Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Dunia sementara Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Setiap manusia yang dilahirkan pasti akan menemui kematian, dan apabila tiba saat itu, segala harta, pangkat, kedudukan serta orang yang kita sayangi akan ditinggalkan. Kita tidak lagi mampu menambah amalan melalui perbuatan sendiri seperti ketika masih hidup. Namun, rahmat Allah memberikan peluang kepada kita untuk meninggalkan amalan yang pahalanya terus mengalir walaupun jasad telah berada di dalam kubur. Rasulullah SAW telah mengingatkan kita tentang tiga perkara yang menjadi bekalan berharga selepas kematian. Oleh itu, selagi masih diberi kesempatan hidup, marilah kita berusaha membina amalan yang bukan sahaja bermanfaat untuk diri sendiri, tetapi juga terus memberi manfaat kepada orang lain setelah kita tiada. Ada hadis Rasulullah SAW yang menerangkan tiga perkara yang pahalanya terus mengalir kepada seseorang selepas kemat...