. Seperti suara indah seekor burung, lalu dikiaskan kepadanya. Tetapi Ini adalah tempang dalam kiasannya kerana:
1. Kias atau analogi yang tidak ada dalil.
Kaedah mengatakan, ' Tidak boleh ijtihad selagi ada nass.'
2. Mengkiaskan dua hal yang berbeda.
Beethoven itu pakar muzik yang jadi rujukan dunia. Katanya, ' Muzik itu adalah suara-suara yang indah yang dilahirkan dari alat-alat, baik dengan cara meniup atau memetik atau menggesek atau menabuh' . Inilah yang dinamakan muzik. Kalau setakat suara yang indah, itu muzik yang tak lengkap.
Jadi, muzik itu ialah suara indah yang dikeluarkan dari alat-alat. Burung bunyinya dari mulutnya, manusia bernyanyi dari mulutnya. Yang dikatakan dalam hadis itu ialat alat muzik.
Jadi setiap kali orang mengkiaskan nya dengan suara yang indah, maka itu tidak lengkap atau ia tidak jujur dalam mendefinasikan makna muzik. Sebab apa? Sebab kita selalu membuat hukum dulu baru cari dalil. Bukan cari dalil dulu baru menghukum. Itu masalahnya. Sudah terlanjur dinikmati dan disukai maka jika dikatakan terus terang tentu nanti tak akan disukai. Atau risiko tak diundang lagi kerana katanya bernada keras.
Sepatutnya kita siap dengan sejujur-jujurnya dan terserah kepada orangramai untuk menilai sendiri. Anda yang membaca ini , itu antara anda dengan Allah. Kebenaran harus disampaikan bahawa muzik itu bukan suara yang indah sahaja tetapi suara indah yang dilahirkan dari alat tertentu dengan cara tertentu pula.
Maka muzik itu harus pakai alat. Acapella itu bukan muzik tetapi meniru suara muzik. Tetapi boleh jadi haram kerana nabi melarang meniru-niru sesuatu yang haram kerana nabi melarang kita meniru maksiat. Atau setidaknya makruh.
Kalau demikian, apa hukum memutar muzik di masjid? Ada ulama meng halalkan muzik dengan alasan suara yang indah tadi. Tetapi sudah dijawab bahawa muzik itu adalah dari alat.
Di Mesir ada ulama menghalalkan muzik Islami dengan alasan yang tadi. Tetapi ia tidak selari dengan usul fiqh. Tetapi mereka tak memainkan muzik di masjid. Ini bermakna mereka masih faham bahawa masjid bukanlah tempat untuk muzik. Mereka tetap menjauhkan muzik dari masjid. Kalau ada yang memainkan muzik di masjid, itu dosa dia. Bahawa masjid itu didirikan sebagai tempat untuk zikrullah. Dan muzik bukan zikir. Tidak mungkin berzikir dengan derhaka kepada Allah swt.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Dr. Dasman.
Klang.
1/5/24
Ulasan
Catat Ulasan