Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum Berada di Mesir Itu hari waktu aku (penulis asal) berada di Mesir aku perhatikan bahawa tak terdapat warga asing dari Bangladesh misalnya yang mahu bekerja di Mesir. Apa sebabnya? Cabaran ekonomi Umum mengetahui bahawa Republik Arab Mesir dengan penduduk seramai 118 juta orang mengalami cabaran ekonomi yang besar. Pendapatan bulanan rakyatnya secara kasar dianggarkan sekitar RM700-800 sebulan. Jadi tidak hairanlah mengapa warga Bangladesh sendiri tidak mahu ke Mesir untuk bekerja kerana gaji di Mesir lebih sedikit daripada apa yang diperolehi di Bangladesh. Untuk rekod Bangladesh ada sekitar 170 juta rakyat. Rakyat cukup makan Sebenarnya bukan mudah untuk memastikan setiap rakyat cukup makan, terutamanya bagi negara-negara yang punya rakyat yang ramai serta pertumbuhan ekonomi yang tidak memberangsangkan. Kalau dilihat di negara-negara begini mereka memang terbeban dengan isu harga barang, inflasi serta pelua...