Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Di bahagian yang lepas kita telah membahaskan ayat 16 surah Luqman. Maka kali ini kita teruskan apa nasihat Luqman kepada anaknya . Seterusnya lihat surah Luqman: 17, Setelah Luqman menasihati anaknya dan anak-anak kita juga supaya: 1. Jangan mensyirikkan Allah 2. Berbakti kepada ibubapa 3. Allah tetap memberi balasan Maka nasihat Luqman yang seterusnya, 4) Dirikan solat Kata Luqman kepada anaknya, Ini adalah point yang penting yang kita harus ingatkan anak-anak kita. Tentunya yang paling utama ialah solat 5 waktu. Bila sudah mengerjakan solat 5 waktu barulah kita latih mengerjakan solat-solat sunat. Kerana jika yang wajib dibentengi dengan yang sunat-sunat , maka yang wajib mudah terjaga. Jika yang sunat mulai diringankan oleh syaitan maka ya...