Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hargai

568) MENGAPA PERLU HARGAI USAHA ANAK, BUKAN HANYA KEPUTUSANNYA?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Usaha anak    Bila anak berusaha membuat sesuatu, seperti peperiksaan, kerja rumah dan sebagainya, kita jangan hanya melihat hasilnya samada ia berjaya atau tidak sahaja. Tetapi lihat dan hargai juga usahanya.     Menghargai usaha anak, bukan hanya keputusannya, sangat penting dalam membentuk keperibadian dan masa depan mereka. Hal ini kerana kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui hasil akhir, tetapi melalui proses yang dilalui.     Kenapa ibu-bapa patut hargai usaha anak-anak?  Bina sikap tak putus asa   Pertama, usaha bermakna ia membina sikap tidak mudah berputus asa.    Apabila anak dipuji kerana usaha mereka, walaupun ia gagal, mereka akan belajar bahawa kegagalan bukanlah penamat. Sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Anak akan menjadi lebih tabah dan berani mencuba lagi walaupun pernah gagal kerana ibubapa menghargai usahanya itu....