Bismillah Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Siapakah Iblis? Iblis ialah makhluk dari kalangan jin yang durhaka kepada Allah dan menjadi musuh utama bagi manusia hingga Hari Kiamat. Dia bukan malaikat, tetapi dahulu tinggal bersama para malaikat kerana ketaatannya — sebelum dia enggan sujud kepada Nabi Adam عليه السلام. Iblis Menipu Manusia Iblis menipu manusia dengan pelbagai cara yang halus, terancang dan bertahap. Tujuannya adalah untuk menyesatkan manusia daripada jalan Allah. Penipuan ini telah dijelaskan dalam al-Qur'an dan hadis. Berikut adalah beberapa cara iblis menipu manusia, bersama dalilnya: 1. Membisikkan Keraguan dan Was-was Iblis membisikkan keraguan dalam hati manusia terhadap kebenaran agama dan ibadah. Dalil : "Kemudian syaitan membisikkan (was-was) kepada mereka berdua agar menampakkan aurat mereka yang selama ini tertutup." (Surah al-A‘raf: 20) Kata iblis lagi, ...