Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Kebahagiaan Memasuki usia 60-an mengajar kita bahawa kebahagiaan tidak semestinya datang daripada memiliki lebih banyak, tetapi bila masih mampu mensyukuri apa yang Allah izinkan untuk kita miliki. Pada usia ini, kita mula melihat kehidupan dengan pandangan yang berbeza. Perkara yang dahulu kita kejar mungkin tidak lagi begitu penting. Kita semakin meng hargai kesihatan, keluarga, ketenangan hati dan peluang untuk memperbaiki diri. Sesungguhnya, ada banyak anugerah yang sering kita anggap biasa, sedangkan ia sangat bernilai, iaitu: 1. Masih boleh bangun pada waktu pagi Setiap kali mata terbuka dan kita masih diberi kesempatan melihat cahaya pagi, itu sebenarnya satu nikmat yang besar. Kita masih diberi satu hari lagi untuk beribadah, menyayangi keluarga, melaku kan kebaikan dan memper baiki kesilapan. Hari yang baru bukan s...