Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel al quran

682) APAKAH 5 CARA MENDEKATKAN DIRI DENGAN AL-QURAN?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Mencari ketenangan      Kadang-kadang kita merasa kan diri jauh daripada Allah. Hati terasa kosong, fikiran berserabut dan kita mencari ketenangan atau 'healing' bak kata orang sekarang, di pelbagai tempat.    Sedangkan Allah telah memberikan kepada kita satu sumber petunjuk yang sentiasa dekat — Al-Quran.      Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca ketika Ramadan, ketika ada majlis, atau ketika kita mempunyai masa lapang. Ia adalah petunjuk untuk menjalani kehidupan setiap masa.  Allah berfirman: “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang paling lurus.” (Surah Al-Isra’, 17:9)     Jadi, bagaimana kita mahu membina hubungan yang lebih dekat dengan Al-Quran?   1. Baca walaupun hanya beberapa ayat.    Jangan tunggu masa lapang untuk membaca Al-Quran. Bacalah walaupun hanya beberapa ayat.   Sedikit tet...

559) KENAPA Al-QUR'AN TIDAK MENJADI HIDAYAH WALAUPUN DIBACA SETIAP HARI ?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum.  Kitab suci    Al-Qur’an ialah kitab suci yang diturunkan oleh Allah sebagai petunjuk hidup manusia. Ia merupakan sumber hidayah yang membawa manusia keluar daripada kegelapan menuju cahaya kebenaran.     Namun dalam realiti kehidupan, terdapat manusia yang membaca Al-Qur’an setiap hari tetapi masih tidak merasai perubahan pada hati dan akhlaknya. Persoalannya, adakah Al-Qur’an tidak memberi hidayah, atau terdapat sebab lain yang menghalang hidayah itu sampai ke dalam jiwa?  Telah dijelaskan    Jawapannya telah dijelaskan sendiri oleh Al-Qur’an dan sunnah Nabi Muhammad ﷺ. Hati yang bertaqwa    Pertama, Al-Qur’an hanya menjadi hidayah bagi hati yang bertakwa. Allah berfirman: “Kitab (Al-Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya; menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah: 2)   Ayat ini menunjukkan bahawa hidayah Al-Qur’an berkait rapat denga...

490) ADAKAH TIDAK PANDAI BAHASA ARAB TIDAK BOLEH MEMAHAMI AL QURAN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Tidak pandai bahasa Arab      Majoriti umat Islam tidak pandai bahasa Arab. Apalagi orang bukan Islam.       Apakah kerana tidak pandai bahasa Arab membuatkan seseorang tidak akan memahami al quran, tentang apa yang ditulis di dalamnya? Jawapannya      Tidak benar bahawa orang yang tidak tahu bahasa Arab tidak boleh memahami Al-Qur’an.      Namun, tahap kefahaman adalah berbeza antara orang yang tahu bahasa Arab dengan orang tidak tahu. Islam adalah agama untuk seluruh manusia, bukan hanya untuk orang Arab.    Berikut penjelasannya dikaitkan dengan situasi semasa: 1. Al-Qur’an diturunkan sebagai petunjuk untuk semua manusia     Allah menyatakan bahawa Al-Qur’an itu  sebagai hudan linnās (petunjuk bagi manusia), bukan khusus untuk bangsa atau bahasa tertentu.    Jika memahami Al-Qur’an disyaratkan mesti mahir b...