Bismillah. Alhamdulillah Assalamualaikum, Dua Zikir Yang Dicintai Allah SWT Apakah dua zikir yang dicintai Allah? Jika Allah mencintainya, kenapa kita tak suka mengamalkan nya? Apakah zikir itu? Dalam hadis Sahih al-Bukhari No. 6406: Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Muhammad ï·º bersabda: “Dua kalimah yang ringan di lidah, berat di timbangan, dan dicintai oleh Ar-Rahman: سُبْØَانَ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبِØَÙ…ْدِÙ‡ِ، سُبْØَانَ اللَّÙ‡ِ الْعَظِيمِ” Maksudnya: “Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung.” (Riwayat Sahih al-Bukhari, no. 6406) Inilah dua kalimah yang dicintai Allah. Kenapa Allah mencintanya? Allah mencintai zikir ini kerana beberapa sebab yang besar: 1. Ia mengandungi tasbih (penyucian Allah) Ucapan “Subhanallah” bermaksud kita menyucikan Allah daripada segala kekurangan. Ini tanda pengagungan dan pengiktirafan bahawa Allah Maha Se...