Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel diterima

261) APAKAH AMAL SOLEH YANG DITERIMA DAN YANG DITOLAK?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamuaikum, MASUK SYURGA        Semua orang hendak masuk syurga, tidak ada yang mahu masuk neraka. Syurga itu hak Allah untuk memasukkan sesiapa yang Allah mahu. Tetapi tentu ada sebab yang membolehkan Allah masukkan kita ke syurga . Amal soleh adalah sebabnya. Apa buktinya?       Buktinya  ialah dalil-dalil al-Quran dan Hadis yang jelas menyatakan bahawa amal soleh menjadi sebab seseorang  masuk ke dalam syurga.  Lihat dalil di bawah: 1. Surah An-Nisa’: 57 "Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, akan Kami masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." — Surah An-Nisa’ (4): 57    Ayat ini  jelas menunjukkan bahawa iman dan amal soleh adalah syarat untuk mendapat syurga. 2.Surah Al-Baqarah:25  "Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, b...