Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel memilih

752) APA 7 PERATURAN DALAM MEMILIH KAWAN?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Kawan mempengaruhi   Kawan bukan sekadar orang yang menemani kita ketika senang, tetapi juga orang yang mempengaruhi cara kita berfikir, bercakap, bertindak dan melihat kehidupan.    Tanpa disedari, kita boleh meniru kebiasaan, sikap dan nilai seseorang hanya kerana terlalu lama berada di sekelilingnya.   Sebab itu, memilih teman bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Tidak semua orang yang mesra dengan kita membawa kebaikan, dan tidak semua orang yang ramai kawan mempunyai akhlak yang baik. Pilihlah teman yang bukan sahaja membuat kita rasa diterima, tetapi juga membantu kita menjadi manusia yang lebih baik.  Gunakan peraturan ini: 1. Pilih kawan yang menghormati anda   Kawan yang baik pasti menghormati pendapat, perasaan, batasan dan maruah anda. Dia tidak memperlekeh kan anda, menghina kelemahan anda atau menjadi kan anda bahan gurauan yang menyakitkan hati.   Persahabatan yang s...