Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Tuhan-tuhan yang disembah selain Allah, seperti berhala, patung Jesus, tuhan Hindu , tuhan Buddha dan sebagainya, adalah batil, tidak berkuasa, tidak dapat memberi menafaat dan tidak dapat membangkitkan manusia yang telah mati. Allah hendak membuktikan lagi bahawa apa yang mereka sembah itu adalah batil. Dan Allah mencabar mereka jika ada tuhan selain Allah, kemukakan bukti dan hujjah. Allah cabar mereka di dalam surah al Anbiya: 24, Sesiapa sahaja yang mengambil tuhan selain Allah, maka Allah tujukan ayat ini kepada mereka. Bahkan saja orang Islam yang mengambil nafsu atau harta atau manusia lain sebagai tuhan mereka, ayat ini juga ditujukan kepada mereka juga. Ma...